Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

13.3.09

Earth Hour - 28 Mac 2009 @ 8.30PM


Malaysia secara rasmi telah menyertai kempen "Earth Hour 2009" yang akan diadakan serentak di seluruh dunia pada 28 Mac 2009 ini. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan isu pemanasan global yang semakin parah. 

"Earth Hour" adalah sebahagian daripada aktiviti sempena Hari Bumi (Earth Day) yang disambut pada 22 April setiap tahun, semenjak 1970. Sempena "Earth Hour", kesemua peserta dari negara yang menyertai akan menghentikan penggunaan elektrik selama sejam bertujuan untuk memberi kesedaran tentang isu pemanasan global. 

"Earth Hour" bermula di bandaraya Sydney pada 2007 apabila sejumlah 2.2 juta buah rumah dan premis perniagaan telah memadamkan lampu selama sejam. Kemudian, pada 2008 kempen ini mula diterima ramai apabila 50 juta orang diseluruh dunia menyertainya. 

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan alam sekitar, sertailah kempen ini dan padamkan lampu di kediaman anda selama sejam pada 28 Mac ini tepat jam 8.30 malam. Bandaraya Kuala Lumpur terlibat secara rasmi dalam kempen ini dan kesemua lampu di KL akan dimatikan serentak tepat jam 8.30 Malam selama sejam. hampir kesemua premis perniagaan termasuk rangkaian hotel akan mematikan lampu di premis mereka dalam temph sejam. Ini termasuklah menara Kuala Lumpur yang akan turut bergelap.

Rakyat Malaysia di lokasi-lokasi lain juga digalakkan untuk menyertai kempen kesedaran untuk bumi ini. Marilah kita sama-sama menyertai penduduk dunia dari 1429 buah bandaraya di 80 buah negara demi untuk kesinambungan generasi akan datang.

Log on to www.earthhour.org/malaysia or search for Earth Hour Malaysia on Facebook to learn more about the event, ways of reducing your carbon footprint and more!

8 comments:

kaka crackr said...

Vote Earth!

ateh said...

yeah..fight global warming

Anonymous said...

Sya sbg rakyat m'sia yg prihatin kpd alam skitar mmg my0k0ng kempen ini wlaubgaimana p0wn sbg se0rg yg cntakn negara sya menentang sekeras2nya kempen ini. C0ba anda bygkn apa yg akn terjadi dlm masa 60 minit itu? Rmpakan.. kemalangan.. kematian.. pencabulan.. malah sbuah negara bley dmusnahkn dlm temp0h masa 60 minit tersbut.. Kal0bt0l anda rakyat m'sia yg bersatu hati.. knapa x anda hanya mengurangkn pggunaan elektrik sahaja.. pikir2knlh..

ateh said...

saudara/i,
hanya padamkan lampu selama sejam di kediaman/premis perniagaan. kenapa perlu dirisaukan itu semua, sedangkan ciri2 keselamatan lain semuanya berfungsi. ingat hanya lampu dipadamkan.

hospital contohnya mungkin blh mengurangkan penggunaan lampu (lampu sahaja) di wad2 tidak kritikal, sementara zon2 kritikal tetap seperti biasa.

ingat. hanya lampu dipadamkan. hanya untuk menyedarkan manusia tentang isu pemanasan global.

utk pengetahuan, saya telah lama meminimumkan penggunaan elektrik (khususnya lampu) di kediaman saya sejak 2 tahun lalu.
saya sentiasa bergelap di rumah...

Anonymous said...

wow..bagusnyer ateh..good job..
taun lepas kita ada wat earth hour x?sebab, mcm x da pun..ke saya tak ingat..hahaha ni tau pun sebab hotfm khabarkan..kalo x, x tau pun..hehe eh, lampu jalan pun tutup ker?trafik lite?

ateh said...

tahun lepas malaysia x join kempen earth hour ni. ni our 1st officially la...hehe

eh, traffic lite berfungsi mcm biasa. lampu jalan/lampu hiasan maybe la kot (sesetengah tempat je rasanya)

Anonymous said...

owh..ok..thank you ateh..
x sabar rasanya nak tgu earth hour..hehe

Syuzana Abd Halim said...

salam ziarah...saya nk link kan post earth hour ni kat blog saya....