Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

5.1.09

Kiamat 2012??

Ramai yang bersungguh mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012, apabila Bumi dilanggar Nibiru. Berita ini pantas tersebar dari mulut ke mulut, di internet, lelaman forum dan bermacam lagi dengan hujah-hujah yang agak "karut" dan "kelakar". Laman forum tranungkite.net juga pernah menerima kunjungan forumer yang usai membawa tajuk ini untuk perbincangan, yang tentunya tidak disertakan maklumat lanjut samada kajian, pembacaan atau seumpamanya untuk menguatkan hujah. Ternyata kebayakan forumer hanya menulis berdasarkan emosi dan persekitaran sahaja.

Terpanggil untuk menulis sedikit mengenai isu ini. Kiamat 2012 adalah hasil ramalan puak Maya, yang menetap jauh di pergunungan pedalaman Aztec. Kaum yang telah pupus ini adalah penyembah matahari, juga mendirikan struktur piramid seperti yang ada di Giza. Melalui lagenda ramalan puak Maya ini, Bumi dikatakan akan dilanggar oleh Nibiru, sebuah planet bersaiz besar yang dihuni gergasi (nephilim). Perlanggaran ini akan menghancurkan Bumi dan berlakulah kiamat. Semudah itu?

Nibiru juga ada dikisahkan di dalam legenda Mesopotamia. Cumanya, Nibiru dipanggil dengan nama "tiamat" yang kebetulan hampir sama bunyinya dengan kiamat. Tidak lebih dari itu. Di dalam sejarah zaman itu, Nibiru dikatakan akan datang hampir dengan Bumi dalam tempoh masa-masa tertentu. Datangnya membawa musibah yang besar pada Bumi, seperti banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Nuh, kepupusan dinosour...dan lain-lain.

Ya!!! Memang benar Nibiru kini semakin menghampiri Bumi. Tetapi jangan risau, kerana ia tidak akan bertembung dengan Bumi. Kajian sains moden mendapati, Nibiru merupakan sebuah planet bersaiz hampir/lebih besar dari Jupiter. Ia juga mengorbit matahari di sistem suria kita ini, seperti mana planet-planet lain juga. Cuma yang sedikit pelik, bentuk orbitnya yang lonjong dan jauh terkeluar dari orbit-orbit planet yang lain. Nibiru dianggarkan mengambil masa selama 3600 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari.

Nibiru, melalui kajian dan simulasi peengorbitan yang dibuat agensi angkasa lepas dikatakan akan melalui "inner planets" di antara Marikh dan Bumi. Oleh sebab saiznya yang sangat besar berbanding Bumi, sudah tentulah medan magnet dan gravitinya juga adalah sangat besar. Jadi, saintis astronomi meramalkan yang Bumi, Marikh dan beberapa planet yang lain akan terhenti berputar di atas paksinya sekurang-kurangya selama seminggu akibat gangguan medan graviti Nibiru. Dan Bumi serta yang lain akan kembali berputar pada paksinya selepas Nibiru beredar jaih dari mereka. Cuma yang masih menjadi persoalan, adalah Bumi akan tetap berputar dari timur ke barat, atau mengubah putarannya dari barat ke timur. Ini tidak dapat diungkai, dan tetap menjadi misteri dan tanda tanya.

Kehadiran Nibiru juga dikatakan akan mencetuskan beberapa kondisi yang kurang baik bagi Bumi. Akan berlaku air pasang Besar di beberapa bahagian Bumi (akibat lemahnya daya tarikan antara Bumi dan Bulan berbanding Nibiru), ribut taufan mungkin tercetus akibat lemahnya daya graviti Bumi untuk mengawal angin, dan beberapa musibah lagi. Tapi ini tidaklah akan sampai menghancurkan Bumi sama sekali.

Masalah pemanasan global dan isu pencairan ais di kutub juga dikatakan berlaku kerana kehadiran Nibiru yang semakin hampir dengan Bumi (namun ia tidak dapat dibuktikan oleh kajian-kajian saintifik).

Paling tidak masuk akal, ramai juga forumer di alam siber mengaitkan badai matahari yang akan berlaku antara tahun 2011-2012 sebagai punca berlakunya kiamat. Tanpa mengambil tahu akan fenomena astronomi yang unik ini, bermacam-macam auta yang mereka keluarkan semata-mata untuk menyokong hujah sendiri yang salah.

Badai matahari, sebenarnya adalah fenomena astronomi yang terjadi lebih kurang sebelas (11) tahun sekali. Ia berlaku apabila berbilion molekul proton dan elektron berlanggar antara satu sama lain dalam aktiviti magnetik di permukaan matahari. Dalam bahasa mudah, fenomena ini dipanggil "ribut magnetik". Ini menunjukkan bahawa aktiviti di permukaan Matahari telah sampai ke puncaknya, dan fasa baru akan bermula. Ribut magnetik ini pernah berlaku pada 1979, 1989 dan 2000 dan puncaknya akan berlaku antara tahun 2011-2012. Bumi hanya akan menerima impak yang minimum sahaja, iaitu kebanyakan gelombang-gelombang radio/telekomunikasi akan terjejas (signal telefon bimbit, GPS etc) akibat tindak balas oleh gelombang-gelombang magnetik daripada matahari yang menuju Bumi. Kesan ini hanya sementara dan akan mula pulih dalam masa beberapa jam sahaja.

Jadi...adakah akan berlakunya kiamat? pada saya TIDAK. Namun kiamat adalah sesuatu hal yang misteri dan tidak boleh diramal. Ia hak mutlak Tuhan yang satu, Penguasa seluruh jagat raya ini.





 

4.1.09

"Kiamat" di 4 Galaksi

Pada awal Ogos 2008, komuniti astronomi dan mereka yang mengikuti rapat bidang ini telah dikejutkan dengan satu kejadian yang amat luar biasa dan dahsyat di cakerawala, jauh dari Bima Sakti.

Empay galaksi besar yang berada di Sluster galaksi CL0958+4702, yang berada kira-kita 5 bilion tahun cahaya dari Bumi, telah bertembung antara satu sama lain. Pertembungan yang sangat kuat dan dahsyat ini telah memusnahkan sama sekali semua isi-isi empat galaksi berkenaan dan sisa-sisanya bertebaran ke segenap cakerawala dalam semua arah. 

Kejadian ini telah menyebabkan arah medan graviti segala yang ada di dalam galaksi berkaitan, dan lintasan-lintasan orbit segala benda di dalamnya menjadi kacau bilau. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Teleskop Angkasa Spitzer milik NASA. Dan, apa yang lagi mengejutkan, hasil dari perlanggaran empat galaksi itu, terbentuk satu galaksi baru yang bergabung berukuran sepuluh kali ganda saiz Bima Sakti. Para saintis astronomi kini sedang memerhatikan kelahiran galaksi baru melalui pengawasan teleskop angkasa Spitzer.

Secara teori, para saintis juga meramalkan akan wujudnya lubang hitam di dalam galaksi yang sedang terbentuk itu. Ini terjadi hasil daripada pertembungan yang sangat kuat yang telah menimbulkan "gelombang kejutan" yang telah merubah kedudukan sebahagian besar bintang-bintang dan jisim lainya daripada orbit-orbit asal mereka. Dalam evolusi untuk membentuk galaksi baru seterusnya, sebahagian daripada bintang-bintang yang terlibat dalam pertembungan akan berevolusi menjadi bintang-bintang neutron atau lubang hitam.

Lubang Hitam, merupakan misteri cakerawala yang masih begitu sedikit diketahui manusia. Ia terbentuk oleh sebutir bintang yang besar dan padat jisimnya yang mengecut dan mati dengan membakar seluruh tenaga nuklear yang ada padanya. Pada masa itu, tiada lagi tenaga dihasilkan menyebabkan partikel-partikel gas di permukaan tersedut ke pusat graviti bintang berkenaan dengan tekanan yang sangat besar hingga membentuk lubang hitam. Gravitinya adalah sangat kuat, hingga mampu menarik cahaya masuk ke dalamnya. 

Kehadiran lubang hitam amat susah untuk dikesan. Astronomer hanya dapat mengagak adanya lubang hitam di kawasan-kawasan tertentu sekiranya terdapat banyak bintang-bintang mengorbit sesuatu yang tidak kelihatan. Lubang hitam terdekat dengan Bumi adalah Cygnus X-1 yang ditemui pada tahun 1971. Cygnus X-1 dikatakan mempunyau daya tarikan graviti yang sangat kuat, hingga mampu menarik sebarang objek yang terletak 600 ribu kilometer dari pusatnya.

Gambar di atas menunjukkan dimana letaknya Cygnus X-1. Perhatikan bintang-bintang yang sedang ditarik oleh gravitinya ke pusat (bulatan kuning). Sementara di dalam bulatan-bulatan merah pula menunjukkan bintang-bintang yang sedang mati dan akan berevolusi menjadi bintang neutron atau lubang hitam.

Jadi, adalah tidak mustahil matahari juga akan mati apabila tenaga nuklearnya sudah habis dan menjadi lubang hitam lalu menyedut semua bintang-bintang dan planet-planet sekelilingnya ke dalamnya. Saintis meramalkan riwayat matahari akan berakhir sekitar beberapa juta tahun saja lagi.

Juga, tidak mustahil untuk galaksi Bima Sakti bertembung dengan galaksi Andromeda yang kini sedang bergerak dengan kecepatan 500 ribu km/j menuju galaksi ini. Mungkin masa inilah kiamat berlaku, apabila kedua-dua galaksi bertembung, bintang-bintang bertaburan jatuh seoalh-olah langit telah pecah.





 

Warna Matahari Semasa Terbit & Terbenam

Mengapakah Matahari berwarna merah Semasa ia sedang terbit dari timur, dan terbenam dari arah barat?

Jawapannya agak mudah. Ini kerana, sinar dari cahaya matahari melakukan perjalanan yang lebih jauh berbanding pada waktu lain seperti tengah hari yang terik. Ini terjadi kerana jauhnya jarak antara kita dan sang Matahari di waktu terbit dan terbenamnya. Disebabkan jaraknya yang jauh itulah, maka warnanya kelihatan merah menyala, kerana warna tersebut mempunyai gelombang sinar yang lebih panjang berbanding warna-warna yang lain.

3.1.09

Quadrantids

2.1.09

Tentang Bulan


Gambar di atas ialah gambar bulan pada tarikh 3 Muharam 1430H yang saya cerap pada awal pagi sebelum subuh. Kelihatan menemani sang bulan adalah Almaak, Mirach & Alpheratz, 3 butir bintang yang paling terang dari galaksi andromeda.

Bulan, merupakan satu-satunya satelit semulajadi bagi planet Bumi. Ia merupakan satelit semulajadi yang kelima terbesar di dalam sistem solar kita.

Jarak diantara pusat Bumi dan pusat Bulan ialah sejauh 384,403 km (lebih kurang 30 kali diameter Bumi). Diameter Bulan ialah 3,474 km. Jisim Bulan dianggarkan bersamaan 2% jisim Bumi, manakala tarikan graviti di permukaan Bulan bersamaan dengan 17% daya tarikan graviti di permukaan Bumi. Bulan melengkapkan orbitnya mengelilingi Bumi selama 27.3 hari (orbital period), manakala fasa lunar pula berulang pada setiap 29.5 hari (syonadic period). 

Bulan menjauhi bumi sebanyak 3.8 cm setiap tahun. Maka semakin hari semakin jauh bulan dan satu hari nanti bumi akan kehilangan bulan apabila tarikan graviti bumi tidak mampu lagi menahan bulan. Bila bula tiada, pusingan bumi mungkin berubah yang menyebabkan matahari terbit dari sebelah barat. Ini memberitahu kita bahawa salah satu tanda-tanda kiamat berlaku. Ketiadaan bulan boleh berlaku dengan dua perkara, iaitu tarikan graviti bumi hilang kesan ke atas bulan atau pun bulan dilanggar objek lain yang menyebabkan bulan meletup atau bulan tersasar dari laluannya dan keluar dari tarikan graviti bumi. Saintis nasa dan seangkatannya bingung dengan objek yang mampu melanggar bumi dan bersedia dengan bermacam cara untuk mengelak perkara ini terjadi. Setahu saya tiada perancangan apa-apa untuk mengelak bulan dari dilanggar oleh objek angkasa.

Tahukah anda, bahawa objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya menghampiri Bulan adalah Luna 1, manakala objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan Bulan adalah Luna 2, milik agensi angkasa lepas Soviet Union (Rusia sekarang). Kedua-duanya adalah robot peneroka angkasa. Gambar bahagian belakang Bulan pula pertama kali diambil oleh Luna 3. Kesemua peristiwa ini berlaku pada tahun 1959. 

Tahukah anda lagi, bahawa kapal angkasa pertama yang membuat pendaratan di Bulan adalah Luna 9, diikuti oleh kapal angkasa Surveyor 1. Manakala kapal angkasa Luna 10 mencipta nama sebagai kapal angkasa pertama berjaya mengorbit Bulan sepenuhnya. Kesemua misi ini dilakukan dalam tahun 1966, tapi tidak disertai angkasawan.

Pada tahun 1969, dunia digemparkan dengan kejayaan pendaratan oleh manusia pertama, Neil Amstrong melalui kapal angkasa Apollo 11. Dalam jarak masa 9 tahun (1963-1972) Amerika telah berjaya melakukan 6 misi pendaratan di permukaan Bulan. 

Namun, selepas Neil Amstrong dikatakan berjaya menjadi manusia pertama menjejakkan kakinya ke Bulan, tiada lagi manusia lain dihantar untuk tujuan yang sama, sedangkan makin banyak misi-misi ke Bulan dilancarkan. Kenapa? Ada yang mengatakan ia hanya propaganda Amerika, untuk mengalahkan Soviet Union dari segi psikologi pada masa itu, memandangkan Soviet Union jauh mengatasi Amerika dalam misi jelajah angkasa.

Ramai juga saintis-saintis angkasa sehingga kini mempertikaikan yang manusia pernah sampai ke Bulan. Ini kerana, kapal angkasa zaman itu tidaklah secanggih yang ada sekarang ini (dikatakan sistem elektronik Appolo 11 setaraf sistem elektronik yang digunakan calculator casio zaman ini sahaja). 

Lagi pula, di ruang angkasa antara Bumi dan Bulan, terdapat satu garisan yang dikenali sebagai Jalur Van Allan . Lapisan Van Allen ini dihasilkan oleh medan magnet bumi. Ia berfungsi untuk melindungi planet Bumi (dan semua benda hidup di dalamnya) daripada radiasi merbahaya yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan jutaan bintang-bintang lainya yang boleh membawa maut. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan Solar (solar flares) yang kerap terjadi di permukaan matahari telah lama memusnahkan Bumi.

Jadi, apakah mungkin Neil Amstrong dan pasukannya pada tahun 1969 berjaya melintasi Jalur Van Allan, tanpa sebarang masalah untuk mendarat di Bulan?





 

Terkini ~ Saturn




Gambar-gambar di atas merupakan gambar terkini planet Zuhal yang saya cerap awal pagi semalam. Perhatikan keadaan gelangnya yang semakin "menghilang" berbanding beberapa hari yang lepas. Kedudukan 3 bulan utamanya juga kelihatan sangat hampir dengan gelang yang mengelilingi planet terbabit.

1.1.09

Shroud Of Turin ~ Imej Nabi Isa Di Atasnya???


"Shroud of Turin" adalah selembar kain linen putih yang telah berusia lebih seribu tahun yang padanya terakam imej seorang lelaki yang disalib. Ramai yang percaya bahawa imej berkenaan adalah imej Nabi Isa (Jesus of Nazareth). Ia digunakan untuk membalut tubuh Nabi Isa, selepas dikatakan disalib lebih seribu tahun dahulu. Shroud of Turin disimpan Cathedral of Saint John the Baptist di daerah Turin, Italy, dan dirancang akan dipamerkan kepada umum pada 2025.

Sehingga kini, telah beratus-ratus kajian saintifik dilakukan terhadap kain linen ini, untuk mencari kebenaran tentang imej yang terlakar padanya. Salah satu kajian saintifik yang popular tapi penuh kontroversi adalah Projek Shroud of Turin (Shroud of Turin Project ~ STURP) yang dikendalikan oleh berpuluh-puluh saintis mengikut kepakaran masing-masing dari beberapa negara dan makmal bebas seluruh dunia.

Antara hipotesis/kesimpulan dari STRUP ialah:

1. kain linen tersebut memang berasal dari zaman lampau sekitar tahun 1260-1340.

2. Imej yang terakam padanya adalah asli. 

3. Walau siapapun yang dibalut menggunakan kain linen itu, dia sebenarnya TIDAK MATI. Ini kerana, hasil kajian menerusi peralatan sains moden mendapati terdapat tompok2 darah dibeberapa bahagian anggota badan yang terakam pada kain itu. Hasil imbasan teknik fotografi dan sinar infra merah juga mendedahkan bahawa, "salur darah" manusia yang imejnya terakam pada kain itu dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan mengembang. (salur darah orang mati tidak mengembang).

4. Beberapa kajian sebelum STRUP didapati telah sengaja menyembunyikan fakta sebenar mengenai Shroud of Turin.

Ramai saintis mendedahkan bahawa hasil kajian Shroud of Turin dimanipulasi pihak-pihak tertentu yang tidak mahu kebenaran mengenainya terbongkar. Sekiranya benar bahawa imej Nabi Isa yang terakam padanya, jelas menunjukkan (melalui bukti-bukti saintifik) yang Nabi Isa tidak mati seperti didakwa penganut kristian. 

Mungkin ada pihak yang tidak mahu hal ini terdedah kepada umum, kerana jika hal ini benar, maka benarlah kata Tuhan di dalam kitab suci Islam, Al-Quran bahawa Nabi Isa memang tidak mati dan di angkat ke langit oleh Tuhan.

Pendapat peribadi aku, kalau benar imej pada Shroud of Turin benar-benar asli, itu bukanlah imej Nabi Isa, sebaliknya imej manusia yang telah dijelmakan Allah menyerupai rupa Nabi Isa semasa disalib. Nabi Isa masih hidup dan akan turun ke bumi saat telah hampirnya kiamat.