Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

16.5.09

Pemanasan Global - Bumi Semakin Panas!!!

Fenomena pemanasan global semakin hangat dibincangkan. Protokol demi protokol dikeluarkan...bermacam resolusi terhasil di setiap persidangan antarabangsa anjuran badan-badan dunia, namun ia tetap saja tidak membuahkan hasil. Kuasa besar seperti Amerika Syarikat masih gagal mematuhi Protokol Kyoto dengan alasan ia akan memusnahkan ekonomi negara polis dunia itu.

Pemanasan global...apakah punca-puncanya?
Ramai yang beranggapan pemanasan global berlaku akibat pencemaran yang dilakukan manusia melalui pelepasan gas-gas berbahaya seperti klorin dan karbon monoksida ke udara. Gas-gas ini lantas bertindakbalas dengan lapisan ozon di atmosfera lalu menghakisnya. Lalu, lebih banyak cahaya matahari dapat menembusi bumi, dan bum bertambah panas. Ini pendapat tradisional yang cukup popular....dan ia memang betul, antara penyebab kenapa bumi semakin panas.

Namun, tahukah anda bahawa pencemaran (baca pelepas gas) yang dihasilkan oleh manusia (industri & fisiologi) sebenarnya hanya menyumbang sekitar 5% kepada pencemaran udara. Faktor pencemaran yang lebih besar ialah letusan gunung berapi, proses pereputan semulajadi bahan-bahan seperti daun, haiwan dan lain-lain ke dalam tanah, proses penyejatan air di laut dan pelbagai lagi. Kesemua ini membebaskan gas-gas merbahaya ke udara dalam kuantiti yang jauh lebih besar.

Faktor lain yang boleh dikaitkan kenapa bumi menjadi semakin panas adalah perihal aktiviti matahari yang akan mencapai tahap maksimumnya pada 2012 nanti. Ketika ini, banyak sekali letusan solar berlaku di permukaan matahari, disamping beberapa siri ribut magnetik kecil-kecilan yang direkodkan NASA dan ESA. Faktor ini mungkin tidak sepopular faktor pencemaran industri yang dilakukan manusia, kerana tidak ramai yang mengetahui kejadian ini.

Lapisan dalam kerak bumi yang semakin memanas juga adalah faktor yang dikatakan menjadi penyumbang tentang isu pemanasan global ini. Teras bumi dikatakan agak tidak stabil ketika ini disebabkan beberapa siri gempa bumi besar yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini. Ketidakstabilan ini juga berpunca daripada pengaruh "magnetic force" dan "pole shift" yang kini melanda bumi (atau bakal terjadi). Saintis masih mengkaji fenomena ini secara lebih dekat dan terperinci.

Ok. Tinggalkan sekejap hal-hal "tradisional" tentang pemanasan global ini. Cuba berfikir lebih jauh, dalam konteks bumi ini sendiri...kenapa ia menjadi lebih panas?

Beberapa siri kajian (pernah diterbitkan sebagai dokumentari beberapa tahun lepas - tapi bukan di stesen tv Malaysia) pernah dan sedang dilakukan oleh beberapa kumpulan saintis terkemuka dunia, di beberapa tempat di muka bumi ini. Data-data mengenai suhu bumi juga telah berjaya dikumpul dan dianalisa, dan hasilnya agak mengejutkan dan menjadi perdebatan hangat sedikit masa dulu.

Dalam tempoh-tempoh masa tertentu, permukaan bumi memang akan menjadi panas, sehingga ke suatu kemuncak sebelum ia mula kembali menyejuk. Hal ini pernah dicatatkan pada tahun-tahun 1930-an, 1963-1971 dan sekitar sebelum milenium. Pemanasan bumi berlaku dari unsur-unsur dari dalam bumi ini sendiri (teras bumi) sebelum kembali menyejuk. Terdapat segelintir saintis berteori bahawa ini sebenarnya adalah cara untuk bumi menstabilkan strukturnya dan adalah suatu hal yang tidak perlu dibimbangkan.

Fenomena yang berlaku ada tahun-tahun 1930-an menjadi bukti yang kuat bilamana suhu bumi meningkat secara mendadak untuk tempoh selama beberapa tahun sehingga mencapai titik puncak, sebelum secara berterusan mencatatkan penurunan global, sehingga mencetuskan ketakutan munculnya zamain ais baru pada waktu itu. Kebanyakan negara di Eropah dilitupi salji sepanjang tahun (negara berhampiran kutub seperti Norway, Denmark etc).

Adakah pemanasan yang berlaku kali ini juga sebegitu? yang mana bumi akan kembali menjadi sejuk secara beransur-ansur selepas mencapai kemuncak pemanasan dan terasnya kembali menjadi stabil? Ia sangat menarik untuk dibahaskan....

Walau apapun, jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada bumi. Kurangkan penggunaan plastik, kimia dan amalkanlah kitar semula. Sedikit sumbangan anda amat besar jasanya untuk generasi yang akan datang.

9 comments:

Anonymous said...

salam ziarah...

skrg ni terlalu byk bhn2 yg mengandungi CFC la, termasuk la inhaler utk pesakit asma (btl ke ni?) hahaha

so, manusia mmg x blh nk elak dr menggunkan bahan ini, yg memang diketahui dpt menipiskan lapisan ozon. kita dh xde alternatif lain utk CFC.

mat|kl

zulhakim said...

salam beb,
skrg ni dunia dh makin maju. semua tempat dilanda pembangunan. hutan2 ditarah setiap masa. kadar oksigen di udara telah semakin berkurangan berbanding gas2 lain terutama karbon dioksida dan karbon monoksida.

apa yg perlu dilakukan komuniti sejagat adalah utk mengamalkan gaya hidup yg lebih mesra alam. kurangkan penggunaan plastik adalah yg paling mudah, tp ramai tidak melakukannya.

berkenaan teori yg ko ckp diperdebatkan oleh para saintis tu, aku penah tgk dokumentari tu kat BBC masa aku kat UK dulu2. tp aku masih konpius sebab, btl ke ini fenomena semulajadi?
atau sebenarnya akan ada efek lain disebalik pemanasan global yg berlaku skrg ni.

Anonymous said...

hurm..menarik jugak untuk dibincangkan.pernah tak dengar pasal yellowstone park? di katakan satu letusan yg agak besar yg mampu menutup ruangan udara bumi :)

ateh said...

saudara Zulhakim;

perdebatan samada fenomena yg berlaku itu adalah semulajadi atau tidak masih belum muktamad. terdapat pelbagai pencanggahan pendapat dilkalangan saintis sendiri.

terdapat sekumpulan saintis yg kekal dengan pendapat "tradisional" yg mengatakan bahawa pemanasan yg berlaku hari ini adalah kabibat drpd segala bentuk pencemaran yg dilakukan manusia.

setiap tahun, berlaku pergerakan besar manusia ke kawasan bandar. jadi penempatan baru etrpaksa dibuka, dan lama kelamaan kawasan hijau menjadi semakin berkurangan. ini telah mengganggu ekosistem alam dan keseimbangan gas dalam udara bumi.

sungai2 juga menjadi semakin tercemar, malah telah ada sungai yg aliran airnya sudah tidak sampai ke laut, seperti sungai Colorado di Amerika. pencemaran2 inilah dikatakan telah mengganggu ekosistem dan kesimbangan bumi lantas berlakunya pemanasan global akibat kesan rumah hijau yang berlaku.

tetapi, ada sekumpulan saintis yg lain teguh berpegang bahawa pemanasan global yg berlaku kini adalah bersifat sementara sahaja. akan sampai masanya nanti bumi akan kembali menjadi stabil dan kembali ke keadaan asal, malah mungkin sedikit sejuk. teori ini adalah berdasarkan kajian dan data yg dikumpul semenjak tahun 1930-an

ateh said...

NoName;

letusan apa yg dikaitkan dgn Yellowstone Park?
berkaitan pergerakan plat bumi dibawahnya ke? or aktiviti seismik?

NoName said...

err..am not really sure bout it.wht actually "aktiviti seismik"?hehe sorry la bidang lain :D

based on ape yang i baca, dikatakan akan berlaku lagi satu volcano eruption kat yellowstone park. kan dulu ada skali, kalau tak silap 650 ribu tahun lepas yang menyebabkan kehancuran 1/3 wilayah utara u.s. scientist dorang ade kata yg sebenanye gunung berapi tu tak aktif dah.tapi dalam 2-3 tahun ni (kalau x silap) dorang buat kajian, dorang kate gunung berapi tu masih aktif tak x pasti bila akan meletup :)

ateh said...

aktiviti seismik, siri rangkaian gempa bumi & letusan gunung berapi yg terjadi akibat ketidakstabilan unsur dibawah permukaan bumi sesuatu kawasan...dlm kes ni, Yellowstone Park.

yeap, mmg benar Yellowstone Park terhasil akibat letusan gunung berapi lama dahulu. tapi, letusannya tidaklah sekuat letusan gunung berapi Krakatoa di jawa pada tahun 1880-an. letusan krakatoa telah menyebabkan beberapa pulau diselat jawa tenggelam dan merubah struktur kawasan berkenaan. seluruh bumi bergelap selama seminggu kerana udara bumi dilitupi debu2 dan gas dari letusan krakatoa.

Biasanya, gunung berapi yg tidak meletup dlm tempoh yg terlalu lama (100 tahun ke atas) dikatakan kurang aktif. tp sebenarnya, ia blh saja aktif pada bila2 masa, bergantung pada aktiviti seismik dibawahnya.

Yellowstone Park mmg berpotensi, kerana ia terletak diatas dua plat bumi yg semakin tidak stabil. Bukan hanya kawasan ini, sebaliknya...keseluruhan kawasan California sehingga ke Alaska adalah akwasan yg berpotensi musnah secara total di masa depan kerana sebarang plat bumi yg bertemu dibawah kawasan itu dikatakan semakin tidak stabil.

kawasan2 itu juga sebenarnya terletak dibawah kawasan lingkaran api Pasifik (the Pacific Ring of Fire)

teruterubozu said...

well, bercakap pasal the pacific ring of fire ramai saintis mengatakan rangkaian gunung2 berapi dlm lingkaran ini byk yg sedang/menjadi aktif akibat ketidakstabilan yg berterusan. ada laporan mengatakan "anak krakatoa" kini kembali aktif, dan tidak mustahil akan kembali meletus.
gunung berapi yg berada di bawah laut mungkin mencetuskan tsunami

andry yudha said...

sungguh sangat berbahaya efek pemanasan global jika kita manusia tidak menghiraukan hal paling kecil yang menyebabkan ini tejadi,,