Sistem Matahari-Bumi telah melahirkan konsep tahun, iaitu tempoh masa yang diperlukan oleh planet Bumi untuk melengkapkan pusingannya mengorbit Matahari. Tempoh masanya ialah selama 365 hari 5 jam 26 minit dan telah pertama kalinya dikira dengan sangat tepat oleh ahli astronomi terkemuka Islam, Al-Biruni beberapa ratus tahun yang lampau.
Penduduk Bumi akan menyaksikan tahun demi tahun berganti, selama lebih kurang 4 juta tahun lagi, sebelum Matahari mengembang menjadi "raksasa merah" lalu membakar Bumi. Permukaan Matahari akan menjadi sangat aktif dan letusan-letusan solar akan banyak berlaku sebelum Matahari menemui ajalnya dan menjelma menjadi lubang hitam, yang akan menyedut segala benda dalam jarak 600 tahun cahaya darinya.
Apa yang menjadi persoalan menarik disini ialah, apakah masih wujud manusia (atau hidupan) di planet Bumi selama 4 juta tahun itu? atau kita telah menjadi pengembara di angkasa lepas dan telah menghuni planet lain jauh dari Bima Sakti? ataupun kita tetap di bumi, namun telah berevolusi menghadapi kesan-kesan pencemaran/pemanasan global yang kita sendiri lakukan terhadap bumi + kesan tindak balas radiasi dari Matahari yang sedang memusnahkan atmosfera Bumi? Anda fikirkanlah sendiri.....
Dengan jarak purata dari bintang induk Matahari ialah 150 juta kilometer, planet Bumi memerlukan 365 hari untuk selesai mengelilingi Matahari. Itulah satu tahun lengkap bagi manusia Bumi. Bagi planet Mercury (Utarid) yang berjarak sekitar 57.5 juta kilometer dari Matahari, satu tahun di sana hanyalah 87.9 hari Bumi, manakala satu tahun di Venus (Zuhrah) pula hanyalah selama 224.7 hari Bumi.
Sementara itu, satu tahun untuk planet luar yang jaraknya jauh dari Matahari...lebih banyak masa diperlukan untuk melengkapkan tempoh "setahun". Marikh (Mars) memerlukan 686.9 hari Bumi, Jupiter 11.9 tahun Bumi, Musytari (Saturn) 29.5 tahun Bumi, Uranus 84 tahun Bumi, Neptune 164.8 tahun Bumi dan Pluto selama 247.9 tahun Bumi. Ibaratnya, untuk merayakan tahun baru di Pluto (seandainya suatu hari nanti manusia mampu ke sana) manusia memerlukan masa selama 90,483.5 hari Bumi.
Dan, apabila kita berbicara tentang tahun...secara tidak langsung kita juga perlu berbicara tentang jarak, kerana jaraklah yang telah menghasilkan tempoh masa untuk setahun itu. Jaraklah yang telah membuatkan manusia seperti tidak berdaya, kerana kerdilnya kita di dalam kosmos yang maha luas yang dicipta Allah ini.
Dalam kepayahan menghadapi jarak, manusia telah memperlihatkan keteguhannya untuk tidak mahu menyerah. Kosmos ini mesti diterokai, walaupun terasa mustahil walau untuk sampai ke pinggirnya. Dengan sekelumit ilmu yang diberi Allah, terhasilah pelbagai cara oleh manusia untuk menerokai misteri alam maya ini. Melalui kapal-kapal penjelajah angkasa lepas seperti Pioneer 10 (dilancarkan pada tahun 1972) dan Pioneer 11 (1973), manusia mula dapat melihat Marikh dan Jupiter dengan lebih dekat, malah sudah boleh memeta keadaan muka bumi planet yang sebelum itu hanya mampu dilihat dengan teleskop.
Lebih menarik lagi, melalui Voyager 2 (1977) , manusia mula dapat melihat dan mengkaji planet Uranus dan Neptune dengan lebih dekat dan terperinci. Manakala Voyager 1 (1977) telah dilancarkan dalam arah berlawanan dengan Voyager 2 dan kini telah sangat jauh dari Bumi dan telah memasuki ruang antara galaksi. Namun, jika dibandingkan dengan saiz kosmos yang tidak tergambar ini, jarak 100 juta kilometer itu masih amat kecil.
Sekadar perbandingan: jarak bintang terdekat dari bumi, Alpha Centauri adalah sejauh 4.5 tahun cahaya. Satu tahun cahaya (jarak yang dilalui cahaya dalam satu tahun) adalah sekitar 9.5 trilion kilometer. Jadi anda hitunglah sendiri berapa trilion kilometer jarak Alpha Centauri itu dari Bumi, yang setiap malam kita dapat lihat di langit Bumi dengan jelas. Atau, jika anda inginkan sedikit cabaran...hitung saja jarak pusat Matahari sistem suria kita ini yang terletak di salah satu lengan Galaksi Bima Sakti (Milky Way) ke pusat galaksi kita yang jauhnya 30,000 tahun cahaya. Juga, hitung saja jarak jiran kita, Andromeda yang terletak 2 juta tahun cahaya.
Jadi, kita ini umpama sebutir debu sahaja di dalam kosmos ciptaan Allah yang maha luas ini. Terlalu kerdil kita.
Di hadapan kosmos, Bumi dan manusia ibarat debu yang dimensinya sangat kecil kecil. Namun, Allah telah memberikan kelebihan yang sungguh besar kepada penghuni planet yang kecil ini. Dengan ilmu dan semangat yang kuat, penemuan demi penemuan yang mengkagumkan terhasil yang memperlihatkan bahawa alam semesta ini tercipta untuk menampung kehidupan. JAdi, bukan kehidupan menyesuaikan diri dengan alam semsta, sebaliknya alam semestalah yang berevolusi untuk menampung makhluk ciptaan Allah ini. Adakah kita bersyukur?? Segalanya percuma Allah kurniakan untuk kita.
Pemahaman demi pemahaman mula timbul di kalangan astronomers yang mempelajari dan mengkaji kosmos. Kita bukanlah warga Bumi, tetapi secebis dari warga Galaksi yang terlempar di dalam Bima Sakti.
Adanya kedekatan, meskipun dipisahkan oleh jarak yang mahajauh, seperti menyiratkan bahwa kehidupan merupakan ”anak kandung” alam semesta. Ahli fizik Andrei Linde dari Universiti Stanford, Palo Alto, California mengakui hakikat kejadian alam yang penuh dengan keajaiban dan misteri ini adalah semata-mata untuk menampung kehidupan di dalamnya. Dan, alam ini bukan terjadi dengan sendiri, sebaliknya telah dicipta sedemikian rupa (oleh Allah). Jika sedikit perubahan berlaku pada hukum fizik di alam ini, maka manusia dan seluruh kehidupan lain tidak akan wujud sama sekali.
Ambil dua contoh mudah. Atom terdiri dari elemen proton, neutron, dan elektron. Kalau proton 0.2% lebih berat, maka atom itu ia akan tidak stabil dan akan meluruh menjadi partikel yang lebih ringkas. Atom lalu tidak akan wujud, demikian pula kita.
Kalau graviti sedikit saja lebih kuat, bintang-bintang akan mengecut dengan lebih kuat, membuatnya menjadi lebih kecil, lebih panas, dan lebih padat. Bintang tidak akan bertahan berbillion tahun, sebaliknya akan terbakar habis bahan bakarnya dalam jutaan tahun, lalu padam jauh sebelum kehidupan punya peluang untuk berevolusi.
Hebat ciptaan Allah untuk hamba-hambanya yang lemah dan sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment