Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

5.2.10

Info Tentang Bulan...


Mengikut lagenda masyarakat Greek purba, Bulan dikatakan terjadi apabila Thea [dewi ibu bulan] yang dianggarkan berukuran hampir separuh daripada siaz planet Bumi, berlanggar dengan Bumi kira-kira 4 billion tahun yang lampau.

Akibat daripada perlanggaran itu, debu-debu dari kerak Bumi telah terlepas sehingga ke angkasa lepas. Seterusnya, debu-debu yang terkumpul di angkasa ini telah melalui satu proses yang dinamakan akresi. Melalui proses ini, debu-debu yang terperangkap dalam graviti Bumi ini mula menarik antara satu sama lain sehingga membentuk satu jasad batu, kira-kira 1/50 daripada saiz Bumi.

Lama-kelamaan, batuan yang terbentuk ini mula mengeras, dan mula memantulkan cahaya daripada Matahari ke permukaan Bumi. Batuan ini diberi nama Bulan [moon].

Sejak itu, kewujudan Bulan telah banyak membantu Bumi, antaranya menstabilkan Bumi pada kecondongan 45 darjah di atas satahnya. Tanpa Bulan, kedudukan Bumi pada satah tidak akan stabil dan akan sentiasa bergerak pada sudut antara 0-90 darjah, yang akan menyebabkan Bumi menjadi kucar kacir.

Tetapi, semakin masa bergerak pantas ke depan...tarikan graviti antara Bulan dan Bumi semakin lemah. Setiap tahun, kedudukan Bulan dikatakan semakin menjauh beberapa sentimeter daripada Bumi. Pergerakan Bulan yang semakin menjauh inilah menyebabkan ikatan graviti Bumi semakin lemah.

Saintis melalui bantuan simulasi komputer di pusat kajian angkasa lepas ESA mengatakan, dalam masa 2 billion tahun akan datang, kedudukan Bulan sudah sangat menjauh dari Bumi. Bulan bukan lagi satelit semulajadi Bumi, dan tiada lagi sinaran cahaya Bulan penuh pada waktu malam di langit Bumi.  Gerhana Matahari dan gerhana Bulan juga akan menjadi sejarah pada umat akan datang. Semua ini tidak akan berlaku lagi. 

Pada masa ini, kedudukan Bumi pada satahnya menjadi sangat tidak stabil. Seluruh kehidupan yang ada di Bumi akan terancam. Dan dalam masa 5 billion tahun selepas itu, Matahari pula akan mula menjadi lemah, dan jisimnya semakin susut...sebelum meletup mati lalu menjadi lubang hitam kedua di Bima Sakti selepas Cygnus-xI