Next Topic.....
26.11.09
December Astronomical Events
Eid Adha
Selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua rakan taulan. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan keredhaan Allah SWT hendaknya. Minta dimurahkan rezeki dan kesihatan lahir dan batin kepada semunya....Doakan juga para jemputan Allah di Tanah Haram yang diduga dengan hujan lebat dan banjir. Semoga mereka tabah dan mendapat haji yang mabrur.....amin
12.11.09
12 Nov Nite Sky
Saturn bersama bulan-bulannya yang sedang mengorbit planet tersebut. Saturn dapat dicerap pada magnitud 1.34 dari Bumi. Mimas, Tethys dan Dione kelihatan hampir selari antara satu sama lain hampir dengan G-Ring planet terbabit.
Gambar di atas pula ialah sang Marikh (Mars) yang dapat dicerap pada magnitud 0.41 dari muka Bumi. Kelihatan menemani Marikh ialah Deimos dan Phobos yang hampir selari antara satu sama lain.
Sang Bulan yang muncul agak lewat malam ini.
Langit malam 12 November amat cerah dengan kerlipan bintang-bintang yang memenuhi angkasaraya. Sirius dan Aldebaran dapat dilihat dengan sangat jelas sekali walaupun kedua-dua bintang ini tidak berada dalam galaksi Bima Sakti. Antares, Shaula, Spica dan lain-lain juga turut tidak ketinggalan menyerikan langit malam ini.
7.11.09
Ares I-X & Misi Manusia Ke Bulan
Ares I-X dilancarkan dari tapak pelancaran Kennedy di Cape Canaveral
NASA telah melancarkan ujian terhadap prototaip roket Ares I-X pada 28 Oktober 2009 sebagai persiapan misi untuk manusia ke Bulan. Roket berukuran 327 kaki panjang ini bernilai AS$445 juta (RM1.5 bilion) telah terbang selama beberapa minit dari Cape Canaveral dan berjaya mencapai kelajuan sekitar 100mph dalam masa hanya 8 saat. Roket ini turut dilengkapi pelbagai peralatan canggih termasuk alat pemecah gelombang bunyi di bahagian muncung hadapannya. Ia bertujuan untuk mencapai kelajuan yang semaksimum mungkin semasa penerbangan. Ares I-X telah berada selama beberapa minit di ruang udara Bumi (tidak keluar dari atmosfera Bumi) dan beberapa bahagian penting roket ini telah kembali ke Bumi menggunakan payung terjun di Allantik.
Secanggih manapun Ares I-X ini, adakah ia mampu untuk menyempurnakan misi manusia ke Bulan? Juga tidak diketahui samada Ares I-X turut dilengkapi sistem pelindung radiasi yang lengkap untuk melindunginya daripada radiasi merbahaya semasa melintasi Garisan Van Allen sebelum mampu sampai ke Bulan.....
Hari ini manusia memerlukan roket secanggih Ares I-X untuk misi ke Bulan, sedangkan sebelum ini (seperti yang didakwa Amerika) kapal angkasa Apollo telah mendarat di sana. Tahukah anda bahawa teknologi yang dimiliki Apollo pada masa itu hanyalah menyamai teknologi sebuah kalkulator casio yang digunakan pelajar sekolah hari ini? Nah...kalau roket dengan teknologi seringkas itu mampu melintasi Garisan Van Allen dan seterusnya berjaya membawa manusia ke Bulan, kenapa NASA sanggup berbelanja besar hanya untuk sekali lagi mencipta sejarah membawa manusia ke permukaan Bulan?
Jadi, kisah manusia pernah sampai ke Bulan hanyalah sebuah retorik dan propaganda? Anda nilai dan fikirkan sendiri......
5.11.09
November Astronomical Events
November 2 - Full Moon
November 5 - Mercury in Superior Conjunction
November 16 - New Moon
November 17 - 18 - Leonids Meteor Shower. The Leonids is one of the better meteor showers to observe, producing an average of 40 meteors per hour at their peak. The shower itself has a cyclic peak year every 33 years where hundreds of meteors can be seen each hour. The last of these occurred in 2001. The shower peaks this year on November 17 & 18, but you can usually see some meteors from November 13 - 20. The moon will be totally out of the way this year, providing an exceptional viewing experience for the Leonids. Look for the shower radiating from the constellation Leo after midnight. The Leonids Meteor Shower occur when the Earth encounters debris left from comet Tempel-Tuttle and have been described as "the cosmic equivalent of bugs hitting the windshield of an automobile."
****
On the 1st, Mars, now bright at magnitude 0.4, is in the Beehive star cluster in Cancer and pops above the eastern horizon at around 11:00 P.M. The Moon joins Mars on the 8th and Jupiter on the 23rd. On the 30th, Mars finally cracks magnitude zero, joining the ranks of the five brightest sky objects. By the end of the month, Jupiter, in the opposite part of the sky, is highest at nightfall and sets by 10:00 P.M. Venus closes out the month very low in the predawn east and has faded to magnitude -3.9; its show is over until it returns as a conspicuous evening star next April. Saturn, ensconced in Virgo, its new home for the next three years, is back and nicely high for early risers.