Kali ini, hujan meteor quadrantid akan berlaku pada pagi 3 januari 2009, sebelum terbit matahari sekitar jam 4-6 pagi. Ia merupakan saat yang terbaik untuk peminat astronomi mencerap atau sekadar melihat fenomena ini kerana pada kali ini, ia tidak akan terganggu oleh sinaran sang bulan. Hujan meteor quadrantid biasanya berlaku amat pantas dengan pergerakan meteor yang agak laju. Jadi, pengamatan yang betul diperlukan untuk mencerap.
Bagaimana hujan meteor quadrantid terjadi?
Fenomena ini terjadi apabila Bumi memasuki orbit 2003EH1, iaitu "asteroid" yang dipercayai terhasil daripada serpihan-serpihan sisa dari sebuah komet yang meletup sekitar 500 tahun yang lalu. Quadrantid mendapat namanya daripada gugusan bintang-bintang Quadrans Muralis.
Pada pagi 3 januari 2009 sebelum matahari terbit, pandanglah ke timur untuk menyaksikan fenomena hujan meteor quadrantid ini. Paling kurang, dijangka sehingga 30-40 pancaran akan dapat dilihat dengan mata kasar.
1 comment:
peta ni , keadaan langit dari malaysia ke?
Post a Comment