Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

13.2.09

Gerhana Bulan 2009

Diramalkan, sebanyak 230 kali gerhana bulan pada abad ke 21 ini, dengan 4 daripadanya berlaku dalam tahun 2009.

Seperti yang diketahui umum, gerhana bulan pertama tahun ini telah pun berlaku pada 9 Februari yang lalu. ini bermakna, akan ada 3 lagi gerhana bulan yang akan berlaku masing-masing pada 6 Julai, 7 Ogos dan 31 Disember nanti.

Gerhana bulan berlaku apabila bulan melintasi bahagian bumi bayang-bayang bumi. Ia akan hanya berlaku apabila matahari, bumi dan bumi berada dalam satu garisan lurus, dengan bumi berada di tengah-tengah formasi tersebut. kesemua gerhana bulan berlaku semasa bulan penuh. Jenis dan tempoh masa sesuatu gerhana bergantung kepada kedudukan bulan pada orbitnya. Gerhana bulan penuh kali terakhir berlaku pada 21 Februari 2008, dan hanya akan berlaku lagi pada 21 Disember 2010.

Bayang-bayang bumi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu umbra dan penumbra. Manakala gerhana bulan pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut situasi dimana bulan berada seperti;- gerhana bulan penumbra, gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana jenis "selenelion" atau lebih dikenali sebagai horizontal eclipse.

Gerhana bulan penumbra (seperti yang berlaku pada 9 Februari 2009 lalu) berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan penumbra bumi. Ini menyebabkan bulan kelihatan seakan berwarna kemerahan kerana, ia hanya menerima biasan cahaya matahari yang dibiaskan oleh atmosfera bumi (bukan secara langsung seperti biasa). Gerhana bulan jenis ini sentiasa berlaku.

Gerhana bulan separa bula berlaku apabila hanya sebahagian daripada bulan berada di dalam kawasan umbra bumi, dan sebahagian lagi berada di dalam kawasan penumbra. Ini akan menyebabkan bahagian di dalam umbra akan kelihatan gelap, dan bahagian di dalam penumbra akan bertukar menjadi kekuningan atau kemerah-merahan. Gerhana jenis ini amat jarang berlaku.

Gerhana bulan penuh pula berlaku apabila keseluruhan bahagian bulan berada di dalam kawasan umbra bumi. Ini menyebabkan kesemua bahagian bulan terlindung secara langsung daripada sinaran matahari. Bulan akan kelihatan sangat gelap dari bumi. Gerhana bulan penuh hanya akan dapat dilihat semula pada 21 Disember 2010.

Gerhana jenis Senelion (horizontal eclipse) pula adalah gerhana bulan yang sangat jarang berlaku dan sukar dilihat dengan mata kasar. Gerhana jenis ini berlaku apabila bulan yang sedang gerhana dilihat pada masa yang sama ketika matahari sedang terbit atau sedang terbenam. Kedua-dua matahari dan bulan akan dapat dilihat dalam keadaan yang rendah di horizon. Uniknya gerhana bulan jenis ini ialah, warna merah yang dapat dilihat pada permukaan bulan adalah terhasil daripada cahaya matahari yang dibiaskan oleh atmosfera bumi. Walaupun bulan berada di dalam kawasan umbra bumi, namun ia masih dapat dilihat rendah di langit hasil biasan cahaya matahari (terbit atau terbenam) oleh bumi sendiri.

Gerhana Bulan Penumbra 9 Februari 2009 - 21:55