Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

25.12.08

Berapakah Sistem Solar dalam Bima Sakti?

Seorang sahabat bertanya, berapakah sistem solar yang terdapat di galaksi Bima Sakti?. Sebenarnya, saya juga selalu memikirkan perkara yang sama! Saya sangat berharap saya mempunyai jawapan untuk persoalan itu, tapi saya tidak tahu, dan tiada sesiapun yang tahu jawapan yang tepat.

Sejak bertahun-tahun lamanya, para saintis telah mengkaji sistem suria kita, yang terdiri daripada matahari dan 9* planet, berdozen-dozen bulan, beratus-ratus komet dan beribu-ribu asteroid. Persoalannya, adakah kita bersendirian di galaksi yang maha luas ini? Adakah hanya kita yang tinggal di galaksi ini yang turut mengandungi lebih 200 bilion bintang-bintang? Masih kelam...dan terlalu sukar untuk dijawab. masih terlalu banyak misteri tentang semesta ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Ramai yang mungkin bertanya, mengapa para astronomer dan saintis tidak mengkaji sistem solar yang lain untuk mencari bukti kewujudan hidupan lain di angkasaraya? ataupun mengkaji sekadar untuk mengetahui berapakah bilangan planet yang terdapat dalam galaksi Bima Sakti??
Tahukah sahabat sekalian, amat susah sebenarnya untuk menemukan sebuah planet di angkasaraya yang menampung 200 bilion lebih bintang-bintang, seperti yang sahabat semua lihat dari bumi. Ini kerana planet2 hanya memantulkan hanya sedikit cahaya dari bintang dalam orbit mereka. Cahaya yang sedikit inilah yg amat sukar dikesan, di kalangan berbilion-bilion bintang2 lain yang bersinar terang.

Semasa saya masih belajar di sekolah menengah, saya kerap juga pernah memeningkan cikgu fizik saya dengan soalan-soalan ini, dan sekerap itu jugalah saya dipeningkan oleh beliau dengan penjelasan-penjelasan yang tidak mampu saya fikir waktu itu. Semakin kita mengkaji cakerawala, semakin banyak benda baru yang muncul dan menarik perhatian. Dan semakin kita sedar yang ia tidak akan pernah habis untuk mengkaji ciptaan Tuhan ini. Terlalu luas, tidak dapat dihitung logik akal.

Pernah beberapa astronomer berkata mereka menjumpai planet-planet baru jauh dari sistem suria kita. Tetapi apabila kajian demi kajian dilakukan, ternyata penemuan itu meleset, apabila objek yang dikatakan planet, hanyalah seketul batu asteroid biasa. Namun, ia bukanlah kegagalan, kerana akan ada lebih banyak astronomer yang akan berusaha untuk mengkaji lebih jauh lagi.

Akhirnya, pada pertengahan 1990an, astronomer telah menemui bukti kukuh adanya planet-planet yang mengorbit bintang dalam sistem suria yang lain, mirip sistem suria kita ini. Penemuan pertama bukanlah berasakan gambar-gambar yang dikirim teleskop Hubble ke stesen angkasa bumi, tapi berdasarkan kajian teleskop Spitzer yang dapat membaca wujudnya daya-daya graviti yang mengikat planet-planet ini untuk mengorbit bintang itu.

Setakat ini. sebanyak 70 sistem solar telah dijumpai oleh para astronomer di dalam Bima Sakti. Dianggarkan terdapat berbilion-bilio sistem solar lagi di angkasaraya, termasuk di galaksi-galaksi lain seperti andromeda, eangle nebula, mega nebula dan lain-lain. Samada andaian ini benar atau tidak, ia tetap menjadi rahsia mutlak Allah.

Adakah kita bersendirian di kosmos ini??

*Note: Pada persidangan saintis astronomi 2006, undian telah dibuat untuk mengeluarkan Pluto dari senarai planet-planet yg terdapat dalam sistem suria kita. Jadi, sehingga kini hanya terdapat 8 planet dalam sistem suria kita, apabila Pluto secara rasmi diklasifikasikan sebagai "dwarft object".

Dalam Quran, ada diceritakan perihal nabi Yusuf a.s yang bermimpi melihat 12 butir bintang dan matahari bersujud. Adakah 12 butir bintang itu mewakili jumlah bilangan planet dalam sistem suria kita ini? kalau benar...dimanakah lagi 4 planet yg lain? bilakah kita akan menemuinya?? Adakah ianya Sedna, Nibiru? Saintis-saintis masih lagi mengkaji.
Hanya Allah yang tahu. Ia masih menjadi rahsia bagi manusia.

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Terkini, apa yang nampak seperti piring disebut alam. Saintis dapat mempeta 20,000 lagi seumpamanya.