Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

31.8.09

Bumi Sebenarnya Pusat Bima Sakti?

Saat aku sedang mengelamun melemparkan pandangan ke luar tingkap bas yang sedang bergerak lambat melihat hiruk pikuk warga Kuala Lumpur berlumba-lumba untuk pulang ke rumah, aku disapa oleh seorang pemuda yang kebetulan duduk disebelahku. Barangkali penat berdiam diri, dia cuba untuk memulakan sebuah bicara denganku.

"abang peminat astronomi ke?"

Pertanyaan itu sekadar aku balas dengan sebuah anggukan malas disertai sebuah senyuman sebelum aku kembali melemparkan pandanganku keluar. Aku bukan sombong, cuma fikiranku sarat dengan sejuta macam masalah yang membuatkan aku hampir tiada minat untuk berbicara. Pemuda itu nampaknya tidak berputus asa. Selepas beberapa minit berdiam diri, dia kembali bertanya.

"mana abang beli majalah astronomi ni? mesti mahal kan?"

Sekali lagi aku tersenyum memandangnya. Perlahan aku berkata yang harga yang aku bayar untuk majalah itu jauh lebih rendah berbanding dengan nilai ilmu yang aku perolehi dari setiap mukasurat di dalamnya. Diam terdiam. Mengangguk - angguk sendiri, mungkin bersetuju dengan kenyataan aku itu. Suasana sepi kembali, sehinggalah dia berjaya merangsang aku untuk berbicara dengan kenyataan yang dikeluarkannya...bahawa bumi ini sebenarnya adalah pusat Bima Sakti dan mungkin juga merupakan pusat galaksi kita ini.

Aku lantas bertanya mengapa dia beranggapan sedemikian rupa? Dia menerangkan bahawa, selama ini manusia telah ditipu oleh teori-teori saintis barat bahawa Matahari adalah pusat Bima Sakti. Menurutnya Allah (tanpa memberitahu dari surah mana) telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa Bumi ini tidak bergerak, sebaliknya Matahari dan planet-planet lainlah yang sebenarnya bergerak mengelilingi Bumi. 

Aku terdiam sebentar, cuba untuk menghadam hujahan yang dikemukan oleh pemuda itu. Kemudian, aku mula menyambung bicara...

"sekiranya Bumi kita ini tidak bergerak (sebaliknya matahari yang bergerak mengorbit Bumi) bagaimana pula boleh terjadi empat musim di Bumi Tuhan ini? Bagaimana boleh terjadi siang lebih panjang daripada malam (atau sebaliknya) di kutub Bumi dalam tempoh tertentu setiap tahun?" Dengan bersahaja, pemuda itu menjawab, itu semua rahsia dan kekuasaan Allah sambil merujuk ayat dari surah Yasin.

Tidak dinafikan, setiap sesuatu kejadian itu adalah kesempurnaan ciptaan Allah. Tetapi, Allah sendiri berfirman bahawa setiap sesuatu kejadian itu mempunyai sebab musabab disebaliknya. Selayaknya, manusia yang sempurna akalnya haruslah mengkaji dan menghuraikan misteri-misteri disebalik kejadian Allah itu, semoga kita semakin beriman kepadaNya.

Secara ilmiah, saya tetap berpendapat bahawa Matahari adalah pusat Bima Sakti, dan Bumi, bersama-sama dengan planet-planet ciptaan Allah yang lain lah yang mengorbit sang Matahari, sehinggalah adanya hasil dari kajian lain yang kukuh mengatakan sebaliknya. Mungkin dari segi keagamaan (Islam), kita boleh menyatakan bahawa Bumi adalah pusat untuk alam semesta kerana Allah telah memilih untuk memuliakan Bumi dengan Tanah Haram Makkah. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya...

 

1 comment:

Anonymous said...

apa yg pemuda tu cakap betol bro... allah maha berkuasa..bumi ni memang pusat cakerawala.. cube ko bayangkan apa yang mat saleh tu kaji..apa diorang tu pndai sngt ke... pasal pergi ke bulan pon tipu.. buat dalam studio.. america penipu besar.. psal 4 musim tu mmg kuasa tuhan.. dan bermacam2 lg.. org x leh nk kaji tentang kekuasaan allah.... buktinya ko cabut je sehelai bulu roma.. pstu bg kt saintist yg hebat2 tuh.. boleh ke diorang buat.. renung2kan