Gambar di atas ialah gambar bulan pada tarikh 3 Muharam 1430H yang saya cerap pada awal pagi sebelum subuh. Kelihatan menemani sang bulan adalah Almaak, Mirach & Alpheratz, 3 butir bintang yang paling terang dari galaksi andromeda.
Bulan, merupakan satu-satunya satelit semulajadi bagi planet Bumi. Ia merupakan satelit semulajadi yang kelima terbesar di dalam sistem solar kita.
Jarak diantara pusat Bumi dan pusat Bulan ialah sejauh 384,403 km (lebih kurang 30 kali diameter Bumi). Diameter Bulan ialah 3,474 km. Jisim Bulan dianggarkan bersamaan 2% jisim Bumi, manakala tarikan graviti di permukaan Bulan bersamaan dengan 17% daya tarikan graviti di permukaan Bumi. Bulan melengkapkan orbitnya mengelilingi Bumi selama 27.3 hari (orbital period), manakala fasa lunar pula berulang pada setiap 29.5 hari (syonadic period).
Bulan menjauhi bumi sebanyak 3.8 cm setiap tahun. Maka semakin hari semakin jauh bulan dan satu hari nanti bumi akan kehilangan bulan apabila tarikan graviti bumi tidak mampu lagi menahan bulan. Bila bula tiada, pusingan bumi mungkin berubah yang menyebabkan matahari terbit dari sebelah barat. Ini memberitahu kita bahawa salah satu tanda-tanda kiamat berlaku. Ketiadaan bulan boleh berlaku dengan dua perkara, iaitu tarikan graviti bumi hilang kesan ke atas bulan atau pun bulan dilanggar objek lain yang menyebabkan bulan meletup atau bulan tersasar dari laluannya dan keluar dari tarikan graviti bumi. Saintis nasa dan seangkatannya bingung dengan objek yang mampu melanggar bumi dan bersedia dengan bermacam cara untuk mengelak perkara ini terjadi. Setahu saya tiada perancangan apa-apa untuk mengelak bulan dari dilanggar oleh objek angkasa.
Tahukah anda, bahawa objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya menghampiri Bulan adalah Luna 1, manakala objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan Bulan adalah Luna 2, milik agensi angkasa lepas Soviet Union (Rusia sekarang). Kedua-duanya adalah robot peneroka angkasa. Gambar bahagian belakang Bulan pula pertama kali diambil oleh Luna 3. Kesemua peristiwa ini berlaku pada tahun 1959.
Tahukah anda lagi, bahawa kapal angkasa pertama yang membuat pendaratan di Bulan adalah Luna 9, diikuti oleh kapal angkasa Surveyor 1. Manakala kapal angkasa Luna 10 mencipta nama sebagai kapal angkasa pertama berjaya mengorbit Bulan sepenuhnya. Kesemua misi ini dilakukan dalam tahun 1966, tapi tidak disertai angkasawan.
Pada tahun 1969, dunia digemparkan dengan kejayaan pendaratan oleh manusia pertama, Neil Amstrong melalui kapal angkasa Apollo 11. Dalam jarak masa 9 tahun (1963-1972) Amerika telah berjaya melakukan 6 misi pendaratan di permukaan Bulan.
Namun, selepas Neil Amstrong dikatakan berjaya menjadi manusia pertama menjejakkan kakinya ke Bulan, tiada lagi manusia lain dihantar untuk tujuan yang sama, sedangkan makin banyak misi-misi ke Bulan dilancarkan. Kenapa? Ada yang mengatakan ia hanya propaganda Amerika, untuk mengalahkan Soviet Union dari segi psikologi pada masa itu, memandangkan Soviet Union jauh mengatasi Amerika dalam misi jelajah angkasa.
Ramai juga saintis-saintis angkasa sehingga kini mempertikaikan yang manusia pernah sampai ke Bulan. Ini kerana, kapal angkasa zaman itu tidaklah secanggih yang ada sekarang ini (dikatakan sistem elektronik Appolo 11 setaraf sistem elektronik yang digunakan calculator casio zaman ini sahaja).
Lagi pula, di ruang angkasa antara Bumi dan Bulan, terdapat satu garisan yang dikenali sebagai Jalur Van Allan . Lapisan Van Allen ini dihasilkan oleh medan magnet bumi. Ia berfungsi untuk melindungi planet Bumi (dan semua benda hidup di dalamnya) daripada radiasi merbahaya yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan jutaan bintang-bintang lainya yang boleh membawa maut. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan Solar (solar flares) yang kerap terjadi di permukaan matahari telah lama memusnahkan Bumi.
Jadi, apakah mungkin Neil Amstrong dan pasukannya pada tahun 1969 berjaya melintasi Jalur Van Allan, tanpa sebarang masalah untuk mendarat di Bulan?
8 comments:
info yang menarik tentang bulan. TQ
salam, di sini saya terjumpa buku yang ditulis oleh Mat Saleh yang khusus mengulas 'misteri' slah satunya pendaratan Neil Amstrong (yang disiarkan secara live oleh Radio Malaysia...suatu ketika dulu, ulasan selari..), antaranya keadaan bandera dan tulisan USA yang mat jelas kelihatan tanp akabur di Apollo 11 itu, dipertikaikan
Salam
Pendaratan Neil Amstrong di bulan memang dipertikaikan byk pihak termasuk saintis angkasalepas sendiri.
ramai berpendapat ia hanya perang psikologi terhadap blok Soviet Union yg pada masa itu menguasai bidang sains angkasa jauh mengatasi Amerika.
Salam...nak tanye cket... mane mista 'atehfaisal' dapat semua info nie? n pic2 tu?
Guess Who
semua pic tuh saya cerap sendiri menggunakan teleskop buruk saya. semua pic adalah asli dan terkini. info2 byk saya dpt melalui kajian dan pembacaan yg saya buat.
tentang info fenomena2 astronomi, saya mendapatnya dari beberapa sumber yg blh dipercayai, termasuk dari salah seorang kawan saya yg bertugas di ESA
bro ateh,
bleh tau apa jenis scope? ada buat piggyback ke bila guna digital camera.. hahhah nak kena cari adapter untuk camera pulak dah!
saya minat astronomi
pasal niel amstrong tu mmg propaganda amerika
宜蘭民宿
宜蘭民宿
澎湖民宿
台東民宿
Post a Comment