Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

29.10.08

Allah Mencipta Bumi dan Semesta ini Melalui "Big Bang"?

The Large Hadron Collider (LHC) is the world's largest and highest-energy particle accelerator complex, intended to collide opposing beams of protons (one of several types of hadrons) with very high kinetic energy. Its main purpose is to explore the validity and limitations of the Standard Model, the current theoretical picture for particle physics. It is theorized that the collider will confirm the existence of the Higgs boson. This would supply a crucial missing link in the Standard Model and explain how other elementary particles acquire properties such as mass.


Akhirnya pada tanggal 10 September, saintis2 ini telah melakukan eksperimen mereka yang pertama, iaitu eksperimen untuk mengesahkan teori "big bang" yang menakrifkan kejadian bumi adalah berpunca daripada perlanggaran partikel2/zarah2 hardon jutaan tahun yg lampau.

Ramai yang mempertikaikan kajian ini dengan bermacam-macam alasan termasuk akan memusnahkan bumi, memberi kesan buruk pada manusia....sehinggalah ke kelompok yang melabelkan kajian ini sebagai sesat bertujuan untuk mencabar kejadian Allah yang menciptakan keseluruhan alam semesta ini.


Namun bagi aku, kita sepatutnya melihat kajian ini dari sudut yang amat positif. Sebagai seorang Islam, aku memang yakin yang Allah jua yang menciptakan semesta ini, tapi kita tidak boleh menolak mentah2 akan cara kejadiannya. Mungkin betul bumi terhasil akibat letusan kuat di cakerawala (big bang)....itu rahsia Allah. Semua ini tidak mustahil bagiNya. Ini bertepatan dengan Surah Al-Hadiid (besi) ayat 25:

"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."


Para Saintis Islam dan barat bersetuju bahawa besi dan logam amnya bukanlah unsur asal dari bumi, tetapi logam datangnya dari letusan dari sumber selain bumi, kemudian logam ini menghentam bumi dan menghasilkan taburan jisim, jenis dan kualiti berlainan, mengikut kesesuaian geografi dan suhu penyejukan tempat tersebut. 

Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu terdapat satu letupan yang kuat yang dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica (pasir, batu dll), logam (besi, kuprum, emas dll) dan segala unsur-unsur kimia (rujuk jadual berkala unsur kimia) yang kedapatan di bumi pada hari ini beserta dengan gas. 

Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari letupan dasyat atau dikenali BIG BANG, kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan cair, menyerupai lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan matahari. 


Dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30...Allah berfirman:

“Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'. 

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya. 

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40...Allah berfirman:

"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

So kalau benar2 la bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan Allah yang menguasai seluruhnya. Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW yang sentiasa sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat.




Semoga para saintis hebat ini akan menerima hidayah Allah melalui kajian mereka yang mengkagumkan ini, sepertimana ramai pengkaji hebat yang lepas, yang akhirnya mengakui keEsaan Allah SWT melalui kajian/eksperimen yang mereka lakukan. Amin.........

28.10.08

kau pergi jua

Di dalam hidup ini....kita bertemu dengan begitu banyak orang
 Bercinta dengan sekian ramai orang
Dan berpisah dengan amat ramai orang
Sebelum kita akhirnya ditakdirkan Tuhan untuk berjumpa dengan seseorang
Yang akan membahagiakan kita
Dengan sepenuh dan setulus hatinya
Hingga akhir nyawa
"jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat,saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu "sweet", saya mungkin jatuh hati pada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya."

Aku hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu aku terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu, dan ingatlah sekurang-kurangnya aku pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segalanya. JIka aku memang ditakdirkan bersama kamu, pasti aku akan kembali.

dan sekiranya aku ditakdirkan untuk sudah tidak bersama kamu, simpanlah semua kenangan-kenangan indah kita berdua kemas di dalam hati, agar bila-bila masa kamu teringatkannya....ia masih bisa buat kamu untuk tersenyum. Doakanlah kebahagian aku dan lepaskanlah aku sepenuh hati kamu...aku juga akan turut mendoakan kebahagian kamu bersamanya, sampai bila-bila.

27.10.08

Hidup ini singkat

lidah tidak akan mengecewakan saat kita merasa
tapi awas.....
lidah boleh menjadi amat bisa saat kita berkata-kata
-ajai-
kita semua hadir ke dunia dengan fitrah yang sama. Kita sendirilah yang menentu corakkan warna-warna diri kita selama mendiami alam ini, sebagai bekalan untuk hidup abadi disisi Ilahi.
Hidup kita ini singkat. Tidak tahu bila kita bakal dijemput berjumpa dengan Sang Pencipta untuk dipertanggungjawabkan tentang semua yang telah kita lakukan. Hiduplah tanpa menyusahkan orang lain, tanpa menjadi pengkhianat....dan tanpa menjadi perasan hebat!!

24.10.08

Dan demi masa......

Saban waktu kita berharap untuk dapat lari dari kesibukan walau untuk seketika tetapi di setiap waktu itu juga ia semakin menghampiri dari semua arah, apabila kita tersedar bahawa masih banyak lagi yang belum kita sempurnakan.....

Masa pantas saja berlalu, terus meninggalkan sekian banyak yang lupa untuk terus hanyut dalam kealpaan yang mereka sendiri ciptakan. Semakin kita mengejar masa, semakin jauh ia dari kita. Kita cuma mampu untuk menghargainya dan berdoa semoga ia memberi manfaat untuk kita. 

Masa dan usaha saling bersangkutan. Berusaha dalam masa yang panjang akan pasti membuahkab hasil, walau di dalam tempoh yang panjang itu kita ada menempuh kegagalan sebelum melakar sebuah kejayaan penuh makna, yang kita sendiri sukar untuk gambarkan. Sementara berusaha dalam masa yang singkat, akan  menjadikan kita kelam kabut, resah dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang kurang pasti, dan cemas untuk menanti hadirnya sebuah kejayaan....ataupun yang muncul, cumalah kegagalan.

Tapi jangan putus asa. Selagi ada usaha, selagi itulah ada ruang untuk kejayaan. 

"demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian"

13.10.08

teman "evolet"!! dah pupus ke??

Hidup ini terlalu singkat. Tidak tahu bila kita akan pergi mengadap Tuhan yang satu. Dalam hidup ini, pelbagai perkara kita lakukan dan lalui. Ada antaranya yang manis, dan bisa buat kita tersenyum lagi saat mengingatinya. Yang pahit, sebolehnya kita hindar dan tidak mahu mengingati terus akannya.

Kita ini dijadikan kompleks. Punya perasaan, nafsu, dan pelbagai yang bercampur aduk. Kerap kita tewas dengan mainan perasaan kita sendiri, dan sekerap itu juga kita terperangkap, malah terus hanyut, kadangkala tanpa kita sendiri menyedarinya.

Kawan aku pernah cakap "dalam hidup ini, kalau tak punya harta yang banyak pun aku tak kisah....janji aku ada ramai teman yang memahami aku dan tidak menikam aku dari belakang". Hakikatnya, susah nk cari teman yang betul2 memahami dan setia dengan persahabatan. Boleh di bilang dengan jari. Selalu, seorang kita kita anggap teman selalu memburukkan kita di belakang. Inilah teman "segera"......

So, dalam hidup yang singkat ni, janganla kita asyik dok bergaduh, bermasam muka dan selalu sangat memburukkan teman kita (kat depan baik gile). Kadang-kadang kita senang terikut dengan cerita2 buruk dari orang lain pasal teman kita dan setiap kali itu juga kita menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. Kita mungkin tidak perasan, tapi mungkin kita tidak sedar yang orang sekeliling kita memerhati. Andaian yang salah merenggangkan persahabatan kita. 

Entah la. Susah sangat nak cari teman yang "evolet" zaman sekarang ni. Yang ramai cuma teman "plastik" huhuhu.......

8.10.08

Teman...palsuku

Sudah terlalu kerap hati ini dilukai oleh insan bergelar teman. Sekerap itu juga hati ini mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali pulih. Namun, acap kali juga ia kembali tercalar dan ya, menyentak-nyentak perasaan yang paling dalam.

Hidup tanpa teman adalah sunyi. Teman adalah pelengkap hidup dalam menempuh pelbagai liku-liku perjalanan di bumi Tuhan ini. Namun, punyai teman juga bisa jadi terlalu membebankan dan boleh saja membuat aku bersedih. Dalam hidup ini, aku tidak punya ramai teman...maksudku, teman yang benar-benar rapat denganku.

Sepanjang hidup ini aku tidak pernah punya walau seorang teman yang sejati. Dalam banyak orang yang ku kenal, hampir semuanya memilih menjadi temanku...bersebab. Selalu sangat begini, membuat aku lebih berhati-hati dalam memilih teman untuk rapat. Bukan sombong, sekadar berhati-hati agar perasaan ini tidak disakiti lagi.

Pernah dengan istilah "friend with benefit"? istilah ini saban waktu aku beri pada mereka yang tidak ikhlas untuk menjadi temanku. Untuk mereka yang meletakkan nilai sebuah persahabatan jauh di bawah. Dan untuk mereka yang semata-mata perlukan aku untuk sesuatu demi kesenangan diri mereka sendiri. Aku bukanlah seorang yang cerewet, namun keadaan yang menjadikan aku sebegini.

Aku punya ramai teman bermusim. Teman-teman ini muncul hanya bila mereka memerlukan sesuatu dariku, untuk siapkan assignments, untuk siapkan laporan-laporan tertentu pengajian seperti "clinical report & study cases", wang....dan pelbagai lagi yang antaranya amat malu untuk aku sebutkan. Itulah majoriti teman-temanku. Yang seketika senyum dan bertegur sapa denganku. Tetapi di ketika yang lain....mereka langsung tidak memandangku.

Bukanlah aku ini hebat dan menuntut semua orang sukakan aku. Aku insan Tuhan yang biasa, ada cacat celanya. Aku hanya inginkan persahabatan yang jujur bukanya persahabatan buku, persahabatan assignment, persahabatan clinical, persahabatan nuklear.....aku tidak mahu semua itu. Semuanya persahabatan palsu. Di kala yang lain, aku hanya perlu ucap terima kasih yang ikhlas....bukanya belanja makan yang kemudian di ungkit, beri pinjam yang akhirnya di bangkit. Cukuplah. Aku sudah bosan dengan semua itu.

Aku sudah muak punyai teman persis ini, teman yang selalu berjanji....dan selalu gagal untuk mengotakan apa yang telah dijanji. Muak dengan teman yang menjaja cerita bohong kesana kemari, tetapi takut untuk berterus terang di depanku. Juga muak dengan teman yang keanak-anakan yang asyik memandang kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan sendiri dipandang enteng.

Saat aku menulis ini, aku telah kehilangan terlalu banyak teman. Yang ada, walaupun sentiasa di depan mata...sudah terlalu lama berjarak dan tidak mesra. Bersapa hanya bila ada yang ingin dikata, selebihnya diam seribu bahasa. Entahlah...andai ini kesudahannya, aku rela sendiri dari punya teman yang palsu. 

6.10.08

Untuk Sahabat Aku......

Kadangkala.....kematian itu adalah lebih apabila kehidupan telah menjadi terlalu sukar untuk diteruskan. Acap kali kita buntu dengan apa yang berlaku. Walau apapun terimalah dengan lapang dada kerana itu adalah takdir yang telah ditentukan untuk kita, lama sebelum kita kenal apa itu dunia.

Buat Idham & Shahrul di  Hamburg, Liza di Seoul, Achikleo di Boston, Anamelia di Clementi, Suzy di Jerantut, Sean, Adnan, Kusairi, Ernis, Kamelia, Azwa, Gee, Eton, Abg Mat & Kak Mona di London, Esma di Port Dickson, Intan & Azla di Teluk Kumbar, Zulyanti, Azizi & Nik Zulhasri di Kota Bharu, untuk pasangan kembar Ismi Azizi & Isma Azazi di Teluk Panglima Garang, Zulfikar yang sentiasa di ingati di Jumeirah, UAE.......buat Badrul di Gurun dan Islah di Jordan.....selamat hari raya.

Aku mintak maaf andai ada salah and silap sepanjang perkenalan kita.....

Aku rindu korang semua....Rindu saat kita sama2 di kota London dulu2....

Allah the Almighty

look how Allah created this world....for us to see, and think. It was so beautiful. Subhanallah....

Enjoy the pictures :-)