Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

31.12.09

Dust & The Helix Nebula


pic: NASA, JPL-Caltech, Kate Su (Steward Obs, U. Arizona) et al.

Dust makes this cosmic eye look red. The eerie Spitzer Space Telescope image shows infrared radiation from the well-studied Helix Nebula (NGC 7293) a mere 700 light-years away in the constellation Aquarius. The two light-year diameter shroud of dust and gas around a central white dwarf has long been considered an excellent example of a planetary nebula, representing the final stages in the evolution of a sun-like star. But the Spitzer data show the nebula's central star itself is immersed in a surprisingly bright infrared glow. Models suggest the glow is produced by a dust debris disk. Even though the nebular material was ejected from the star many thousands of years ago, the close-in dust could be generated by collisions in a reservoir of objects analogous to our own solar system's Kuiper Belt or cometary Oort cloud. Formed in the distant planetary system, the comet-like bodies would have otherwise survived even the dramatic late stages of the star's evolution.

24.12.09

Partial Lunar Eclipse

December 31 - Partial Lunar Eclipse. The eclipse will be visible throughout most of Europe, Africa, Asia, and Australia.

A lunar eclipse is an eclipse which occurs whenever the moon passes behind the earth such that the earth blocks the sun’s rays from striking the moon. This can occur only when the Sun, Earth, and Moon are aligned exactly, or very closely so, with the Earth in the middle. Hence, there is always a full moon the night of a lunar eclipse. The type and length of an eclipse depend upon the Moon’s location relative to its orbital nodes. The next total lunar eclipse occurs on December 21, 2010.

13.12.09

Berapakah Jumlah Sebenar Planet Dalam Sistem Suria? 10? 11? atau 12??

(Dan ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” [Surah Yusuf : ayat 4] 

Al-Quran di dalam surah dua belas (Surah Yusuf) telah menceritakan perihal Nabi Allah Yusuf a.s yang bermimpi melihat 11 bintang, Matahari dan Bulan Tunduk kepada beliau. Peristiwa ini yang berlaku ribuan tahun lampau telah lama mempengaruhi kajian astronomi mengenai bilangan sebenar planet di dalam Sistem Suria. 11 bintang seperti yang dilihat Nabi Allah Yusuf a.s di dalam mimpinya itu, ditafsirkan oleh pengkaji astronomi moden sebagai mewakili 11 buah planet (tidak termasuk Bumi). 

Jadi, apakah benar bahawa terdapat 12 buah planet di dalam Sistem Suria (11+1) dan Bumi merupakan pusatnya? 

Terdapat segelintir saintis astronomi muslim yang menyatakan pendapat bahawa kesemua objek di angkasa, termasuklah Matahari sebenarnya bergerak mengelilingi bumi melalui orbit masing-masing. Namun pendapat ini kurang popular kerana khalayak umum lebih menerima pendapat bahawa Matahari merupakan pusat Sistem Suria, dan kesemua planet bergerak mengelilinginya. 

Para saintis bertungkus lumus cuba untuk mencari planet-planet di angkasa raya. Benarkah terdapat 12 planet seperti diberitakan di dalam Al-Quran? Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto merupakan 9 planet yang telah lama diketahui umum. kesembilan planet-planet ini telah lama dijumpai. Kemudian, 2 lagi planet dijumpai iaitu planet X yang akhirnya dinamakan sebagai Nibiru pada tahun 1995 dan planet 90377 yang kemudian diberi nama Sedna pada 14 November 2003. Kedua-dua planet Nibiru dan Sedna mempunyai orbit yang pelik berbanding 9 planet lain. Nibiru dan Sedna dikatakan bergerak sangat jauh merentasi Bima Sakti dan mengambil masa sehingga ribuan tahun untuk membuat satu pusingan orbit yang lengkap.

Jadi, sekarang terdapat 11 planet yang diketahui iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune, Pluto, Nibiru dan Sedna. Dimanakah planet yang kedua belas?? Para astronomers masih lagi mencarinya. Ada mengatakan Ceres merupakan planet yang kedua belas itu. Tapi pendapat itu menjadi tidak bernilai apabila Ceres akhirnya dapat dibuktikan hanyalah seketul batu angkasa sahaja. Ada lagi pendapat lain yang lebih menarik....

Para astronomers juga pada tahun 2004 di sebuah persidangan antarabangsa sepakat mengeluarkan Pluto daripada senarai planet. Pluto dikatakan hanyalah sebagai "dwarft object" kerana ciri-cirinya yang serupa dengan Ceres, dan Eris yang dijumpai kemudian yang jauh lebih besar daripada saiz Pluto. Jadi, persoalan kembali berbangkit....sekiranya Pluto bukanlah planet, bilangan planet yang disahkan di dalam Sistem Suria hanyalah 10 sahaja. Dimanakah lokasi 2 lagi planet yang lain??? [klik di sini]





 
Di dalam buku astronomi lama dari zaman Babylon dan Assyria Enuma Elish yang ditulis pada abad ke 7 ada dinyatakan bahawa alam semesta ini mengandungi 12 buah planet termasuklah Nibiru yang kontroversi itu. 2 planet lain yang dinamakan di dalam buku astronomi kuno itu ialah Apsu (disebut juga Abzu) dan Tiamat. Saintis masih cuba membuktikan perkara ini, dan pencarian kedua-dua planet ini masih giat dilakukan.

Ada juga saintis yang berteori bahawa planet yang bernama Tiamat itu telah pun lama musnah. Tiamat dikatakan terletak di antara planet Marikh dan Jupiter. Orbitnya dikatakan terganggu oleh lintasan sebuah objek lain yang besar dan mempunyai kekuatan medan magnet yang tinggi di dalam Sistem Suria kira-kira 65 juta tahun - 4 billion tahun yang lampau. Gangguan pada orbitnya telah menyebabkan Tiamat bertembung dengan salah satu daripada bulan planet terbabit lalu musnah. Sisa-sisa daripada Tiamat lalu membentuk asteroid belt dan Bulan Bumi. Objek yang telah menyebabkan kemusnahan Tiamat dikatakan adalah Nibiru, yang kini sedang menghampiri Sistem Solar untuk melengkapkan pusinganya yang mengambil masa selama 3600 tahun [atau ada juga yang mengatakan 3750 tahun]

11.12.09

Venus (Zuhrah/Kejora) - "Kembar" Bumi Yang Musnah


Venus, planet kedua di dalam Sistem Suria merupakan jiran Bumi yang paling hampir sekali. Terletak hanya sejauh 26 juta km dari planet Bumi, ia dikatakan sebagai kembar kepada Bumi kerana mempunyai saiz dan bentuk yang hampir sama, serta graviti dan komposisinya yang hampir sepadan dengan yang ada di Bumi. Namun ia telah mengalami kemusnahan akibat perubahan-perubahan ketara yang berlaku di cakerawala sejak berbillion tahun dahulu.

Venus melengkapkan pusingannya mengorbit Matahari selama 224.7 hari Bumi. Ia merupakan objek yang paling cerah di langit malam (kecuali bulan) dan mampu mencapai magnitud sehingga -4.6. Venus mencapai kecerahannya yang maksimum sejurus sebelum terbitnya Matahari atau selepas terbenamnya Matahari. Sebab itu ia sering saja digelar sebagai Bintang Pagi atau Bintang Petang.





 
Venus berputar secara sangat perlahan dan songsang di atas paksinya semasa mengorbit Matahari. Putaran secara songsang (Reverse Spin) ini dikatakan terjadi akibat daripada interaksi medan magnetik planet tersebut dengan planet-planet lain di sekitarnya termasuk Bumi. Jadi di Venus, Matahari dilihat terbit dari arah barat dan terbenam di sebelah timur. 

Venus juga merupakan antara planet yang paling panas di Sistem Suria, dengan suhunya yang mampu mencapai sehingga 900-1000 darjah F. Pakar sains angkasa mengandaikan Venus suatu masa dulu merupakan sebuah planet yang lengkap termasuk mempunyai lautan air yang sangat luas. Namun, ia musnah akibat kesan rumah hijau yang berlaku kepadanya hampir 1 billion tahun dahulu. Ia bermula apabila air dari lautan yang luas tersejat ke permukaan atmosferanya tanpa kawalan lalu membebaskan gas-gas karbon dioksida (CO2) yang seterusnya bergabung dengan gas-gas berbahaya lain yang sedia wujud di atmosfera lalu membentuk sulfur dioksida (SO2) yang akhirnya membentuk awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Kini, 95% kandungan atmosfera Venus adalah CO2. Kesan ini mengakibatkan kemusnahan teruk kepada ekosistem Venus dan meningkatkan suhu planet tersebut secara mendadak sehingga menjadi sebuah planet yang dipenuhi lautan alrva yang panas mendidih.

Pada awal tahun 1990, NASA telah melancarkan sebuah misi ke Venus melalui kapal angkasanya, Magellan. Kapal angkasa ini telah berjaya mendarat di permukaan Venus pada hari selasa, 11 Oktober 1994 setelah mengorbitnya selama 4 tahun. 

Terdapat teori yang mengatakan bahawa Bumi akan turut menerima nasib yang sama seperti Venus beberapa juta tahun akan datang akibat daripada kesan rumah hijau dan pemanasan global yang sudahpun melanda Bumi kini. Namun terdapat juga teori yang mengatakan bahawa Bumi merupakan planet yang unik yang mempunyai mekanismenya yang tersendiri untuk menstabilkan keseluruhan dirinya sendiri. Ini bersandarkan rekod-rekod yang dikumpul saintis sejak ratusan tahun lampau. 

2.12.09

2012 : Tahun Yang Ditunggu

Klik sini dan sini 

Aktiviti magnetik semakin aktif di Matahari dan kawasan-kawasan yang hampir denganya. Beberapa letusan solar turut di kesan berlaku dalam skala kecil dengan kekerapan yang agak tinggi.

Permukaan Matahari yang sangat aktif

Letusan solar sedang berlaku di permukaan Matahari 

Keseluruhan permukaan Matahari menjadi semakin tidak stabil. Letusan demi letusan tercetus di permukaannya. Kesudahan fenomena ini adalah ribut magnetik, sebelum Matahari kembali menjadi stabil semula. Ini dijangka berlaku pada tahun 2012

Pic: Solar and Heliospheric Observatory (SOHO) & Global Oscillation at Low Frequency (GOLF) Space Telescope.

Fenomena ribut magnetik yang terjadi setiap lebih kurang 11 tahun memang dinanti-nantikan oleh para peminat dan pemerhati astronomi. Tahun 2012, bakal menyaksikan fenomena ini berlaku sekali lagi. Fenomena ini berlaku apabila berbilion molekul proton dan elektron berlanggar di antara satu sama lain dalam aktiviti magnetik di permukaan Matahari. 

Tahun 2012 merupakan tahun yang agak kontroversi, yang ditunggu-tunggu sekian ramai manusia di planet Bumi ini terutama sekali para saintis-saintis angkasa lepas kerana, pada tahun itu jugalah nanti akan berlakunya fenomena "Planetory Reunion". Fenomena yang berlaku sekali dalam beberapa ribu tahun ini bakal menyaksikan kesemua planet-planet dalam Bima Sakti akan berada dalam kedudukan selari mengadap Matahari, dan dalam masa yang sama, satu lagi fenomena agung dalam cabang ilmu sains astronomi akan berlaku, iaitu Galaksi Bima Sakti akan melengkapkan pusingannya mengelilingi pusat cakerawala.

Jadi apa kesimpulan anda mengenai 2012?