Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

12.12.08

Sahabat bisuku...

Persahabatan itu sangat manis apabila seorang sahabat dapat mengenali diri kita pada bahagian yang paling dalam. Keselesaan, rasa dihargai dan rasa melengkapi menambah eratkan persahabatan yang terjalin.

Seorang sahabat yang baik tidak akan pernah berusaha untuk merubah sahabatnya sebelum memulakan persahabatan. Sahabat yang baik akan menerima segala kekurangan dan kelebihan sahabatnya seadanya. Di situlah munculnya kepelbagaian ragam dan sifat yang menambah seri sebuah persahabatan. Dari situ juga munculnya persefahaman yg harmoni antara dua sahabat.Indahnya persahabatann itu jika ia terjalin kerana Allah.

Aku punya seorang sahabat. Dia bisu. Tp kebisuanya itu tidak pernah menjadi tembok memisahkan persahabatan kami. Sahabatku ini tidak dapat bercakap dan mendengar, aku pula langsung tidak tahu berbahasa isyarat. Setiap kali berjumpa, buku nota kecil dan sebatang pen menjadi teman yang setia. Bermacam cerita dikongsi. Sesekali kami tertawa...

Banyak waktu juga kami hanya berjalan...menyelusuri pepasir putih di pantai yang menjadi tempat kesukaan kami berdua. walaupun tanpa sebarang bicara, rasanya cukup puas....seolah kami telah bercerita dan luahkan segala masalah yang membeban. Inilah keindahan persahabatan antara kami. Persahatan aku dengan seorang insan bisu yang memahami aku, dan menjaga persahabatan kami dengan ikhlas hatinya.

Untuk sahabat bisuku...SELAMAT HARI LAHIR untukmu. Semoga Allah memurahkan rezekimu, memanjangkan usiamu dan memberi redhaNya pada dirimu. Sesungguhnya aku tidak pernah puas bersahabat denganmu....

No comments: