Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

11.12.09

Venus (Zuhrah/Kejora) - "Kembar" Bumi Yang Musnah


Venus, planet kedua di dalam Sistem Suria merupakan jiran Bumi yang paling hampir sekali. Terletak hanya sejauh 26 juta km dari planet Bumi, ia dikatakan sebagai kembar kepada Bumi kerana mempunyai saiz dan bentuk yang hampir sama, serta graviti dan komposisinya yang hampir sepadan dengan yang ada di Bumi. Namun ia telah mengalami kemusnahan akibat perubahan-perubahan ketara yang berlaku di cakerawala sejak berbillion tahun dahulu.

Venus melengkapkan pusingannya mengorbit Matahari selama 224.7 hari Bumi. Ia merupakan objek yang paling cerah di langit malam (kecuali bulan) dan mampu mencapai magnitud sehingga -4.6. Venus mencapai kecerahannya yang maksimum sejurus sebelum terbitnya Matahari atau selepas terbenamnya Matahari. Sebab itu ia sering saja digelar sebagai Bintang Pagi atau Bintang Petang.





 
Venus berputar secara sangat perlahan dan songsang di atas paksinya semasa mengorbit Matahari. Putaran secara songsang (Reverse Spin) ini dikatakan terjadi akibat daripada interaksi medan magnetik planet tersebut dengan planet-planet lain di sekitarnya termasuk Bumi. Jadi di Venus, Matahari dilihat terbit dari arah barat dan terbenam di sebelah timur. 

Venus juga merupakan antara planet yang paling panas di Sistem Suria, dengan suhunya yang mampu mencapai sehingga 900-1000 darjah F. Pakar sains angkasa mengandaikan Venus suatu masa dulu merupakan sebuah planet yang lengkap termasuk mempunyai lautan air yang sangat luas. Namun, ia musnah akibat kesan rumah hijau yang berlaku kepadanya hampir 1 billion tahun dahulu. Ia bermula apabila air dari lautan yang luas tersejat ke permukaan atmosferanya tanpa kawalan lalu membebaskan gas-gas karbon dioksida (CO2) yang seterusnya bergabung dengan gas-gas berbahaya lain yang sedia wujud di atmosfera lalu membentuk sulfur dioksida (SO2) yang akhirnya membentuk awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Kini, 95% kandungan atmosfera Venus adalah CO2. Kesan ini mengakibatkan kemusnahan teruk kepada ekosistem Venus dan meningkatkan suhu planet tersebut secara mendadak sehingga menjadi sebuah planet yang dipenuhi lautan alrva yang panas mendidih.

Pada awal tahun 1990, NASA telah melancarkan sebuah misi ke Venus melalui kapal angkasanya, Magellan. Kapal angkasa ini telah berjaya mendarat di permukaan Venus pada hari selasa, 11 Oktober 1994 setelah mengorbitnya selama 4 tahun. 

Terdapat teori yang mengatakan bahawa Bumi akan turut menerima nasib yang sama seperti Venus beberapa juta tahun akan datang akibat daripada kesan rumah hijau dan pemanasan global yang sudahpun melanda Bumi kini. Namun terdapat juga teori yang mengatakan bahawa Bumi merupakan planet yang unik yang mempunyai mekanismenya yang tersendiri untuk menstabilkan keseluruhan dirinya sendiri. Ini bersandarkan rekod-rekod yang dikumpul saintis sejak ratusan tahun lampau. 

1 comment:

plu boyz said...

venus adalah salah satu planet yang telah musnah selepas mercury. mungkinkah giliran bumi selepas ini? dan marikh pula akan bertukar menjadi seperti bumi?