Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

27.4.09

Tsunami Ketika Gerhana Matahari 22 Julai 2009??


Terdapat khabar angin yang tersebar luas ketika ini, mengatakan akan berlakunya satu tsunami yang dahsyat pada 22 Julai 2009, pada hari berlakunya gerhana matahari kedua bagi tahun 2009 ini. Dikatakan akan berlakunya 3 gempa bumi bawah laut yang melangkaui bacaan 7 pada skala Richter di perairan luar pantai Taiwan, barat Jepun dan di gugusan kepulauan Pasifik Selatan, yang masing-masing berada dalam lingkungan laluan gerhana.

Ramalan mengatakan kejadian ini akan berlaku sekitar 3pm-7pm (tempoh gerhana) bakal mengakibatkan bencana yang besar di negara-negara sekitar termasuk Sabah & Sarawak di Malaysia.

Walaubagaimanapun, kesahihan berita ini wajar diragui kerana sehingga kini tiada kenyataan rasmi dibuat oleh agensi-agensi meteorologi & kaji bumi dari mana-mana negara, kecuali sedikit kenyataan dari seorang professor fizik, Universiti Tokyo yang meramalkan kejadian ini tanpa apa-apa asas atau kajian lanjut.

Apapun, bumi kita ini sudah semakin lanjut usianya. Dan, gempa bumi yang semakin kerap dan silih berganti berlaku di Timur telah lama di ceritakan sebagai salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Sebagai manusia, kita kene sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua ujian Allah dalam apa jua situasi dan bentuk. 

7.4.09

Lyrids Meteor Shower on april 21 & 22

Date: April 21 & 22
Constellation: Lyra
Rate: 20 meteors per hour
Time: just after midnite
The Lyrids are an average shower, usually producing about 20 meteors per hour at their peak. These meteors can produce bright dust trails that last for several seconds. The shower will peak this year on April 21 & 22, although some meteors are usually visible from April 16 - 25. This year, a waning crescent moon will create only a slight distraction, but most of the meteors should be easy to see. Look for meteors radiating from the constellation of Lyra after midnight.
how to find constellation of Lyra?
u guys must look north of nite sky and spot Vega, the brightest star in that constellation.

21.3.09

Venus as Both - Morning Star & Evening Star on March 25

"The planet Venus will be visible at both dusk and dawn on the same day for several days centered on March 25. This rare event occurs only once every eight years. Venus will appear to pass far north of the Sun, thus creating the opportunity for keen naked eyed observers to spot Venus as a morning star on a day that it will still be visible later as an evening star. Both observation attempts should be made while the Sun is beneath the horizon."

Inilah kandungan email yang aku terima daripada sahabat baik aku yang bertugas di balai cerap Agensi Angkasa Eropah (ESA) sebentar tadi. Hurm...fenomena ni memang menarik, dan yang membuatkan aku teruja ialah ia terjadi setiap 8 tahun sekali. Kali pertama aku tengok fenomena ni pada 23-25 Mac 2001, 8 tahun dulu. Kali ni, ia muncul lagi. Bayangkan betapa syoknya dapat tengok Venus pada waktu pagi dan petang di horizon, dalam hari yang sama. Best kan??

Bagaimana fenomena ini terjadi? 

Ok, ceritanya begini: Venus akan bergerak merentasi matahari jauh ke utara, dan akan berputar dalam orbitnya sekitar 8 darjah di utara Matahari dan sekaligus merentasi Bumi ke arah horizon pada satah yang sama. Ini menyebabkan penduduk Bumi yang tinggal di hemisfera utara (termasuk Malaysia) akan berpeluang melihat Venus pada sebelah pagi dan petang pada hari yang sama.

Venus akan dapat dilihat mudah dengan mata kasar kerana faktor kecerahannya. Pandang saja ke arah horizon pada 25 mac nanti dan carilah Venus. Ia berada rendah, sekitar 20 darjah di ufuk langit di bahagian kiri bulan sabit yang mula terbit pada hari berkenaan. Sesiapa yang mempunyai binokular atau teleskop akan lebih bertuah mencerap Venus. 

Conjunction in Right Ascension
MAR 25 at 13:37 UT
9.07° Elongation
59.14” Diameter
1.21% Illuminated
-2.1 Magnitude

Apparent Closest Approach to Earth
MAR 27 at 12:12 UT
0.2814716 AU
59.26” Diameter
0.99% Illuminated
-1.9 Magnitude

Conjunction in Celestial Longitude
MAR 27 at 19:24 UT
8.16° Elongation
59.26” Diameter
0.98% Illuminated
-1.9 Magnitude

Minimum Elongation
MAR 28 at 02:22 UT
8.15° Elongation
59.25” Diameter
0.97% Illuminated
-1.9 Magnitude

kedudukan Venus dan beberapa planet lain serta bulan dalam sistem suria (20 Mac 2009)



Venus & Mercury sedang mengorbit Matahari (21 Mac 2009)

Venus dilihat dari jarak dekat sedang bergerak untuk merentasi utara Matahari (21 Mac 2009)

19.3.09

Vernal Equinox


20 Mac 2009

Hari ini, sang Matahari bergerak melintasi celestial equator menuju arah utara pada 11:44 UT. Peristiwa ini dikenali sebagai "vernal equinox", yang merupakan antara fenomena astronomi yang unik yang menandakan bermulanya hari pertama spring di hemisfera utara, dan hari eprtama autumn di hemisfera selatan. Ia juga menandakan bermulanya "norouz", iaitu permulaan tahun baru orang-orang Parsi.

Equinox bermaksud  "equal night" (malam yang sama panjang). Dengan Matahri yang berada tepat di celestial equator, kedua-dua hemisfera Bumi akan mengalami siang dan malam yang sama panjang (12 jam siang, 12 jam malam). 

Pergerakan Matahari akan semakin ke arah utara selepas ini, menandakan musim panas akan bermula tidak lama lagi di hemisfera utara. 

SpaceBat - Menumpang Voyager Ke Angkasa

On a cool spring eve March 15th, 2009 a bat, crippled and wistful, clung to the Space Shuttle Discovery as it was thrust toward the great beyond. Goodbye and godspeed, my magnificent Spacebat.

At some point during the countdown, Spacebat—a Free-Tailed Chiroptera—was spotted latched to the foam of the external fuel tank, occasionally moving but never letting go. Wildlife experts deduced that he had injured his wing and shoulder, leaving him with little chance of survival. He remained on the tank until launch....



Poor little creature...Bereft of his ability to fly and with nowhere to go, he climbed aboard the Discovery with stars in his weak little eyes. The launch commenced, and Spacebat trembled as his frail mammalian body was gently pushed skyward. For the last time, he felt the primal joy of flight; for the first, the indescribable feeling of ascending toward his dream—a place far away from piercing screeches and crowded caves, stretching forever into fathomless blackness.





 

18.3.09

Besar..Tapi Hakikatnya Kita Hanya Kerdil di Kosmos

"ateh, berapa besar bumi kita ni? cikgu kata kecik je, matahari lagi besar. tapi kenapa alang tengok matahari tu macam kecik aje masa gerhana hari tu. bila alang tanya cikgu kenapa dia kata matahari lagi besar dia marah. mesti dia tipu kan? lagi pulak cikgu kata bumi kita berputar. tapi kenapa alang tak rasa pening pun? biasa saja..."

Ini antara pertanyaan dan luahan perasaan gadis kecil (anak sedara aku) yang berusia 8 tahun masa aku jumpa dia malam tadi. Dengan penuh perasaan di menjelaskan ketidakpuasan hati dia tentang mana lagi besar, Bumi? atau Matahari? dan kalau Matahari lagi besar, kenapa ia kelihatan kecil dari Bumi? orang dewasa mungkin boleh berfikir secara logik akan perkara ini. Tapi bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar, dia memerlukan penjelasan yang ringkas dan tepat akan kebenaran perkara ini. Ya, ia perlu dijelaskan, agar minatnya untuk mengetahui tidak terbantut, lantas terpendam begitu saja tanpa sebuah jawapan yang bernas.

Dengan bantuan kalkulator, aku pun menjelaskan kenapa Matahari lebih besar (walaupun kelihatan kecil dari Bumi) beserta sedikit selingan supaya di faham dan punya hujah untuk berdebat dengan orang lain bila-bila nanti.

Bumi adalah planet ketiga dari Matahari. Jaraknya adalah sejauh 150,000,000 kilometer (sambil menekan kalkulator untuk menunjukkan banyaknya angka sifar).  Bumi terletak di dalam sistem suria, salah satu sistem di dalam Bima Sakti.  Pluto adalah planet ke sembilan di dalam sistem suria dan terletak sejauh 5,900,000,000 kilometer dari matahari. Besarkah sistem suria kita??

Matahari adalah sangat besar dibandingkan dengan Bumi. Tetapi disebabkan jaraknya yang jauh dari Bumi, maka ia kelihatan kecil sahaja. Cuba bayangkan semasa kita menaiki penerbangan. Kita melihat objek-onjek di bawah sangat kecil kan? kenapa? kerana kita telah berada jauh dari objek tersebut, jadi ia kelihatan kecil pada mata kita, walaupun saiz seebnarnya adalah sangat besar. Itulah yang terjadi pada Matahari. Kita berada sejauh 150,000,000 kilometer darinya. Sebab itu ia kelihatan kecil sahaja.

Nampak begitu besar kan? tapi jangan tertipu dengan itu semua kerana kita sebenarnya sangat kecil jika dinisbahkan dengan keluasan sebenar galaksi dimana kita berada (sambil menunjukkan gambar kedudukan sistem surai kita di dalam Bima Sakti). Bima Sakti terbentang selebar 150,00 tahun cahaya, dengan dimensi pusatnya sejauh 15,000 tahun cahaya. Sistem suria yang kita diami ini pula terletak di salah satu lengan Bima Sakti, dengan jarak sejauh 30,000 tahun cahaya dari pusat galaksi. Dan, di dalam galaksi Bima Sakti ini, terdapat sekurang-kurangya 250 juta bintang-bintang dengan pelbagai saiz dan jenis. Nah...lihat sekarang. betapa kecilnya bumi ini...(sambil berulang kali menjelaskan konsep tahun cahaya pada anak sedara aku yang dah mula tercengang...haha)

Sambung lagi...

Bumi kita ini memang berputar pada satah paksinya dan bergerak mengelilingi matahari. Sebab itulah terjadinya siang dan malam, matahari terbit dan matahari terbenam (anak sedara aku mula angguk...tapi masih keliru kenapa manusia tidak dapat merasai putaran dan gerakan bumi itu). Bumi kita ini berputar dan bergerak dengan sangat cepat pada paksi dan orbitnya. Ia bergerak dengan kecepatan 108,000 kilometer sejam mengorbit matahari. Pergerakan yang sangat laju inilah menyebabkan manusia tidak dapat merasai putaran Bumi, dengan sedikit bantuan dari daya tarikan graviti tentunya. (anak sedara aku mula garu kepala dan bersuara kelat...ni betul ke tipu?) :-)

Ok..ok. Contohnya begini: Kita kerap mendengar bunyi gema enjin dan kepulan asap jet supersonik kan? dan kita ketahui bahawa jet itu mampu terbang dengan sangat laju, hingga kita kerap kali tidak sempat untuk melihatnya, melainkan hanya mendengar bunyinya sahaja, serta tinggalan kepulan asap menandakan ia melalui kawasan itu. Bayangkan kelajuan jet tersebut adalah 1,800 km/j. Laju kan? Jadi, bayangkan Bumi yang bergerak pada kelajuan 108,000 km/j, iaitu sekitar 60 kali kelajuan jet supersonik tadi. Tentunya kita tidak mampu melihat atau merasa pergerakan itu kan? Kerana ia berlaku terlalu pantas, tanpa kita sedar. Yang menjadi bukti paling jelas Bumi ini berputar hanyalah beberapa perkara seperti berlakunya malam dan siang. Bumi memerlukan masa selama 24 jam untuk berputar di atas paksinya, dan selama 365 hari untuk bergerak mengelilingi matahari. Itulah tempoh amsa sehari dan setahun kita di Bumi. Manakala sistem suria kita pula mengambil masa selama 220 juta tahun untuk mengorbit pusat Bima Sakti....





 

17.3.09

Manusia Hanya Debu di Bima Sakti (Milky Way)


Sistem Matahari-Bumi telah melahirkan konsep tahun, iaitu tempoh masa yang diperlukan oleh planet Bumi untuk melengkapkan pusingannya mengorbit Matahari. Tempoh masanya ialah selama 365 hari 5 jam 26 minit dan telah pertama kalinya dikira dengan sangat tepat oleh ahli astronomi terkemuka Islam, Al-Biruni beberapa ratus tahun yang lampau.

Penduduk Bumi akan menyaksikan tahun demi tahun berganti, selama lebih kurang 4 juta tahun lagi, sebelum Matahari mengembang menjadi "raksasa merah" lalu membakar Bumi. Permukaan Matahari akan menjadi sangat aktif dan letusan-letusan solar akan banyak berlaku sebelum Matahari menemui ajalnya dan menjelma menjadi lubang hitam, yang akan menyedut segala benda dalam jarak 600 tahun cahaya darinya.

Apa yang menjadi persoalan menarik disini ialah, apakah masih wujud manusia (atau hidupan) di planet Bumi selama 4 juta tahun itu? atau kita telah menjadi pengembara di angkasa lepas dan telah menghuni planet lain jauh dari Bima Sakti? ataupun kita tetap di bumi, namun telah berevolusi menghadapi kesan-kesan pencemaran/pemanasan global yang kita sendiri lakukan terhadap bumi + kesan tindak balas radiasi dari Matahari yang sedang memusnahkan atmosfera Bumi? Anda fikirkanlah sendiri.....

Dengan jarak purata dari bintang induk Matahari ialah 150 juta kilometer, planet Bumi memerlukan 365 hari untuk selesai mengelilingi Matahari. Itulah satu tahun lengkap bagi manusia Bumi. Bagi planet Mercury (Utarid) yang berjarak sekitar 57.5 juta kilometer dari Matahari, satu tahun di sana hanyalah 87.9 hari Bumi, manakala satu tahun di Venus (Zuhrah) pula hanyalah selama 224.7 hari Bumi. 

Sementara itu, satu tahun untuk planet luar yang jaraknya jauh dari Matahari...lebih banyak masa diperlukan untuk melengkapkan tempoh "setahun". Marikh (Mars) memerlukan 686.9 hari Bumi, Jupiter 11.9 tahun Bumi, Musytari (Saturn) 29.5 tahun Bumi, Uranus 84 tahun Bumi, Neptune 164.8 tahun Bumi dan Pluto selama 247.9 tahun Bumi. Ibaratnya, untuk merayakan tahun baru di Pluto (seandainya suatu hari nanti manusia mampu ke sana) manusia memerlukan masa selama 90,483.5 hari Bumi. 

Dan, apabila kita berbicara tentang tahun...secara tidak langsung kita juga perlu berbicara tentang jarak, kerana jaraklah yang telah menghasilkan tempoh masa untuk setahun itu. Jaraklah yang telah membuatkan manusia seperti tidak berdaya, kerana kerdilnya kita di dalam kosmos yang maha luas yang dicipta Allah ini.

Dalam kepayahan menghadapi jarak, manusia telah memperlihatkan keteguhannya untuk tidak mahu menyerah. Kosmos ini mesti diterokai, walaupun terasa mustahil walau untuk sampai ke pinggirnya. Dengan sekelumit ilmu yang diberi Allah, terhasilah pelbagai cara oleh manusia untuk menerokai misteri alam maya ini. Melalui kapal-kapal penjelajah angkasa lepas seperti Pioneer 10 (dilancarkan pada tahun 1972) dan Pioneer 11 (1973), manusia mula dapat melihat Marikh dan Jupiter dengan lebih dekat, malah sudah boleh memeta keadaan muka bumi planet yang sebelum itu hanya mampu dilihat dengan teleskop.

Lebih menarik lagi, melalui Voyager 2 (1977) , manusia mula dapat melihat dan mengkaji planet Uranus dan Neptune dengan lebih dekat dan terperinci. Manakala Voyager 1 (1977) telah dilancarkan dalam arah berlawanan dengan Voyager 2 dan kini telah sangat jauh dari Bumi dan telah memasuki ruang antara galaksi. Namun, jika dibandingkan dengan saiz kosmos yang tidak tergambar ini, jarak 100 juta kilometer itu masih amat kecil.

Sekadar perbandingan: jarak bintang terdekat dari bumi, Alpha Centauri adalah sejauh 4.5 tahun cahaya. Satu tahun cahaya (jarak yang dilalui cahaya dalam satu tahun) adalah sekitar 9.5 trilion kilometer. Jadi anda hitunglah sendiri berapa trilion kilometer jarak Alpha Centauri itu dari Bumi, yang setiap malam kita dapat lihat di langit Bumi dengan jelas. Atau, jika anda inginkan sedikit cabaran...hitung saja jarak pusat Matahari sistem suria kita ini yang terletak di salah satu lengan Galaksi Bima Sakti (Milky Way) ke pusat galaksi kita yang jauhnya 30,000 tahun cahaya. Juga, hitung saja jarak jiran kita, Andromeda yang terletak 2 juta tahun cahaya.

Jadi, kita ini umpama sebutir debu sahaja di dalam kosmos ciptaan Allah yang maha luas ini. Terlalu kerdil kita.

Di hadapan kosmos, Bumi dan manusia ibarat debu yang dimensinya sangat kecil kecil. Namun, Allah telah memberikan kelebihan yang sungguh besar kepada penghuni planet yang kecil ini. Dengan ilmu dan semangat yang kuat, penemuan demi penemuan yang mengkagumkan terhasil yang memperlihatkan bahawa alam semesta ini tercipta untuk menampung kehidupan. JAdi, bukan kehidupan menyesuaikan diri dengan alam semsta, sebaliknya alam semestalah yang berevolusi untuk menampung makhluk ciptaan Allah ini. Adakah kita bersyukur?? Segalanya percuma Allah kurniakan untuk kita.

Pemahaman demi pemahaman mula timbul di kalangan astronomers yang mempelajari dan mengkaji kosmos. Kita bukanlah warga Bumi, tetapi secebis dari warga Galaksi yang terlempar di dalam Bima Sakti.

Adanya kedekatan, meskipun dipisahkan oleh jarak yang mahajauh, seperti menyiratkan bahwa kehidupan merupakan ”anak kandung” alam semesta. Ahli fizik Andrei Linde dari Universiti Stanford, Palo Alto, California mengakui hakikat kejadian alam yang penuh dengan keajaiban dan misteri ini adalah semata-mata untuk menampung kehidupan di dalamnya. Dan, alam ini bukan terjadi dengan sendiri, sebaliknya telah dicipta sedemikian rupa (oleh Allah). Jika sedikit perubahan berlaku pada hukum fizik di alam ini, maka manusia dan seluruh kehidupan lain tidak akan wujud sama sekali.

Ambil dua contoh mudah. Atom terdiri dari elemen proton, neutron, dan elektron. Kalau proton 0.2% lebih berat, maka atom itu ia akan tidak stabil dan akan meluruh menjadi partikel yang lebih ringkas. Atom lalu tidak akan wujud, demikian pula kita.

Kalau graviti sedikit saja lebih kuat, bintang-bintang akan mengecut dengan lebih kuat, membuatnya menjadi lebih kecil, lebih panas, dan lebih padat. Bintang tidak akan bertahan berbillion tahun, sebaliknya akan terbakar habis bahan bakarnya dalam jutaan tahun, lalu padam jauh sebelum kehidupan punya peluang untuk berevolusi.

Hebat ciptaan Allah untuk hamba-hambanya yang lemah dan sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi ini.