Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

12.12.10

Lubang Hitam


Lubang Hitam (black hole) wujud akibat pemusatan daya yang sangat besar, dan memiliki daya graviti yang sangat hebat. Para saintis astronomi seringkali menganggap lubang hitam sebagai perkuburan mega di angkasa raya kerana daya tarikan graviti super yang dimilikinya mampu menyedut hampir semua benda, termasuk cahaya dan radiasi elektromagnetik ke dalamnya. 

Teori berkenaan lubang hitam pertama kali muncul pada abad ke-18, oleh John Michell dan Piere Simon Laplace sebelum dikembangkan oleh Stephen William Hawking berdasarkan teori relativiti umum, ilham Albert Einstein. 

Bagaimanakah lubang hitam terbentuk? Ini sangat menarik untuk dibahaskan. 

Dikatakan, lubang hitam terhasil apabila sesuatu objek sudah tidak mampu lagi bertahan terhadap tindakan daya gravitinya sendiri. Ini menyebabkan atom dan nuklear objek tersebut menjadi sangat tidak stabil sekaligus musnah dan terserap ke dalam daya gravitinya sendiri. Kekuatan medan graviti lubang hitam akan makin bertambah apabila ia menyerap objek2 lain berhampiran dengannya, atau jika dua atau lebih lubang hitam bergabung menjadi satu.

Dikatakan terdapat satu lubang hitam di dalam galaksi Bima Sakti kita ini. Para astronomers menamakannya Cygnus X-I, dan ia terletak beberapa billion tahun cahaya dari pusat Bima Sakti.

Next Topic: New Energy Source is about to discover