Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

4.1.09

Warna Matahari Semasa Terbit & Terbenam

Mengapakah Matahari berwarna merah Semasa ia sedang terbit dari timur, dan terbenam dari arah barat?

Jawapannya agak mudah. Ini kerana, sinar dari cahaya matahari melakukan perjalanan yang lebih jauh berbanding pada waktu lain seperti tengah hari yang terik. Ini terjadi kerana jauhnya jarak antara kita dan sang Matahari di waktu terbit dan terbenamnya. Disebabkan jaraknya yang jauh itulah, maka warnanya kelihatan merah menyala, kerana warna tersebut mempunyai gelombang sinar yang lebih panjang berbanding warna-warna yang lain.

2 comments:

PakNgahMcr said...

Salam.. saya pernah berkursus falak di melaka sekitar mac 2007, ustaz penceramah falak dari johor menyatakan pada waktu maghrib dan syuruk berlaku pergerakan syaitan/iblis 'tukar syif' setelah mengganggu manusia. Kerana gerombolan syaitan yg banyak itu dipanah sinar mentari maka di ufuk timur dan barat ketika itu menjadi merah menyala. Ada benarnyakah?

ateh said...

dari segi agama,
saya kurang pasti jika itu menjadi penyebab mengapa matahari kelihatan berwarna merah. diakui, ramai ulama Islam mengatakan berlaku pergerakan syaitan pada masa itu. ini mungkin benar.

tetapi, dari segi sains pula...matahari kelihatan berwarna merah kerana mata manusia hanya dpt menangkap gelombang warna tersebut sahaja kerana jauhnya jarak matahari dgn ufuk bumi semasa ia sedang terbenam atau terbit.