Ramai sekali yang menganggap hujan meteor adalah hanya salah satu dari jutaan fenomena astronomi biasa yang berlaku saban waktu. Saat aku menulis ini, satu daripada berpuluh hujan meteor sedang berlaku. Hujan meteor Eta Aquarids, berlaku setiap tahun dengan kemuncaknya adalah pada 5 dan 6 May dimana sehingga 10 meteor dapat dilihat dalam masa sejam. Alhamdullilah, aku sempat menyaksikan satu meteor sebentar tadi. Aku juga berharap agar ramai lagi yang diberi kesempatan oleh Tuhan, untuk menyaksikan fenomena yang sungguh mengagumkan ini.
Jadi, apa hikmah berlakunya hujan meteor? Apa yang boleh dibuktikan disebalik kejadian "hujan" yang unik ini? Apa yang ada disebalik Lyrids, Geminids, Perseids, Quadrantids dan bermacam-macam jenis lagi hujan meteor??
Tentu ramai berkata...."alah, biasa saja tu. tiada apa-apalah. Tuhan yang menciptakan semuanya dan menjadi rahsiaNya. Kalau ada rezeki dapat la tengok, kalau tak pun takpe". Tapi, tidakkah kita berfikir bahawa setiap kejadian yang diciptakan Tuhan mempunyai hikmah disebalik setiap kejadian? Jadi, fenomena hujan meteor juga amat pasti mempunyai sebab yang tertentu, yang hanya boleh difikir dan dinilai oleh manusia yang mahu menggunakan akal yang dikurniakan oleh Maha Pencipta.
Disebalik hujan meteor sebenarnya ada satu rahsia yang besar, yang sangat mengkagumkan, dan yang sangat membuktikan bahawa Allah mencipta bumi ini istimewa untuk manusia-manusia yang menjadi khalifahNya. Bumi dibentuk sekian rupa agar manusia dapat hidup dengan selamat dan aman semasa hayatnya. Hujan meteor membuktikan kewujudan lapisan demi lapisan dalam atmosfera bumi, yang tidak kelihatan pada mata kasar. Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera dan Exosfera adalah lapisan pelindung bagi bumi, terhadap objek-objek dari angkasaraya.
Tahukah anda bahawa tanpa lapisan-lapisan ini, manusia tidak boleh hidup walau hanya untuk sesaat di muka bumi ini. Lapisan-lapisan inilah yang melindungi manusia dan segala makhluk Allah daripada bahaya ribuan, malah mungkin jutaan bahan-bahan radiasi dari matahari dan bermacam lagi objek di cakerawala (cosmic radiation). Lapisan-lapisan ini berfungsi memantulkan semula radiasi-radiasi berbahaya kembali ke angkasa, malah juga bertindak menyerap sebahagian daripadanya, seperti sinar ultra ungu yang dipancarkan oleh matahari. Lapisan-lapisan inilah juga yang membakar meteor dari angkasa yang memasuki bumi menjadi debu, agar is tidak memberi bahaya pada penghuninya
Semasa berlakunya hujan meteor, dengan jelas kita akan dapat melihat meteor-meteor (batu-batu kecil angkasa) ini terbakar saat ia sedang bergerak memasuki bumi, dengan kelajuan yang sangat tinggi. Meteor-meteor ini dibakar menjadi dedebu yang ditiup angin....Inilah bukti yang sangat nyata, bagaimana Allah menciptakan atmosfera sedemikian rupa untuk hamba-hambanya....dan bukti yang jelas bahawa lapisan-lapisan ini wujud, walau tidak kelihatan pada mata kasar manusia.
Mengkaji dan memahami fenomena astronomi mampu membuatkan kita semakin dekat dengan Allah.Segala yang dijadikanNya penuh dengan hikmah dan manfaat untuk manusia yang bijak menilai dengan akal dan hatinya.

Hujan meteor sedang berlaku saat fajar bakal menyising
Hanya beberapa meteor sahaja yang jelas kelihatan dengan mata kasar

Saksikan bagaimana meteor ini memasuki atmosfera bumi [A] dari angkasa. Ia bergerak dengan kadar kelajuan yang sangat tinggi. Dan, saksikan bagaimana atmosfera membakar meteor ini sehingga menjadi debu [B] dan ia kemudian berterbangan ditiup angin kesemua arah. Tidakkah anda mahu berfikir bahawa Allah itu pencipta yang hebat?
*Nota*
*Nota*
Pergerakan meteor memasuki bumi adalah dalam kelajuan yang sangat tinggi. Semasa melalui lapisan-lapisan dalam atmosfera bumi, meteor ini bergesel dengan molekul-molekul atmosfera dan geseran inilah yang membakar meteor berkenaan menjadi debu.
1 comment:
宜蘭民宿
宜蘭民宿
澎湖民宿
台東民宿
Post a Comment