Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

28.10.08

kau pergi jua

Di dalam hidup ini....kita bertemu dengan begitu banyak orang
 Bercinta dengan sekian ramai orang
Dan berpisah dengan amat ramai orang
Sebelum kita akhirnya ditakdirkan Tuhan untuk berjumpa dengan seseorang
Yang akan membahagiakan kita
Dengan sepenuh dan setulus hatinya
Hingga akhir nyawa
"jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat,saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu "sweet", saya mungkin jatuh hati pada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya."

Aku hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu aku terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu, dan ingatlah sekurang-kurangnya aku pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segalanya. JIka aku memang ditakdirkan bersama kamu, pasti aku akan kembali.

dan sekiranya aku ditakdirkan untuk sudah tidak bersama kamu, simpanlah semua kenangan-kenangan indah kita berdua kemas di dalam hati, agar bila-bila masa kamu teringatkannya....ia masih bisa buat kamu untuk tersenyum. Doakanlah kebahagian aku dan lepaskanlah aku sepenuh hati kamu...aku juga akan turut mendoakan kebahagian kamu bersamanya, sampai bila-bila.

No comments: