Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

20.6.09

Eksperimen NASA : Bom Bulan Untuk Menghasilkan Air

Para saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam di permukaan bulan. Letupan itu merupakan salah satu daripada siri ujian yang dilakukan NASA untuk melihat samada air dapat dihasilkan di permukaan atmosfera bulan. NASA akan meneliti awan yang terbentuk selepas letupan untuk melihat samada ia mengandungi wap air.

Saintis menjangkakan impak letupan besar itu akan mampu menghasilkan satu awan besar di permukaan bulan, yang akan mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang akan mampu dilihat dari permukaan bumi. Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan NASA untuk membina sebuah pangkalan sains di bulan.

Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir yang tandus, tetapi terdapat lapisan ais yang dipercayai terperangkap dalam kawah yang dilitupi yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Eksperimen ini akan dipantau oleh NASA menerusi satu misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer, yang akan melancarkan satu roket "Centaur" ke bulan pada dua kali kelajuan peluru. Sebuah lagi pesawat angkasa lepas juga akan turut mengorbit permukaan bulan selama setahun bagi mencari lokasi yang sesuai untuk tujuan pendaratan misi angkasawan.

Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.

3 comments:

mohad said...

nak letupkan bulan ke...

ateh said...

letupan hanya untuk menghasilkan awan di permukaan bulan, dan membentuk kawah untuk tujuan penyelidkan lapisan ais di dalam lapisan batuan bulan.

masih dlm perancangan NASA

Anonymous said...

semua bencana berpunca dari tangan manusia sendiri. kalau kedudukan bulan lari 0.05mm dari orbit bumi dh boleh mengundang bencana pada sistem planet kita.