Alam maya ini terbentang luas untuk kita melihat, memerhati dan menagambil iktibar dari setiap kejadian yang terhidang di depan mata. Pemerhatian yang berterusan mampu membuat kita berfikir bahawa semua dijadikan bersebab oleh Tuhan. Ia mampu memberi keinsafan pada diri, yang kita ini hanyalah umpama sebutir debu di dalam cakerawala yang terbentang luas, seolah tidak berpenghujung.
Sikap manusia selalu ingin mencuba sesuatu yang baru, dan meneroka. Alam yang terbentang indah di atas juga tidak ketinggalan diteroka....dari Bumi, juga dari angkasa. Pelbagai penemuan menarik merungkai misteri demi misteri yang sebelum ini dianggap mitos sahaja.
Kata-kata dalam filem kegemaran aku "to go where no one has gone before" kuat melekat dalam kepala. Sebab terpengaruh dengan kata-kata ni dulu la aku terbeli teelskop. hahaha. Tapi teleskop yang aku terbeli dulu itu la sampai sekarang banyak berjaya pada aku. Dengannya la aku lihat Bulan, bintang-bintang yang terhampar di langit malam. Melaluinyalah aku menjadi pengkagum setia alam maya ciptaan Tuhan. Ternyata apa yang ada di atas sana, dalam gelap cakerawala adalah seindah-indah kejadian yang kadangkala sukar untuk diuangkap oleh kata-kata. Hanya mereka yang sekepala [stargazer] dan yang memahami sahaja mampu mengerti, sedang yang lain sinis memerli sambil berkata "apa guna melihat di atas sana jika di bawah sini pun masih belum melihat semuanya". Untuk yang selalu berkata sebegitu, fahamilah yang semua benda adalah ciptaan Tuhan. Lihatlah samada atas, bawah...depan atau belakang, dan ambillah iktibar daripada setiapnya. Bukan hanya melihat dengan pandangan mata yang kosong dan sombong.
p/s: pandang ke timur pada waktu malam, dan cari objek berwarna oren kemerah-merahan. Itulah planet Marikh, jiran Bumi yang terdekat. Anda akan dapat mencari Marikh dengan mata kasar dengan senang kerana ia bersinar cerah dan gah di langit malam bertemankan sang bintang yang lain. Marikh akan terbit di langit timur sekitar jam 9.30 malam.
2 comments:
Benarlah demikian.Saya sudah mengalaminya...-Amir
kita senasin saudara Amir :)
biarlah apa org kata. yg pasti kita tau apa yg kita buat....tidak salah menjadi pengkagum ciptaan yang ESA
Post a Comment