Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

18.3.09

Besar..Tapi Hakikatnya Kita Hanya Kerdil di Kosmos

"ateh, berapa besar bumi kita ni? cikgu kata kecik je, matahari lagi besar. tapi kenapa alang tengok matahari tu macam kecik aje masa gerhana hari tu. bila alang tanya cikgu kenapa dia kata matahari lagi besar dia marah. mesti dia tipu kan? lagi pulak cikgu kata bumi kita berputar. tapi kenapa alang tak rasa pening pun? biasa saja..."

Ini antara pertanyaan dan luahan perasaan gadis kecil (anak sedara aku) yang berusia 8 tahun masa aku jumpa dia malam tadi. Dengan penuh perasaan di menjelaskan ketidakpuasan hati dia tentang mana lagi besar, Bumi? atau Matahari? dan kalau Matahari lagi besar, kenapa ia kelihatan kecil dari Bumi? orang dewasa mungkin boleh berfikir secara logik akan perkara ini. Tapi bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar, dia memerlukan penjelasan yang ringkas dan tepat akan kebenaran perkara ini. Ya, ia perlu dijelaskan, agar minatnya untuk mengetahui tidak terbantut, lantas terpendam begitu saja tanpa sebuah jawapan yang bernas.

Dengan bantuan kalkulator, aku pun menjelaskan kenapa Matahari lebih besar (walaupun kelihatan kecil dari Bumi) beserta sedikit selingan supaya di faham dan punya hujah untuk berdebat dengan orang lain bila-bila nanti.

Bumi adalah planet ketiga dari Matahari. Jaraknya adalah sejauh 150,000,000 kilometer (sambil menekan kalkulator untuk menunjukkan banyaknya angka sifar).  Bumi terletak di dalam sistem suria, salah satu sistem di dalam Bima Sakti.  Pluto adalah planet ke sembilan di dalam sistem suria dan terletak sejauh 5,900,000,000 kilometer dari matahari. Besarkah sistem suria kita??

Matahari adalah sangat besar dibandingkan dengan Bumi. Tetapi disebabkan jaraknya yang jauh dari Bumi, maka ia kelihatan kecil sahaja. Cuba bayangkan semasa kita menaiki penerbangan. Kita melihat objek-onjek di bawah sangat kecil kan? kenapa? kerana kita telah berada jauh dari objek tersebut, jadi ia kelihatan kecil pada mata kita, walaupun saiz seebnarnya adalah sangat besar. Itulah yang terjadi pada Matahari. Kita berada sejauh 150,000,000 kilometer darinya. Sebab itu ia kelihatan kecil sahaja.

Nampak begitu besar kan? tapi jangan tertipu dengan itu semua kerana kita sebenarnya sangat kecil jika dinisbahkan dengan keluasan sebenar galaksi dimana kita berada (sambil menunjukkan gambar kedudukan sistem surai kita di dalam Bima Sakti). Bima Sakti terbentang selebar 150,00 tahun cahaya, dengan dimensi pusatnya sejauh 15,000 tahun cahaya. Sistem suria yang kita diami ini pula terletak di salah satu lengan Bima Sakti, dengan jarak sejauh 30,000 tahun cahaya dari pusat galaksi. Dan, di dalam galaksi Bima Sakti ini, terdapat sekurang-kurangya 250 juta bintang-bintang dengan pelbagai saiz dan jenis. Nah...lihat sekarang. betapa kecilnya bumi ini...(sambil berulang kali menjelaskan konsep tahun cahaya pada anak sedara aku yang dah mula tercengang...haha)

Sambung lagi...

Bumi kita ini memang berputar pada satah paksinya dan bergerak mengelilingi matahari. Sebab itulah terjadinya siang dan malam, matahari terbit dan matahari terbenam (anak sedara aku mula angguk...tapi masih keliru kenapa manusia tidak dapat merasai putaran dan gerakan bumi itu). Bumi kita ini berputar dan bergerak dengan sangat cepat pada paksi dan orbitnya. Ia bergerak dengan kecepatan 108,000 kilometer sejam mengorbit matahari. Pergerakan yang sangat laju inilah menyebabkan manusia tidak dapat merasai putaran Bumi, dengan sedikit bantuan dari daya tarikan graviti tentunya. (anak sedara aku mula garu kepala dan bersuara kelat...ni betul ke tipu?) :-)

Ok..ok. Contohnya begini: Kita kerap mendengar bunyi gema enjin dan kepulan asap jet supersonik kan? dan kita ketahui bahawa jet itu mampu terbang dengan sangat laju, hingga kita kerap kali tidak sempat untuk melihatnya, melainkan hanya mendengar bunyinya sahaja, serta tinggalan kepulan asap menandakan ia melalui kawasan itu. Bayangkan kelajuan jet tersebut adalah 1,800 km/j. Laju kan? Jadi, bayangkan Bumi yang bergerak pada kelajuan 108,000 km/j, iaitu sekitar 60 kali kelajuan jet supersonik tadi. Tentunya kita tidak mampu melihat atau merasa pergerakan itu kan? Kerana ia berlaku terlalu pantas, tanpa kita sedar. Yang menjadi bukti paling jelas Bumi ini berputar hanyalah beberapa perkara seperti berlakunya malam dan siang. Bumi memerlukan masa selama 24 jam untuk berputar di atas paksinya, dan selama 365 hari untuk bergerak mengelilingi matahari. Itulah tempoh amsa sehari dan setahun kita di Bumi. Manakala sistem suria kita pula mengambil masa selama 220 juta tahun untuk mengorbit pusat Bima Sakti....





 

3 comments:

qa shah said...

penjelasan yang cukup hebat dan ilmiah untuk seorang anak kecil. aku yg dh 20 tahun lebih ni pun x pernah terfikir penjelasan mcm ni. salute bro...ko mmg best.

kdg2 perkara yg simple kita fikir susah kan. bukti dh jelas dan nyata ada siang dan malam...kalau bumi tak berputar, mcm mana matahari blh terbit di timur dan terbenam di barat. MasyaAllah...ko benar2 buat aku berfikir la bro.

best dpt kenal org cam ko. ayat2 ko simple dan senang nk paham...teruskan menulis

Anonymous said...

untung gadis kecil tu dapat seorang uncle yg mcm kau ni. aku pun jeles...hahaha

apapun, penjelasan kau mmg ringkas dan padat. sesuai la utk anak2 kecil dan jugak utk org2 mcm aku ni yg xtahu pasal bidang ni. at least info yang kau bercerita ni blh la pulak aku hafal and ceritakan pada anak-anak aku.

Anonymous said...

kagum aku dgn gaya bahasa ko utk jelaskan hal2 sains yg aku rasa tersangatlah teknikal ni....

bagus2