Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

20.6.09

Eksperimen NASA : Bom Bulan Untuk Menghasilkan Air

Para saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam di permukaan bulan. Letupan itu merupakan salah satu daripada siri ujian yang dilakukan NASA untuk melihat samada air dapat dihasilkan di permukaan atmosfera bulan. NASA akan meneliti awan yang terbentuk selepas letupan untuk melihat samada ia mengandungi wap air.

Saintis menjangkakan impak letupan besar itu akan mampu menghasilkan satu awan besar di permukaan bulan, yang akan mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang akan mampu dilihat dari permukaan bumi. Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan NASA untuk membina sebuah pangkalan sains di bulan.

Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir yang tandus, tetapi terdapat lapisan ais yang dipercayai terperangkap dalam kawah yang dilitupi yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Eksperimen ini akan dipantau oleh NASA menerusi satu misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer, yang akan melancarkan satu roket "Centaur" ke bulan pada dua kali kelajuan peluru. Sebuah lagi pesawat angkasa lepas juga akan turut mengorbit permukaan bulan selama setahun bagi mencari lokasi yang sesuai untuk tujuan pendaratan misi angkasawan.

Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.

9.6.09

malam vs siang


malam dan siang, saling melengkapi antara satu sama lain yang mengitari planet bumi dari hari pertama kejadiannya sehinggalah tibanya hari kiamat. Dua makhluk Tuhan ini tidak akan bisa mendahului antara satu sama lain dan akan tetap pada garis kejadiannya, seperti firman Allah dalam ayat 40 surah Yasin.....