Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

15.2.09

Planetory Conjunction


Gambar terbaru 3 buah planet iaitu Jupiter, Mercury dan Mars yang sedang bergerak memasuki formasi garis lurus selari (conjunction). Ketiga-tiga planet ini akan berada dalam kedudukan selari pada pagi 22 Februari nanti, lebih kurang setengah jam sebelum matahari terbit.

Planet Jupiter dan Mercury akan dapat dilihat dengan mudah, cuma Mars sahaja yang akan terlindung oleh biasan cahaya matahari ang mula terbit dari timur. Bantuan teleskop diperlukan untuk mengesan kedudukan planet Mars.

14.2.09

Large Hadron Collider (LHC)


The Large Hadron Collider (LHC) is the largest and most complex scientific instrument ever built and the highest energy particle accelerator in the world. the accelerator is located 100m underground and runs through both French and Swiss teritory.

Masih ingatkah kalian akan LHC yang pernah saya tulis serba sedikit dalam tulisan pertengahan tahun lepas? LHC yang dibangunkan oleh lebih 1000 saintis dari lebih 80 negara dengan tujuan utamanya adalah untuk membuktikan alam semesta ini wujud hasil perlanggaran partikel-partikel zarah berbilion tahun lalu (teori Big Bang). 

Eksperimen yang menerima kritikan hebat dari ramai pihak ini, dan dituduh sebagai ingin mencabar kuasa Tuhan yang menjadikan alam ini telah menghasilkan beberapa kebaikan kepada tamadun manusia.

Pernahkah kalian menonton filem sains fiksyen Star Trek? sekiranya ya, tentu kalian perasan akan teknologi-teknologi masa depan yang dipaparkan secara fiksyen di dalamnya termasuk teknologi warp, altimatum, energy transfer dan bermacam lagi. Walaupun ramai yang mengatakan itu hanyalah rekaan sains sekadar di dalam filem sahaja, kini ia bukan lagi. Ini kerana, teknologi-teknologi "khayalan" itu telah dapat dihasilkan di dunia nyata.

LHC, telah berjaya menghasilkan satu sumber tenaga baru yang akan tahan untuk satu tempoh yang lama. Kajian yang dilakukan menerusi makmal-makmal LHC telah berjaya menghasilkan "altimatum" iaitu sumber tenaga yang sangat kompetitif untuk kegunaan manusia. Bayangkan, tenaga yang terhasil dari zarah yang hanya bersaiz sebesar syiling 10sen, akan dapat bertahan dalam satu tempoh masa yang sangat lama, sehingga mampu menampung keperluan sebuah kapal angkasa untuk bergerak sejauh 40juta tahun cahaya sehala, ataupun cukup untuk sebuah kapal pengangkut ISS untuk berulang alik dari ISS ke bumi sebanyak 60 kali tanpa henti. Hebat kan?

Irridium Collided

An approximation of 12,000 objects in orbit around earth few minutes after US & Russian satellite collided

A communications satellite belonging to US company, Iridium 33 has collided with a disused Russian military satellite, Kosmos 2251. It happened on February 10. National Space Agency (NASA) and European Space Agency (ESA) are tracking hundreds of particles of debris from the collision, and said the orbiting International Space Station (ISS) faced a small risk of being struck.

13.2.09

Conjunction of Jupiter, Mercury & Mars (Feb 22)

February 22 - Conjunction of Jupiter, Mercury, and Mars.The early morning sky will feature Jupiter and Mars along with elusive Mercury together in a 5-degree circle. Look to the east about half an hour before sunrise. Binoculars may be needed to spot Mars as it will be hiding near the early glow of twilight.

Gerhana Bulan 2009

Diramalkan, sebanyak 230 kali gerhana bulan pada abad ke 21 ini, dengan 4 daripadanya berlaku dalam tahun 2009.

Seperti yang diketahui umum, gerhana bulan pertama tahun ini telah pun berlaku pada 9 Februari yang lalu. ini bermakna, akan ada 3 lagi gerhana bulan yang akan berlaku masing-masing pada 6 Julai, 7 Ogos dan 31 Disember nanti.

Gerhana bulan berlaku apabila bulan melintasi bahagian bumi bayang-bayang bumi. Ia akan hanya berlaku apabila matahari, bumi dan bumi berada dalam satu garisan lurus, dengan bumi berada di tengah-tengah formasi tersebut. kesemua gerhana bulan berlaku semasa bulan penuh. Jenis dan tempoh masa sesuatu gerhana bergantung kepada kedudukan bulan pada orbitnya. Gerhana bulan penuh kali terakhir berlaku pada 21 Februari 2008, dan hanya akan berlaku lagi pada 21 Disember 2010.

Bayang-bayang bumi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu umbra dan penumbra. Manakala gerhana bulan pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut situasi dimana bulan berada seperti;- gerhana bulan penumbra, gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana jenis "selenelion" atau lebih dikenali sebagai horizontal eclipse.

Gerhana bulan penumbra (seperti yang berlaku pada 9 Februari 2009 lalu) berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan penumbra bumi. Ini menyebabkan bulan kelihatan seakan berwarna kemerahan kerana, ia hanya menerima biasan cahaya matahari yang dibiaskan oleh atmosfera bumi (bukan secara langsung seperti biasa). Gerhana bulan jenis ini sentiasa berlaku.

Gerhana bulan separa bula berlaku apabila hanya sebahagian daripada bulan berada di dalam kawasan umbra bumi, dan sebahagian lagi berada di dalam kawasan penumbra. Ini akan menyebabkan bahagian di dalam umbra akan kelihatan gelap, dan bahagian di dalam penumbra akan bertukar menjadi kekuningan atau kemerah-merahan. Gerhana jenis ini amat jarang berlaku.

Gerhana bulan penuh pula berlaku apabila keseluruhan bahagian bulan berada di dalam kawasan umbra bumi. Ini menyebabkan kesemua bahagian bulan terlindung secara langsung daripada sinaran matahari. Bulan akan kelihatan sangat gelap dari bumi. Gerhana bulan penuh hanya akan dapat dilihat semula pada 21 Disember 2010.

Gerhana jenis Senelion (horizontal eclipse) pula adalah gerhana bulan yang sangat jarang berlaku dan sukar dilihat dengan mata kasar. Gerhana jenis ini berlaku apabila bulan yang sedang gerhana dilihat pada masa yang sama ketika matahari sedang terbit atau sedang terbenam. Kedua-dua matahari dan bulan akan dapat dilihat dalam keadaan yang rendah di horizon. Uniknya gerhana bulan jenis ini ialah, warna merah yang dapat dilihat pada permukaan bulan adalah terhasil daripada cahaya matahari yang dibiaskan oleh atmosfera bumi. Walaupun bulan berada di dalam kawasan umbra bumi, namun ia masih dapat dilihat rendah di langit hasil biasan cahaya matahari (terbit atau terbenam) oleh bumi sendiri.

Gerhana Bulan Penumbra 9 Februari 2009 - 21:55