Saban waktu kita berharap untuk dapat lari dari kesibukan walau untuk seketika tetapi di setiap waktu itu juga ia semakin menghampiri dari semua arah, apabila kita tersedar bahawa masih banyak lagi yang belum kita sempurnakan.....
Masa pantas saja berlalu, terus meninggalkan sekian banyak yang lupa untuk terus hanyut dalam kealpaan yang mereka sendiri ciptakan. Semakin kita mengejar masa, semakin jauh ia dari kita. Kita cuma mampu untuk menghargainya dan berdoa semoga ia memberi manfaat untuk kita.
Masa dan usaha saling bersangkutan. Berusaha dalam masa yang panjang akan pasti membuahkab hasil, walau di dalam tempoh yang panjang itu kita ada menempuh kegagalan sebelum melakar sebuah kejayaan penuh makna, yang kita sendiri sukar untuk gambarkan. Sementara berusaha dalam masa yang singkat, akan menjadikan kita kelam kabut, resah dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang kurang pasti, dan cemas untuk menanti hadirnya sebuah kejayaan....ataupun yang muncul, cumalah kegagalan.
Tapi jangan putus asa. Selagi ada usaha, selagi itulah ada ruang untuk kejayaan.
"demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian"
No comments:
Post a Comment