Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

5.1.09

Kiamat 2012??

Ramai yang bersungguh mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012, apabila Bumi dilanggar Nibiru. Berita ini pantas tersebar dari mulut ke mulut, di internet, lelaman forum dan bermacam lagi dengan hujah-hujah yang agak "karut" dan "kelakar". Laman forum tranungkite.net juga pernah menerima kunjungan forumer yang usai membawa tajuk ini untuk perbincangan, yang tentunya tidak disertakan maklumat lanjut samada kajian, pembacaan atau seumpamanya untuk menguatkan hujah. Ternyata kebayakan forumer hanya menulis berdasarkan emosi dan persekitaran sahaja.

Terpanggil untuk menulis sedikit mengenai isu ini. Kiamat 2012 adalah hasil ramalan puak Maya, yang menetap jauh di pergunungan pedalaman Aztec. Kaum yang telah pupus ini adalah penyembah matahari, juga mendirikan struktur piramid seperti yang ada di Giza. Melalui lagenda ramalan puak Maya ini, Bumi dikatakan akan dilanggar oleh Nibiru, sebuah planet bersaiz besar yang dihuni gergasi (nephilim). Perlanggaran ini akan menghancurkan Bumi dan berlakulah kiamat. Semudah itu?

Nibiru juga ada dikisahkan di dalam legenda Mesopotamia. Cumanya, Nibiru dipanggil dengan nama "tiamat" yang kebetulan hampir sama bunyinya dengan kiamat. Tidak lebih dari itu. Di dalam sejarah zaman itu, Nibiru dikatakan akan datang hampir dengan Bumi dalam tempoh masa-masa tertentu. Datangnya membawa musibah yang besar pada Bumi, seperti banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Nuh, kepupusan dinosour...dan lain-lain.

Ya!!! Memang benar Nibiru kini semakin menghampiri Bumi. Tetapi jangan risau, kerana ia tidak akan bertembung dengan Bumi. Kajian sains moden mendapati, Nibiru merupakan sebuah planet bersaiz hampir/lebih besar dari Jupiter. Ia juga mengorbit matahari di sistem suria kita ini, seperti mana planet-planet lain juga. Cuma yang sedikit pelik, bentuk orbitnya yang lonjong dan jauh terkeluar dari orbit-orbit planet yang lain. Nibiru dianggarkan mengambil masa selama 3600 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari.

Nibiru, melalui kajian dan simulasi peengorbitan yang dibuat agensi angkasa lepas dikatakan akan melalui "inner planets" di antara Marikh dan Bumi. Oleh sebab saiznya yang sangat besar berbanding Bumi, sudah tentulah medan magnet dan gravitinya juga adalah sangat besar. Jadi, saintis astronomi meramalkan yang Bumi, Marikh dan beberapa planet yang lain akan terhenti berputar di atas paksinya sekurang-kurangya selama seminggu akibat gangguan medan graviti Nibiru. Dan Bumi serta yang lain akan kembali berputar pada paksinya selepas Nibiru beredar jaih dari mereka. Cuma yang masih menjadi persoalan, adalah Bumi akan tetap berputar dari timur ke barat, atau mengubah putarannya dari barat ke timur. Ini tidak dapat diungkai, dan tetap menjadi misteri dan tanda tanya.

Kehadiran Nibiru juga dikatakan akan mencetuskan beberapa kondisi yang kurang baik bagi Bumi. Akan berlaku air pasang Besar di beberapa bahagian Bumi (akibat lemahnya daya tarikan antara Bumi dan Bulan berbanding Nibiru), ribut taufan mungkin tercetus akibat lemahnya daya graviti Bumi untuk mengawal angin, dan beberapa musibah lagi. Tapi ini tidaklah akan sampai menghancurkan Bumi sama sekali.

Masalah pemanasan global dan isu pencairan ais di kutub juga dikatakan berlaku kerana kehadiran Nibiru yang semakin hampir dengan Bumi (namun ia tidak dapat dibuktikan oleh kajian-kajian saintifik).

Paling tidak masuk akal, ramai juga forumer di alam siber mengaitkan badai matahari yang akan berlaku antara tahun 2011-2012 sebagai punca berlakunya kiamat. Tanpa mengambil tahu akan fenomena astronomi yang unik ini, bermacam-macam auta yang mereka keluarkan semata-mata untuk menyokong hujah sendiri yang salah.

Badai matahari, sebenarnya adalah fenomena astronomi yang terjadi lebih kurang sebelas (11) tahun sekali. Ia berlaku apabila berbilion molekul proton dan elektron berlanggar antara satu sama lain dalam aktiviti magnetik di permukaan matahari. Dalam bahasa mudah, fenomena ini dipanggil "ribut magnetik". Ini menunjukkan bahawa aktiviti di permukaan Matahari telah sampai ke puncaknya, dan fasa baru akan bermula. Ribut magnetik ini pernah berlaku pada 1979, 1989 dan 2000 dan puncaknya akan berlaku antara tahun 2011-2012. Bumi hanya akan menerima impak yang minimum sahaja, iaitu kebanyakan gelombang-gelombang radio/telekomunikasi akan terjejas (signal telefon bimbit, GPS etc) akibat tindak balas oleh gelombang-gelombang magnetik daripada matahari yang menuju Bumi. Kesan ini hanya sementara dan akan mula pulih dalam masa beberapa jam sahaja.

Jadi...adakah akan berlakunya kiamat? pada saya TIDAK. Namun kiamat adalah sesuatu hal yang misteri dan tidak boleh diramal. Ia hak mutlak Tuhan yang satu, Penguasa seluruh jagat raya ini.





 

9 comments:

Anonymous said...

satu teguran (kalau nak terimalah), x perlu la ayat2 yg mengaitkan dgn forumer tko, yg nampak macam awak seorang saja yg tau,sorg saja yg betul,macam nak bangga diri lak.ilmu Allah bagi ni setitik je dari sebuah lautan.mungkin ada yg kita tak tau,org lain tau.tapi dah blog awak,sukahati lah kan.

tapi artikel ni,sangat menarik dan ada isi.terima kasih.

pendapat saya,mungkin tahun tu bukan kiamat,tapi bermulanya tanda besar kiamat.sama2 lah kita berlindung dengan Allah

ateh said...

thanks...its ok.
teremo sikit kot bila tulis artikel ni.
maaf untuk semua pembaca

Anonymous said...

Saya puji cara ateh merungkai maklumat yang diterima. Terlalu biasa kita menerima maklumat seperti kata ateh - "dari mulut ke mulut, di internet, lelaman forum dan bermacam lagi". Terlalu biasa maklumat yanng diterima disebarkan semula tanpa usaha untuk mendalamkan pengetahuan kepada si penerima. Maklumat, tak kira apa medium dan pengusaha medium tersebut, hanyalah setakat maklumat dan bukannya pengetahuan.

Untuk kita mempercayai sesuatu maklumat kita perlu memikirkannya. Dari situ barulah kita boleh menerima pakai konsep "menerima maklumat untuk mendalami pengetahuan". Setakat menerima maklumat bulat - bulat, yang kita dapat hanya setakat itu (again) - maklumat dan bukan pengetahuan.

Untuk melengkapkan maklumat - maklumat yang diberi, penting untuk disebarkan juga sumber - sumber maklumat tersebut diterima, supaya penerima maklumat boleh menilai dan seterusnya mengolah pendapatnya sendiri.

Berita dari TV, radio, suratkhabar (tanpa mengira genre), emel, internet dan sebagainya adalah setakat berita (maklumat). Untuk mendapat pengetahuan, sekiranya anda betul2 berminat, maka berita tersebut perlulah dikaji dengan mencari sumber2 lain mengenai berita (maklumat) yang diterima.

Saya tidak nampak di mana2 dalam artikel ateh yang mempertikaikan kejadian kiamat. Hanya Allah sahaja yang tahu tentang bila kiamat akan terjadi. Yang kita ada hanyalah petunjuk2Nya - tanda2 akan berlakunya hari kiamat. Banyak tanda2 ini sudah terbukti sejak dulu lagi dan semakin jelas kelihatan. Soalnya, perlukah kita mengolah tanda2 ini kepada satu tarikh yang tertentu. Apakah kita perlu satu tarikh akhir untuk bertaubat? Selagi pintu taubat masih terbuka, janganlah kita tunggu sehingga tarikh yang terakhir.

Bagi mereka yang tersinggung dengan artikal ateh, saya cuma boleh berkata - tersinggunglah pada mereka yang menyebarkan maklumat (baik dalam berita, akhbar, internet, blog, forum, emel dll) yang hanya menyebar tanpa memastikan ianya boleh dibuktikan atau disandarkan. Kaedah kita memelihara hadis nabi dengan melihat pada sahihnya sebenarnya adalah salah satu sumbangan teknologi pengetahuan yang besar ertinya kepada dunia.

This blog is just like any other personal blog - a medium to express one's opinion. And it is an opinion. It is up to the readers to absort the information, scrutinize it and form your own opinion. The more opinion is brought up, the better the knowledge can be form. Untuk memastikan ummah terus maju, kita semua ada tanggungjawab untuk menyumbang dengan meluahkan apa yang ada dalam akal fikiran kita.

This is only an opinion.

Izwandee said...

oooo...inilah kisah sebenar ramalan 2012. akhirnya tau jugak aku ape disebalik tarikh itu. thanks Ateh

Ezam said...

Salam..

Rasanya ada kesilapan dalam artikel saudara di atas. Sebenarnya Nibiru tidak wujud. Untuk lebih maklumat lagi, silalah layari laman web di bawah:
http://astrobiology.nasa.gov/ask-an-astrobiologist/intro/nibiru-and-doomsday-2012-questions-and-answers

Harap membantu

Anonymous said...

bila kiter terlalu ambik ringan ia spt langsung xnk amik tahu atau xnk kaji apa yg akan berlaku... kembali pd asas... hanya allah jua lah yg maha mengetahui dan maha berkuasa atas sesuatu... tiada siapa yg boleh jangka dan tahu tarikh kiamat... utk mempersediakan umat islam dgn agama sbg bekalan akhirat adalh baik, tp sehingga terlalu taksub dgn tahun tersebut... entah... tapi byk2 tanda2 kecil dan besar telah berlaku... buat apa yg diperintah dan tingalkan segala larangan, pasti allah akan memelihara hambaNYA yg taat pd perintahNYA... amin...

medxpower said...

sangat menarik dan ada isi.terima kasih.pendapat saya,mungkin tahun tu bukan kiamat,tapi bermulanya tanda besar kiamat.sama2 lah kita berlindung dengan Allah

Anonymous said...

Sngt menarikk . Kiqmat mmg terjadi . Tp hanya Allag shj yg mengetahui . Wallahua'lam

Unknown said...

宜蘭民宿
宜蘭民宿
澎湖民宿
台東民宿