Seseorang pernah berkata..."dalam hidup ini kita cuma perlu percaya dengan satu perkara sahaja iaitu takdir"
Seseorang yang lain juga pernah berkata " takdir mampu kita ubah, asalkan kita tidak terlalu taksub dan melampau dalam setiap gerak dan laku"
Percayakah anda akan takdir? Pernahkah anda terfikir bahawa semua benda yang kita alami, kesemua pengalaman yang kita perolehi adalah semuanya takdir? Bahawa kita sebenarnya terikat untuk terus berada di dalam lingkungan takdir-takdir tersebut hingga sampai suatu masa kita akhirnya berserah segala-galanya pada takdir.
kesemua kita tidak minta untuk menjadi seperti apa yang kita jadi seperti hari ini. Semuanya adalah yang tersirat disebalik segala yang tersurat. Begitu ramai yang kerap menyalahkan takdir berbanding menyalahkan diri sendiri tentang setiap hal yang terjadi.
Hidup ini sebenarnya indah. Pandanglah di sekeliling kamu dan berfikirlah. Jadilah pengkagum betapa keindahan ini tidak dapat diperbandingkan dengan apa-apa.
Dan ketahuilah bahawa setiap apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita dari Tuhan dan kesemuanya mengandungi hikmah-hikmahnya yang unik dan tersendiri.
No comments:
Post a Comment