20 Mac 2009
Hari ini, sang Matahari bergerak melintasi celestial equator menuju arah utara pada 11:44 UT. Peristiwa ini dikenali sebagai "vernal equinox", yang merupakan antara fenomena astronomi yang unik yang menandakan bermulanya hari pertama spring di hemisfera utara, dan hari eprtama autumn di hemisfera selatan. Ia juga menandakan bermulanya "norouz", iaitu permulaan tahun baru orang-orang Parsi.
Equinox bermaksud "equal night" (malam yang sama panjang). Dengan Matahri yang berada tepat di celestial equator, kedua-dua hemisfera Bumi akan mengalami siang dan malam yang sama panjang (12 jam siang, 12 jam malam).
Pergerakan Matahari akan semakin ke arah utara selepas ini, menandakan musim panas akan bermula tidak lama lagi di hemisfera utara.
No comments:
Post a Comment