Next Topic.....

masih belum ada idea :-)
Showing posts with label pemanasan global. Show all posts
Showing posts with label pemanasan global. Show all posts

11.12.09

Venus (Zuhrah/Kejora) - "Kembar" Bumi Yang Musnah


Venus, planet kedua di dalam Sistem Suria merupakan jiran Bumi yang paling hampir sekali. Terletak hanya sejauh 26 juta km dari planet Bumi, ia dikatakan sebagai kembar kepada Bumi kerana mempunyai saiz dan bentuk yang hampir sama, serta graviti dan komposisinya yang hampir sepadan dengan yang ada di Bumi. Namun ia telah mengalami kemusnahan akibat perubahan-perubahan ketara yang berlaku di cakerawala sejak berbillion tahun dahulu.

Venus melengkapkan pusingannya mengorbit Matahari selama 224.7 hari Bumi. Ia merupakan objek yang paling cerah di langit malam (kecuali bulan) dan mampu mencapai magnitud sehingga -4.6. Venus mencapai kecerahannya yang maksimum sejurus sebelum terbitnya Matahari atau selepas terbenamnya Matahari. Sebab itu ia sering saja digelar sebagai Bintang Pagi atau Bintang Petang.





 
Venus berputar secara sangat perlahan dan songsang di atas paksinya semasa mengorbit Matahari. Putaran secara songsang (Reverse Spin) ini dikatakan terjadi akibat daripada interaksi medan magnetik planet tersebut dengan planet-planet lain di sekitarnya termasuk Bumi. Jadi di Venus, Matahari dilihat terbit dari arah barat dan terbenam di sebelah timur. 

Venus juga merupakan antara planet yang paling panas di Sistem Suria, dengan suhunya yang mampu mencapai sehingga 900-1000 darjah F. Pakar sains angkasa mengandaikan Venus suatu masa dulu merupakan sebuah planet yang lengkap termasuk mempunyai lautan air yang sangat luas. Namun, ia musnah akibat kesan rumah hijau yang berlaku kepadanya hampir 1 billion tahun dahulu. Ia bermula apabila air dari lautan yang luas tersejat ke permukaan atmosferanya tanpa kawalan lalu membebaskan gas-gas karbon dioksida (CO2) yang seterusnya bergabung dengan gas-gas berbahaya lain yang sedia wujud di atmosfera lalu membentuk sulfur dioksida (SO2) yang akhirnya membentuk awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Kini, 95% kandungan atmosfera Venus adalah CO2. Kesan ini mengakibatkan kemusnahan teruk kepada ekosistem Venus dan meningkatkan suhu planet tersebut secara mendadak sehingga menjadi sebuah planet yang dipenuhi lautan alrva yang panas mendidih.

Pada awal tahun 1990, NASA telah melancarkan sebuah misi ke Venus melalui kapal angkasanya, Magellan. Kapal angkasa ini telah berjaya mendarat di permukaan Venus pada hari selasa, 11 Oktober 1994 setelah mengorbitnya selama 4 tahun. 

Terdapat teori yang mengatakan bahawa Bumi akan turut menerima nasib yang sama seperti Venus beberapa juta tahun akan datang akibat daripada kesan rumah hijau dan pemanasan global yang sudahpun melanda Bumi kini. Namun terdapat juga teori yang mengatakan bahawa Bumi merupakan planet yang unik yang mempunyai mekanismenya yang tersendiri untuk menstabilkan keseluruhan dirinya sendiri. Ini bersandarkan rekod-rekod yang dikumpul saintis sejak ratusan tahun lampau. 

16.5.09

Pemanasan Global - Bumi Semakin Panas!!!

Fenomena pemanasan global semakin hangat dibincangkan. Protokol demi protokol dikeluarkan...bermacam resolusi terhasil di setiap persidangan antarabangsa anjuran badan-badan dunia, namun ia tetap saja tidak membuahkan hasil. Kuasa besar seperti Amerika Syarikat masih gagal mematuhi Protokol Kyoto dengan alasan ia akan memusnahkan ekonomi negara polis dunia itu.

Pemanasan global...apakah punca-puncanya?
Ramai yang beranggapan pemanasan global berlaku akibat pencemaran yang dilakukan manusia melalui pelepasan gas-gas berbahaya seperti klorin dan karbon monoksida ke udara. Gas-gas ini lantas bertindakbalas dengan lapisan ozon di atmosfera lalu menghakisnya. Lalu, lebih banyak cahaya matahari dapat menembusi bumi, dan bum bertambah panas. Ini pendapat tradisional yang cukup popular....dan ia memang betul, antara penyebab kenapa bumi semakin panas.

Namun, tahukah anda bahawa pencemaran (baca pelepas gas) yang dihasilkan oleh manusia (industri & fisiologi) sebenarnya hanya menyumbang sekitar 5% kepada pencemaran udara. Faktor pencemaran yang lebih besar ialah letusan gunung berapi, proses pereputan semulajadi bahan-bahan seperti daun, haiwan dan lain-lain ke dalam tanah, proses penyejatan air di laut dan pelbagai lagi. Kesemua ini membebaskan gas-gas merbahaya ke udara dalam kuantiti yang jauh lebih besar.

Faktor lain yang boleh dikaitkan kenapa bumi menjadi semakin panas adalah perihal aktiviti matahari yang akan mencapai tahap maksimumnya pada 2012 nanti. Ketika ini, banyak sekali letusan solar berlaku di permukaan matahari, disamping beberapa siri ribut magnetik kecil-kecilan yang direkodkan NASA dan ESA. Faktor ini mungkin tidak sepopular faktor pencemaran industri yang dilakukan manusia, kerana tidak ramai yang mengetahui kejadian ini.

Lapisan dalam kerak bumi yang semakin memanas juga adalah faktor yang dikatakan menjadi penyumbang tentang isu pemanasan global ini. Teras bumi dikatakan agak tidak stabil ketika ini disebabkan beberapa siri gempa bumi besar yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini. Ketidakstabilan ini juga berpunca daripada pengaruh "magnetic force" dan "pole shift" yang kini melanda bumi (atau bakal terjadi). Saintis masih mengkaji fenomena ini secara lebih dekat dan terperinci.

Ok. Tinggalkan sekejap hal-hal "tradisional" tentang pemanasan global ini. Cuba berfikir lebih jauh, dalam konteks bumi ini sendiri...kenapa ia menjadi lebih panas?

Beberapa siri kajian (pernah diterbitkan sebagai dokumentari beberapa tahun lepas - tapi bukan di stesen tv Malaysia) pernah dan sedang dilakukan oleh beberapa kumpulan saintis terkemuka dunia, di beberapa tempat di muka bumi ini. Data-data mengenai suhu bumi juga telah berjaya dikumpul dan dianalisa, dan hasilnya agak mengejutkan dan menjadi perdebatan hangat sedikit masa dulu.

Dalam tempoh-tempoh masa tertentu, permukaan bumi memang akan menjadi panas, sehingga ke suatu kemuncak sebelum ia mula kembali menyejuk. Hal ini pernah dicatatkan pada tahun-tahun 1930-an, 1963-1971 dan sekitar sebelum milenium. Pemanasan bumi berlaku dari unsur-unsur dari dalam bumi ini sendiri (teras bumi) sebelum kembali menyejuk. Terdapat segelintir saintis berteori bahawa ini sebenarnya adalah cara untuk bumi menstabilkan strukturnya dan adalah suatu hal yang tidak perlu dibimbangkan.

Fenomena yang berlaku ada tahun-tahun 1930-an menjadi bukti yang kuat bilamana suhu bumi meningkat secara mendadak untuk tempoh selama beberapa tahun sehingga mencapai titik puncak, sebelum secara berterusan mencatatkan penurunan global, sehingga mencetuskan ketakutan munculnya zamain ais baru pada waktu itu. Kebanyakan negara di Eropah dilitupi salji sepanjang tahun (negara berhampiran kutub seperti Norway, Denmark etc).

Adakah pemanasan yang berlaku kali ini juga sebegitu? yang mana bumi akan kembali menjadi sejuk secara beransur-ansur selepas mencapai kemuncak pemanasan dan terasnya kembali menjadi stabil? Ia sangat menarik untuk dibahaskan....

Walau apapun, jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada bumi. Kurangkan penggunaan plastik, kimia dan amalkanlah kitar semula. Sedikit sumbangan anda amat besar jasanya untuk generasi yang akan datang.