Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

28.1.10

:.Bulan.:.Moon.:


Dua pic kat atas ni aku snap sekitar tengah malam 23.01.10 sebab aku macam terpesona dengan limpahan cahaya bulan yang bersinar terang di langit malam. Using canon SLR, aku snap sepuas hati pic bulan...Yang kat bawah ni pulak, pic bulan terbaru yang aku snap...



gambar bulan 28.01.10 snap using canon SLR

Kat bawah ni RAW pic bulan yang aku snap pakai camera. Yang kat atas tuh dh crop n zoom supaya keindahan bulan dapat dilihat dengan lebih jelas. Best usha bulan, suasana pun sunyi je. Selain bulan, korang semua boleh tengok planet Marikh. Bersinar terang malam ni Marikh, arah timur. Senang nak spot dengan mata kasar. Cari je Marikh kat sebelah timur, lihat objek yang bersinar terang berwarna oren kemerah-merahan....itulah Marikh, jiran Bumi yang paling hampir, dan paling banyak dikaji oleh manusia. Oh ya...jangan lupa esok, 29.01.10 marikh akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi. Inilah peluang untuk mencerap Marikh dengan lebih jelas. So, kepada stargazer.....jangan lupa standby :-)

Imej apa yang anda dpt tafsirkan dari gambaran di bawah? lakaran yang sama tapi dalam dua keadaan yang berbeza...

25.1.10

rehat jap...sambil layan video ni

Siapakah pembela agama Allah?? Pastikan ianya adalah KITA
O Allah, save Palestine....We shall return!! Palestine belong to us!! 

23.1.10

Melihat Bintang-Bintang & Mengkagumi Maya Ciptaan Tuhan


Alam maya ini terbentang luas untuk kita melihat, memerhati dan menagambil iktibar dari setiap kejadian yang terhidang di depan mata. Pemerhatian yang berterusan mampu membuat kita berfikir bahawa semua dijadikan bersebab oleh Tuhan. Ia mampu memberi keinsafan pada diri, yang kita ini hanyalah umpama sebutir debu di dalam cakerawala yang terbentang luas, seolah tidak berpenghujung. 

Sikap manusia selalu ingin mencuba sesuatu yang baru, dan meneroka. Alam yang terbentang indah di atas juga tidak ketinggalan diteroka....dari Bumi, juga dari angkasa. Pelbagai penemuan menarik merungkai misteri demi misteri yang sebelum ini dianggap mitos sahaja.

Kata-kata dalam filem kegemaran aku "to go where no one has gone before" kuat melekat dalam kepala. Sebab terpengaruh dengan kata-kata ni dulu la aku terbeli teelskop. hahaha. Tapi teleskop yang aku terbeli dulu itu la sampai sekarang banyak berjaya pada aku. Dengannya la aku lihat Bulan, bintang-bintang yang terhampar di langit malam. Melaluinyalah aku menjadi pengkagum setia alam maya ciptaan Tuhan. Ternyata apa yang ada di atas sana, dalam gelap cakerawala adalah seindah-indah kejadian yang kadangkala sukar untuk diuangkap oleh kata-kata. Hanya mereka yang sekepala [stargazer] dan yang memahami sahaja mampu mengerti, sedang yang lain sinis memerli sambil berkata "apa guna melihat di atas sana jika di bawah sini pun masih belum melihat semuanya". Untuk yang selalu berkata sebegitu, fahamilah yang semua benda adalah ciptaan Tuhan. Lihatlah samada atas, bawah...depan atau belakang, dan ambillah iktibar daripada setiapnya. Bukan hanya melihat dengan pandangan mata yang kosong dan sombong.

p/s: pandang ke timur pada waktu malam, dan cari objek berwarna oren kemerah-merahan. Itulah planet Marikh, jiran Bumi yang terdekat. Anda akan dapat mencari Marikh dengan mata kasar dengan senang kerana ia bersinar cerah dan gah di langit malam bertemankan sang bintang yang lain. Marikh akan terbit di langit timur sekitar jam 9.30 malam. 

18.1.10

Atlantis to Orbit


Pic: NASA

Pictured above, the Space Shuttle Atlantis lifted off to visit the International Space Station

16.1.10

The Sun [update]



15.1.10

Annular Solar Eclipse [update]




Gerhana Matahari Annular, 15 Januari 2010

1507 hrs - 1721 hrs

Jika diperhatikan dengan teliti permukaan matahari semasa berlakunya gerhana annular, dapat dilihat terdapat 3 kawasan tompok panas di kutub utara matahari [klik sini]. Ia jelas kelihatan. 3 kawasan tompok panas ini adalah kawasan yang paling tidak stabil di permukaan matahari sekarang ini.

14.1.10

Anular Solar Eclipse January 15th, 2010

Gerhana akan bermula sekitar jam 3 petang (waktu Malaysia) dan berakhir sekitar jam 6.15 petang. 

pix by: Dr. Andrew Sinclair














7.1.10

3.1.10

January 2010 Astronomical Events

January 3, 4 - Quadrantids Meteor Shower. The Quadrantids are an above average shower, with up to 40 meteors per hour at their peak. The shower usually peaks on January 3 & 4, but some meteors can be visible from January 1 - 5. Best viewing will be from a dark location after midnight. Look for meteors radiating from the constellation Bootes.

January 15 - New Moon

January 15 - Annular Solar Eclipse. The path of annularity will begin in central Africa and move east through the Indian Ocean, southern India, Sri Lanka, Malymar, and China. A partial eclipse will be visible throughout most eastern Africa and Asia. It will visible from within a 300-km-wide track that traverses half of Earth.

January 29 - Mars at Opposition. The red planet will be at its closest approach to Earth and its face will be fully illuminated by the Sun. This is the best time to view and photograph Mars.

January 30 - Full Moon


1.1.10

010110

010110 (1 Januari 2010) juga merupakan nombor binari atapun disebut bit :-) selain itu, 100110, 110110, 011010, 101010, 111010, 011110, 101110 dan 111110 juga merupakan set digit binari. Satu kebetulan yang menarik untuk tahun 2010.