Kepada sesiapa yang mempunyai teleskop bintang, bolehlah mula mencerap Saturn sekiranya anda ingin melihat fenomena dimana gegelang sekeliling planet ini seolah "menghilang".
Ini adalah gambar Saturn yang saya cerap sebentar tadi. Kelihatan dengan jelas planet tersebut bersama beberapa bulan dalam sistemnya, Rhea, Titan, Lapetus, Tethys, Dione & Enceladus. Sebenarnya, Saturn mempunyai sebanyak 60 bulan yang mengorbitnya, tetapi kebanyakannya adalah terlalu kecil untuk dicerap. Titan adalah bulan terbesar yang mengorbit Saturn.
Lihat gambar di atas yang saya cerap sekitar jam 8.15 malam sebentar tadi. Gegelang Saturn kelihatan menipis dari arah tepi. Sepanjang minggu ini sehingga awal januari 2009 merupakan masa terbaik untuk mencerap fenomena ini. Ini kerana, sudut orbit Bumi dan sistem Gelang Saturn berada pada satah yang hampir sama.
Gegelang Saturn akan kelihatan semakin menipis menjelang September 2009, tapi ketika itu, amat sukar untuk mencerapnya dengan jelas kerana kedudukan Saturn yang hampir kepada matahari.
Next Topic.....
masih belum ada idea :-)
29.12.08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment