Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

1.5.09

Bintang 3 generasi Ditemui

Penemuan terbaru "bintang 3 generasi" (Globular Cluster NGC 2808) oleh teleskop angkasa lepas Hubble telah berjaya merungkai satu lagi misteri cakerawala dan sekaligus menghapuskan teori bahawa bintang di dalam sesuatu sistem terbentuk pada tempoh waktu yang sama. Penemuan terkini ini juga telah menguatkan lagi bahawa cakerawala ini "hidup" dan sentiasa berkembang mengikut kadar yang belum diketahui manusia.

kumpulan Globular Cluster NGC 2808 yang berusia sekitar 12.5 billion tahun dan merupakan sistem kumpulan bintang terbesar di cakerawala

Image: NASA/ESA/A Sarajedini (Uni.Of Florida)/G Piotto (Uni.Of Padua)



Pakar-pakar astronomi, dengan bantuan Advance Camera for Surveys (ACS) yang terdapat pada teleskop Hubble, telah berjaya mengukur warna dan kecerahan bintang-bintang di dalam cluster berkenaan. Analisa yang dilakukan mendapati, siri bintang 3 generasi ini lahir sekitar 200 juta tahun lampau, dan terletak di dalam satu sistem besar yang berusia sekitar 12.5 billion tahun.

NGC 2808, dianggarkan mengandungi lebih sejuta bintang dan dikatakan antara sistem bintang yang terbesar di cakerawala yang berjaya dikenalpasti setakat ini.

Bagaimana sistem ini mempunyai 3 generasi bintang di dalam satu sistem yang sama?
Pakar-pakar astronomi berpendapat, kombinasi daya graviti antara jutaan bintang-bintang di dalam sistem ini adalah terlalu kuat, sehingga mampu "memegang" semua unsur-unsur gas (seperti helium yang terhasil daripada letusan-letusan bintang yang mati di dalam sistem ini sendiri) yang diperlukan utk kelahiran sebuah bintang baru.


3 Generasi bintang di Globular Cluster NGC 2808

No comments: