Next Topic.....

masih belum ada idea :-)
Showing posts with label mars. Show all posts
Showing posts with label mars. Show all posts

28.1.10

:.Bulan.:.Moon.:


Dua pic kat atas ni aku snap sekitar tengah malam 23.01.10 sebab aku macam terpesona dengan limpahan cahaya bulan yang bersinar terang di langit malam. Using canon SLR, aku snap sepuas hati pic bulan...Yang kat bawah ni pulak, pic bulan terbaru yang aku snap...



gambar bulan 28.01.10 snap using canon SLR

Kat bawah ni RAW pic bulan yang aku snap pakai camera. Yang kat atas tuh dh crop n zoom supaya keindahan bulan dapat dilihat dengan lebih jelas. Best usha bulan, suasana pun sunyi je. Selain bulan, korang semua boleh tengok planet Marikh. Bersinar terang malam ni Marikh, arah timur. Senang nak spot dengan mata kasar. Cari je Marikh kat sebelah timur, lihat objek yang bersinar terang berwarna oren kemerah-merahan....itulah Marikh, jiran Bumi yang paling hampir, dan paling banyak dikaji oleh manusia. Oh ya...jangan lupa esok, 29.01.10 marikh akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi. Inilah peluang untuk mencerap Marikh dengan lebih jelas. So, kepada stargazer.....jangan lupa standby :-)

Imej apa yang anda dpt tafsirkan dari gambaran di bawah? lakaran yang sama tapi dalam dua keadaan yang berbeza...

23.1.10

Melihat Bintang-Bintang & Mengkagumi Maya Ciptaan Tuhan


Alam maya ini terbentang luas untuk kita melihat, memerhati dan menagambil iktibar dari setiap kejadian yang terhidang di depan mata. Pemerhatian yang berterusan mampu membuat kita berfikir bahawa semua dijadikan bersebab oleh Tuhan. Ia mampu memberi keinsafan pada diri, yang kita ini hanyalah umpama sebutir debu di dalam cakerawala yang terbentang luas, seolah tidak berpenghujung. 

Sikap manusia selalu ingin mencuba sesuatu yang baru, dan meneroka. Alam yang terbentang indah di atas juga tidak ketinggalan diteroka....dari Bumi, juga dari angkasa. Pelbagai penemuan menarik merungkai misteri demi misteri yang sebelum ini dianggap mitos sahaja.

Kata-kata dalam filem kegemaran aku "to go where no one has gone before" kuat melekat dalam kepala. Sebab terpengaruh dengan kata-kata ni dulu la aku terbeli teelskop. hahaha. Tapi teleskop yang aku terbeli dulu itu la sampai sekarang banyak berjaya pada aku. Dengannya la aku lihat Bulan, bintang-bintang yang terhampar di langit malam. Melaluinyalah aku menjadi pengkagum setia alam maya ciptaan Tuhan. Ternyata apa yang ada di atas sana, dalam gelap cakerawala adalah seindah-indah kejadian yang kadangkala sukar untuk diuangkap oleh kata-kata. Hanya mereka yang sekepala [stargazer] dan yang memahami sahaja mampu mengerti, sedang yang lain sinis memerli sambil berkata "apa guna melihat di atas sana jika di bawah sini pun masih belum melihat semuanya". Untuk yang selalu berkata sebegitu, fahamilah yang semua benda adalah ciptaan Tuhan. Lihatlah samada atas, bawah...depan atau belakang, dan ambillah iktibar daripada setiapnya. Bukan hanya melihat dengan pandangan mata yang kosong dan sombong.

p/s: pandang ke timur pada waktu malam, dan cari objek berwarna oren kemerah-merahan. Itulah planet Marikh, jiran Bumi yang terdekat. Anda akan dapat mencari Marikh dengan mata kasar dengan senang kerana ia bersinar cerah dan gah di langit malam bertemankan sang bintang yang lain. Marikh akan terbit di langit timur sekitar jam 9.30 malam. 

15.3.09

Planet Mars

Marikh merupakan planet ke-4 daripada matahari dan merupakan jiran terdekat Bumi. Planet ini lebih terkenal dengan panggilan "Red Planet" kerana ia kelihatan berwarna kemerahan dari bumi. Warna kemerahan ini terhasil daripada iron oxide yang menyelaputi atmosfera planet Mars ini.

Mars mempunyai 2 bulan semulajadi yang mengorbitnya, iaitu Deimos dan Phobos. Kedudukannya dapat dilihat pada gambar di atas, dimana kedudukan Deimos adalah lebih jauh berbanding Phobos yang mengorbit lebih hampir kepada planet.


Inilah gambaran permukaan planet marikh jika dilihat dari dekat. Ia kelihatan agak malap kerana planet marikh sedang dalam musim sejuk. Jadi kandungan iron oxide pada atmosferanya tidak terlalu banyak seperti di musim panas. Atmosfera planet ini sangat berbeza dengan atmosfera Bumi. Terdapat 6 komponen utama di dalam atmosfera marikh, iaitu;

Karbon Dioksida (CO2) : 95.32%

Nitrogen (N2) : 2.7%

Argon (Ar) : 1.6%

Oksigen (O2) : 0.13%

Air (H2O) : 0.03%

Neon (Ne) : 0.00025%

Kandungan air dalam udara di Marikh hanyalah sekitar 1/1000 daripada jumlah keseluruhan kandungan air dalam udara Bumi, namun ia masih mampu meruap menjadi awan tipis di langitnya. Suhu purata di Marikh adalah sekitar -63° C (-81° F), dengan suhu maksimum adalah 20° C (68° F) dan suhu minimum adalah -140° C (-220° F).  

Sejuk kan? Tapi kenapa planet Marikh kering dan tandus? sedangkan pada permukaannya terdapat lurah, ngarai, banjaran dan struktur yang kelihatan seperti sebuah bekas sungai. Apakah Marikh sekarang terbentuk akibat kesan rumah hijau, atau pemanasan global yang berlaku kepada planet itu sejak ratusan tahun lalu??

Di atas adalah imej permukaan Marikh yang boleh di dapati melalui google mars. Struktur berwarna biru adalah dikatakan sebuah sungai yang sangat besar ratusan tahun dahulu. Namun, perubahan yang berlaku di Marikh telah melenyapkannya sama sekali. Apakah pernah ada kehidupan di Marikh? Adakah Bumi juga akan menerima nasib seperti Marikh akibat pencemaran yang tidak terkawal??

Penerokaan pertama planet Marikh dilakukan pada bulan Julai tahun 1965 apabila kapal angkasa MAriner 4 berjaya merakan 22 keping gambar Marikh dari luar orbit planet tersebut. Dalam gambar tersebut, dapat dilihat dengan jelas permukaan Marikh yang mempunyai jurang, terusan, lurah dan bermacam struktur yang misteri. 

Seterusnya, pada Julai dan September 1976 kapal penjelajah angkasa Viking 1 dan 2 telah berjaya mendarat di permukaan Marikh dan menjalankan beberapa siri kajian biologi yang menghasilkan penemuan yang mengejutkan, Marikh melalui proses pensterilan semulajadi melalui tindak balasnya sendiri. Ia berpunca daripadan kombinasi sinaran radiasi dari angkasa lepas yang bertindak balas dengan kandungan mineral pada permukaan Marikh.





 




 

15.2.09

Planetory Conjunction


Gambar terbaru 3 buah planet iaitu Jupiter, Mercury dan Mars yang sedang bergerak memasuki formasi garis lurus selari (conjunction). Ketiga-tiga planet ini akan berada dalam kedudukan selari pada pagi 22 Februari nanti, lebih kurang setengah jam sebelum matahari terbit.

Planet Jupiter dan Mercury akan dapat dilihat dengan mudah, cuma Mars sahaja yang akan terlindung oleh biasan cahaya matahari ang mula terbit dari timur. Bantuan teleskop diperlukan untuk mengesan kedudukan planet Mars.

23.12.08

Saturn,Bulan, Antares, Marikh, Matahari, Mercury, Jupiter, Venus & Uranus

Ketika aku hampir melelapkan mata, aku terima satu sms dari sahabat nun jauh di seberang laut. Sms berbunyi "bro, cepat setup teleskop ko! arah tenggara ko cari mercury skrg! cepat!!"

So dgn agak malas aku bangkit, setup kan teleskop buruk aku ke luar tingkap, set latitud/longitud arah tenggara aku cuba mencari mercury....dan, mata aku yg mengantuk terbuka luas. Bukan hanya mercury, tp aku juga dpt melihat bulan, Antares, Marikh, Matahari, Jupiter dan Venus hampir sebaris antara satu sama lain. Ini dgn jelas membuktikan bahawa kesemua planet sebenarnya bergerak pada orbit masing2 mengelilingi matahari.

pada tanggal 24 Disember 2008, telah berlaku satu lagi fenomena alam yang menakjubkan. Sebahagian besar planet-planet dalam sistem suria berada dalam formasi hampir selari mengelilingi matahari. Planet saturn, moon, antares, mars, sun, mercury, jupiter, venus dan uranus berada dalam formasi agak lama sebelum masing-masing memulakan satu fasa baru mengorbit matahari.

Inilah bukti kebesaran Allah, Penguasa Semesta alam ini. Allah berfirman:
".....tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan, dan malam pun tidak akan mendahului siang dan masing-masing beredar pada garis peredarannya"
Yasin (36):40

Terbukti firman Allah adalah benar. Melalui gambar-gambar yang dicerap, dapat dilihat dengan jelas setiap planet, bintang-bintang, hatta dedebu galaksi itu sendiri mempunyai orbitnya yang tersendiri. Setiap planet dilihat sentiasa berubah kedudukan dan magnitud masing-masing berputar mengorbit matahari.

Saksikan gambar2 di bawah:








Note: Antares merupakan bintang gergasi merah yang terletak di dalam galaksi bima sakti (milky way). Diameter Antares dianggarkan 700 kali saiz diameter matahari, dan ia terletak sejauh 600 tahun cahaya dari sistem suria kita.

Antares merupakan bintang yang ke 16 paling cerah di langit malam. Waktu terbaik untuk mencerap Antares ialah pada tanggal 31 May setiap tahun. Ini kerana pada masa ini, Antares berada di sebelah matahari dan akan dapat dilihat dengan jelas sepanjang malam.

Nama Antares diambil dari mitos Greek kuno bermaksud "holds against Ares (mars)" kerana permukaan Antares yg merah menyala menyamai permukaan planet Marikh.

Gambar-Gambar lain: (1751hrs - 0038hrs)


Uranus mula muncul memasuki formasi di belakang venus, pada magnitud 6.5, sekitar 52 darjah FOV.


Gambar ini menunjukkan planet2 telah bergerak ke arah barat (membuktikan planet memang berpusing mengorbit matahari). Jelas kelihatan bulan, Mars, Matahari, Mercury, Jupiter dan Venus, sementara Uranus agak telah sedikit terlindung oleg debu2 angkasa galaksi NGC7721. Namun kehadiran Uranus masih dapat dikesan teleskop.


Uranus telah terus dilindungi debu2 galaksi, manakala planet Saturn telah mula kelihatan dari arah timur memasuki formasi pada magnitud 1.10.







2.12.08

Planetary Conjunction 2008

1.2.2008
Venus and Jupiter conjunction.

27.2.2008
Venus and Mercury conjunction.

24.3.2008
Venus and Mercury conjunction

10.7.2008
Saturn and Mars conjunction.

13.8.2008
Venus and Saturn conjunction

14.8.2008
Venus, Mercury, and Saturn conjunction.

19-21.8.2008
Venus and Mercury conjunction.

11.9.2008
Venus and Mars conjunction.

1.12.2008
Venus, Jupiter and Crestcent Moon conjunction.
Moon and Venus accultation.

12.12.2008
Mercury and Pluto conjunction.

27.12.2008
Venus and Neptune conjunction.

28.12.2008
Mars and Pluto conjunction.

31.12.2008
Jupiter and Mercury conjunction