Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

19.12.08

Islam agama sempurna.....

Pagi ini, bila aku online gizmo, aku dpt satu offline mesej yang pendek, namun cukup untuk membuatkan aku tergamam. Aku terdiam sejenak, mencari-cari jawapan sesuai akan persoalan yang dilontarkan itu. Jauh aku berkhayal dgn persoalan itu ligat bermain-main di fikiran. aku mengeluh sendiri. melepaskan nafas yang menyesak.

mesej itu berbunyi begini:

"mengapa mereka yg dilahirkan dalam Islam tidak mempunyai hak untuk memilih agama mereka sendiri?"

Bagi aku, apabila kita telah dilahirkan dalam Islam, kita telah secara langsung terikat untuk berada di dalam lingkungan agama suci itu, dan menjadi penganutnya hingga hujung nyawa. Ini kerana, Islam adalah agama yang akhir dan benar yang akan membawa penganutnya ke destinasi terakhir yang kekal abadi, syurga.

Sepatutnya kita merasa beruntung apabila dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Islam, kerana melaluinya kita belajar mengenal Tuhan. Sebagai seorang Islam, kita mempunyai Al-Quran sebagai panduan utama yang merangkumi kesemua perkara dengan lengkap. Kita juga punya hadis2 sahih untuk dijadikan pegangan dan tauladan dalam menjalani kehidupan seharian.

Jadi soal mengapa mereka yang telah dilahirkan sebagai Islam tidak mempunyai hak untuk memilih agama mereka sendiri tidak harus timbul, kerana pada dasarnya agama Islam itu sendiri telah sempurna dan lengkap, seperti firman Allah;

"Dan pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maidah:3)

Jadi...mengapa kita harus memilih agama lain selain Islam? bilamana agama2 itu telah terpesong, tidak lengkap malah ada antaranya diasaskan oleh manusia2 sendiri??

Namun, sebagai seorang penganut Islam kita juga dituntut untuk menghormati penganut2 agama lain sesuai pula dengan firman Allah yg berbunyi;

"tiada paksaan untuk memasuki Islam" (al-baqarah:256)

Jalaluddin Rumi, seorang penyair Sufi dari Parsi pada abad ke 13, pernah menuliskan tentang kisah Nabi Allah Musa a.s yg diajarkan Tuhan untuk bersikap toleransi terhadap pemahaman yg berbeza, yg digarapkan dalam bait-bait puisinya yg indah dalam Masnawi;

Puisi ini telah diterjemahkan oleh Nicholson kedalam bahasa Inggeris dengan tajuk The Shepherd's Prayer by Rumi dalam RA Nicholson's Rumi, Poet & Mystic, London 1950.

Ketika Musa sedang berjalan, ia mendengar seorang pengembala yg sedang berdoa sambil meratap...
"Oh Tuhan di manakah gerangan Engkau, kerana aku ingin melayaniMu dan menjahitkan sepatuMu, dan meyisirkan rambutMu. Aku ingin mencucikan bajuMu, membunuh kutu kepalaMu dan membawakan susu kepadaMu, oh Duhai yg maha terpuji"

Mendengar kata2 yg dianggap bodoh tersebut, Musa berkata, "kepada siapa kamu berbicara? Betapa kata2 itu tidak bermakna, memalukan dan liar! sumbat mulutmu dengan kapas!!...Tuhan yg maha agung tidak memerlukan layanan seperti itu."

Sang pengembala menjadi amat kecewa dan sedih, dan is merobek bajunya sambil pergi ke arah yg tidak menentu.

Kemudian datang wahyu Tuhan kepada Musa;

"kamu telah memisahkan hambaKu dariKu. Sesungguhnya Aku telah anugerahkan kepada setiap manusia cara berdoa masing2. Aku tidak melihat pada ucapan lidah, tetapi Aku melihat ke dalam sanubari dan perasaan terdalam hati mereka, apakah ada keredhaan...walaupun ucapannya tidak menunjukkan hal yg sedemikian"

No comments: