Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

7.11.09

Ares I-X & Misi Manusia Ke Bulan


Ares I-X dilancarkan dari tapak pelancaran Kennedy di Cape Canaveral

NASA telah melancarkan ujian terhadap prototaip roket Ares I-X pada 28 Oktober 2009 sebagai persiapan misi untuk manusia ke Bulan. Roket berukuran 327 kaki panjang ini bernilai AS$445 juta (RM1.5 bilion) telah terbang selama beberapa minit dari Cape Canaveral dan berjaya mencapai kelajuan sekitar 100mph dalam masa hanya 8 saat. Roket ini turut dilengkapi pelbagai peralatan canggih termasuk alat pemecah gelombang bunyi di bahagian muncung hadapannya. Ia bertujuan untuk mencapai kelajuan yang semaksimum mungkin semasa penerbangan. Ares I-X telah berada selama beberapa minit di ruang udara Bumi (tidak keluar dari atmosfera Bumi) dan beberapa bahagian penting roket ini telah kembali ke Bumi menggunakan payung terjun di Allantik.

Secanggih manapun Ares I-X ini, adakah ia mampu untuk menyempurnakan misi manusia ke Bulan? Juga tidak diketahui samada Ares I-X turut dilengkapi sistem pelindung radiasi yang lengkap untuk melindunginya daripada radiasi merbahaya semasa melintasi Garisan Van Allen sebelum mampu sampai ke Bulan.....

Hari ini manusia memerlukan roket secanggih Ares I-X untuk misi ke Bulan, sedangkan sebelum ini (seperti yang didakwa Amerika) kapal angkasa Apollo telah mendarat di sana. Tahukah anda bahawa teknologi yang dimiliki Apollo pada masa itu hanyalah menyamai teknologi sebuah kalkulator casio yang digunakan pelajar sekolah hari ini? Nah...kalau roket dengan teknologi seringkas itu mampu melintasi Garisan Van Allen dan seterusnya berjaya membawa manusia ke Bulan, kenapa NASA sanggup berbelanja besar hanya untuk sekali lagi mencipta sejarah membawa manusia ke permukaan Bulan?

Jadi, kisah manusia pernah sampai ke Bulan hanyalah sebuah retorik dan propaganda? Anda nilai dan fikirkan sendiri......

4 comments:

Juccu said...

so homo sapien is never set foot on moon? ok2
its a "dongeng" i guess

ummuaimi said...

Salam. Selamat kembali menulis. Dah lama tunggu cerita menarik.

Yeah, memang tak pernah nak percaya kisah tu, sama macam filem Hollywood "Capricorn One.'

Anonymous said...

Yahudi itu dulu kini dan selamanya pembohong & penipu dan mereka yang mutaakir ini dilaknat oleh Allah.Dunia pun dah hampir qiamat.
sila rujuk link dibawah


http://earthquake.usgs.gov/

ateh said...

Juccu - yup. sy pun rasa itu cuma cite dongeng zaman perang digin je kot hehee

ummuaimi - thanks. maaf lama x menulis. ni baru nk start blk xtvt stargazing.
thanks juga sudi mengikuti blog sy yg x seberapa ni.

anoy - yup, diakui yahudi mmg bangsa yang spt saudara/i katakan itu. tp, bangsa mereka bersatu padu dlm semua hal. sbb tu mereka dpt mengusai dunia. bangsa kita?