Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

31.12.08

Happy New Year...all


May 2009 be a good year to all of us!!

Gerhana Matahari 2009

Akan terjadi 2 kali gerhana matahari pada tahun 2009 nanti. So, sahabat semua mark la dlm kalendar masing-masing pasal fenomena astronomi yang menarik untuk dilihat ni. Gerhana matahari pertama akan berlaku pada tarikh 26 Januari 2009. dan yang gerhana yang kedua akan berlaku pada tarikh 22 Julai 2009 sebelum sekali lagi berlaku pada 15 Januari 2010. Menarik kan? 2 kali pada 2009 dan sekali pada 2010. 


Gerhana 26 Januari 2009

Gerhana yang berlaku adalah jenis gerhana anular. Gerhana ini akan dapat dilihat oleh hampir seluruh penduduk Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei & Mindanoa. Di sesetangah kawasan, penduduknya akan dapat melihat bulan menutup hampir 85% bahagian matahari.

1. KUALA LUMPUR

Latitude: 3° 8' 50" N
Longitude: 101° 41' 16" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location.
Timing Information Beginning of partial phase
Time: 16:31:36

Maximum eclipse
Time: 17:50:40
Eclipse magnitude: 0.726

End of partial phase
Time: 18:58:49

2. KOTA KINABALU

Latitude: 5° 58' 13" N
Longitude: 116° 6' 40" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location. The sun sets before the end of the eclipse.
Timing Information Beginning of partial phase
Time: 16:43:48

Maximum eclipse
Time: 17:54:39
Eclipse magnitude: 0.828

End of partial phase
Time: 18:57:11


3. KUCHING

Latitude: 1° 33' 3" N
Longitude: 110° 21' 1" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location. The sun sets before the end of the eclipse.
Timing Information Beginning of partial phase
Time: 16:34:58

Maximum eclipse
Time: 17:50:43
Eclipse magnitude: 0.874

End of partial phase
Time: 18:56:39

Gerhana 22 Julai 2009
Gerhana yang berlaku adalah jenis gerhana total.  Penduduk di bahagian utara Indonesia, Singapura, Semenanjung Malaysia, hampir seluruh Sarawak & sebahagian Sabah, barat Thailand, Kemboja & Vietnam akan dapat melihat fenomena ini. Walaupun jenis gerhana total, sebahagian penduduk kawasan yang dinyatakan di atas tidak akan dapat melihat bulan menutupi keseluruhan matahari. 

Hanya penduduk di beberapa kawasan di negara China seperti Shanghai akan dapat melihat gerhana penuh pada tarikh ini.


Gerhana 15 Januari 2010 
Fenomena ini cuma boleh dilihat oleh penduduk yang tinggal di bahagian utara dan barat Indonesia, sebahagian Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan yang terletak di daerah antara India dan China sahaja. Kita di Malaysia, Indonesia & Singapura hanya dapat melihat sebahagian kecil sahaja permukaan bulan yang menutupi matahari.

29.12.08

Hujan Meteor Quadrantid pada 3 Januari 2009

Hujan meteor quadrantid adalah fenomena yang ditunggu-tunggu para peminat astronomi setiap tahun. Kebiasaannya, lebih 100++ meteor dapat dilihat dalam masa sejam. Fenomena ini berlaku setiap tahun pada awal januari.

Kali ini, hujan meteor quadrantid akan berlaku pada pagi 3 januari 2009, sebelum terbit matahari sekitar jam 4-6 pagi. Ia merupakan saat yang terbaik untuk peminat astronomi mencerap atau sekadar melihat fenomena ini kerana pada kali ini, ia tidak akan terganggu oleh sinaran sang bulan. Hujan meteor quadrantid biasanya berlaku amat pantas dengan pergerakan meteor yang agak laju. Jadi, pengamatan yang betul diperlukan untuk mencerap.

Bagaimana hujan meteor quadrantid terjadi?

Fenomena ini terjadi apabila Bumi memasuki orbit 2003EH1, iaitu "asteroid" yang dipercayai terhasil daripada serpihan-serpihan sisa dari sebuah komet yang meletup sekitar 500 tahun yang lalu. Quadrantid mendapat namanya daripada gugusan bintang-bintang Quadrans Muralis.

Pada pagi 3 januari 2009 sebelum matahari terbit, pandanglah ke timur untuk menyaksikan fenomena hujan meteor quadrantid ini. Paling kurang, dijangka sehingga 30-40 pancaran akan dapat dilihat dengan mata kasar.

Gelang Saturn "menghilang"

Kepada sesiapa yang mempunyai teleskop bintang, bolehlah mula mencerap Saturn sekiranya anda ingin melihat fenomena dimana gegelang sekeliling planet ini seolah "menghilang".


Ini adalah gambar Saturn yang saya cerap sebentar tadi. Kelihatan dengan jelas planet tersebut bersama beberapa bulan dalam sistemnya, Rhea, Titan, Lapetus, Tethys, Dione & Enceladus. Sebenarnya, Saturn mempunyai sebanyak 60 bulan yang mengorbitnya, tetapi kebanyakannya adalah terlalu kecil untuk dicerap. Titan adalah bulan terbesar yang mengorbit Saturn.



Lihat gambar di atas yang saya cerap sekitar jam 8.15 malam sebentar tadi. Gegelang Saturn kelihatan menipis dari arah tepi. Sepanjang minggu ini sehingga awal januari 2009 merupakan masa terbaik untuk mencerap fenomena ini. Ini kerana, sudut orbit Bumi dan sistem Gelang Saturn berada pada satah yang hampir sama.

Gegelang Saturn akan kelihatan semakin menipis menjelang September 2009, tapi ketika itu, amat sukar untuk mencerapnya dengan jelas kerana kedudukan Saturn yang hampir kepada matahari.

28.12.08

Kedudukan Bulan

Perhatikan kedudukan bulan dalam gambar-gambar di bawah. Gambar ini di ambil dalam tempoh masa selang 4 hari, pada waktu yang sama iaitu jam 0052hrs.

Kedudukan bulan pada 24.12.2008 0052hrs.
Dapat dilihat bulan berada agak jauh dari matahari pada arah tenggara, dan berada diantara Mars dan Saturn dalam formasi hampir selari. Kelihatan juga Antares hampir di bahagian timur bulan, di samping Spica muncul diantara bulan dan Saturn.


Kedudukan bulan pada 29.12.2008 0052hrs.
Dalam gambar di bawah ini, jelas kelihatan bulan telah mengubah posisinya dan kini berada 17 darjah ke barat laut matahari, menyertai Mercury dan Jupiter. Bulan telah jauh meninggalkan Antares.


Dari kedua-dua gambar di atas, dapat ditafsirkan bahawa, kesemua planet2 berada dalam kedudukan tersendiri. Perhatikan kedudukan planet-planet Saturn, Mars, Mercury, & Jupiter yang berada di bahagian yang sama dalam tempoh masa tersebut (tetapi pada magnitud yang berlainan). Ini menunjukkan planet-planet itu sedang mengorbit matahari pada orbitnya.

Antares dan Spica kelihatan pada tempat yang sama pada magnitud yang hampir sama. Ini kerana jarak kedua-dua objek itu yang sangat jauh dari bumi, menyebabkan pergerakannya terlihat agak perlahan dari bumi. Bulan pula amat dekat dengan bumi, jadi pergerakannya terlihat amat ketara sekali.

Salam 1430H

25.12.08

Berapakah Sistem Solar dalam Bima Sakti?

Seorang sahabat bertanya, berapakah sistem solar yang terdapat di galaksi Bima Sakti?. Sebenarnya, saya juga selalu memikirkan perkara yang sama! Saya sangat berharap saya mempunyai jawapan untuk persoalan itu, tapi saya tidak tahu, dan tiada sesiapun yang tahu jawapan yang tepat.

Sejak bertahun-tahun lamanya, para saintis telah mengkaji sistem suria kita, yang terdiri daripada matahari dan 9* planet, berdozen-dozen bulan, beratus-ratus komet dan beribu-ribu asteroid. Persoalannya, adakah kita bersendirian di galaksi yang maha luas ini? Adakah hanya kita yang tinggal di galaksi ini yang turut mengandungi lebih 200 bilion bintang-bintang? Masih kelam...dan terlalu sukar untuk dijawab. masih terlalu banyak misteri tentang semesta ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Ramai yang mungkin bertanya, mengapa para astronomer dan saintis tidak mengkaji sistem solar yang lain untuk mencari bukti kewujudan hidupan lain di angkasaraya? ataupun mengkaji sekadar untuk mengetahui berapakah bilangan planet yang terdapat dalam galaksi Bima Sakti??
Tahukah sahabat sekalian, amat susah sebenarnya untuk menemukan sebuah planet di angkasaraya yang menampung 200 bilion lebih bintang-bintang, seperti yang sahabat semua lihat dari bumi. Ini kerana planet2 hanya memantulkan hanya sedikit cahaya dari bintang dalam orbit mereka. Cahaya yang sedikit inilah yg amat sukar dikesan, di kalangan berbilion-bilion bintang2 lain yang bersinar terang.

Semasa saya masih belajar di sekolah menengah, saya kerap juga pernah memeningkan cikgu fizik saya dengan soalan-soalan ini, dan sekerap itu jugalah saya dipeningkan oleh beliau dengan penjelasan-penjelasan yang tidak mampu saya fikir waktu itu. Semakin kita mengkaji cakerawala, semakin banyak benda baru yang muncul dan menarik perhatian. Dan semakin kita sedar yang ia tidak akan pernah habis untuk mengkaji ciptaan Tuhan ini. Terlalu luas, tidak dapat dihitung logik akal.

Pernah beberapa astronomer berkata mereka menjumpai planet-planet baru jauh dari sistem suria kita. Tetapi apabila kajian demi kajian dilakukan, ternyata penemuan itu meleset, apabila objek yang dikatakan planet, hanyalah seketul batu asteroid biasa. Namun, ia bukanlah kegagalan, kerana akan ada lebih banyak astronomer yang akan berusaha untuk mengkaji lebih jauh lagi.

Akhirnya, pada pertengahan 1990an, astronomer telah menemui bukti kukuh adanya planet-planet yang mengorbit bintang dalam sistem suria yang lain, mirip sistem suria kita ini. Penemuan pertama bukanlah berasakan gambar-gambar yang dikirim teleskop Hubble ke stesen angkasa bumi, tapi berdasarkan kajian teleskop Spitzer yang dapat membaca wujudnya daya-daya graviti yang mengikat planet-planet ini untuk mengorbit bintang itu.

Setakat ini. sebanyak 70 sistem solar telah dijumpai oleh para astronomer di dalam Bima Sakti. Dianggarkan terdapat berbilion-bilio sistem solar lagi di angkasaraya, termasuk di galaksi-galaksi lain seperti andromeda, eangle nebula, mega nebula dan lain-lain. Samada andaian ini benar atau tidak, ia tetap menjadi rahsia mutlak Allah.

Adakah kita bersendirian di kosmos ini??

*Note: Pada persidangan saintis astronomi 2006, undian telah dibuat untuk mengeluarkan Pluto dari senarai planet-planet yg terdapat dalam sistem suria kita. Jadi, sehingga kini hanya terdapat 8 planet dalam sistem suria kita, apabila Pluto secara rasmi diklasifikasikan sebagai "dwarft object".

Dalam Quran, ada diceritakan perihal nabi Yusuf a.s yang bermimpi melihat 12 butir bintang dan matahari bersujud. Adakah 12 butir bintang itu mewakili jumlah bilangan planet dalam sistem suria kita ini? kalau benar...dimanakah lagi 4 planet yg lain? bilakah kita akan menemuinya?? Adakah ianya Sedna, Nibiru? Saintis-saintis masih lagi mengkaji.
Hanya Allah yang tahu. Ia masih menjadi rahsia bagi manusia.

Saturn, Moon, Antares, Mars, Sun, Mercury, Jupiter, Venus & Uranus PART 2


Garisan merah pada gambar di atas adalah lakaran orbit planet-planet yang mengorbit matahari. Orbit-orbit terbabit nampak bersilang dalam gambar, tapi dalam keadaan nyata ia sebenarnya terpisah jauh antara satu sama lain. Jadi jangan risau kerana tidak akan berlaku sebarang perlanggaran, kecuali telah sampai masanya & dengan izin Allah (kiamat).


Dalam gambar di atas ini pula, kelihatan planet Saturn yang telah bergerak jauh dari kedudukan berbanding semalam, namun masih sedikit mengekalkan formasi hampir selari dengan planet2 yang lain. Dapat dilihat Spica muncul di tengah antara Saturn dan Bulan.

Spica, juga dikenali sebagai "Alpha Virginis" ialah bintang yang paling terang dari gugusan virgo. Jaraknya adalah sekitar 260 tahun cahaya dari bumi. Spica boleh terlindung (occulted) oleh bulan atau planet. Kali terakhir Spica dilindungi (planetory occultation) oleh planet adalah pada 10 November 1783 oleh Venus. Peristiwa ini hanya akan berlaku lagi pada 2 September 2197 apabila Venus sekali lagi akan melalui hadapan Spica dan melindunginya. Matahari pula hanya melalui bahagian utara Spica, sekitar 2 darjah utara pada 16 Oktober setiap tahun.

*note: occulted/occultation adalah istilah astronomi apabila sesuatu objek dilindungi oleh objek lain yang melintasinya.



Uranus mula kembali kelihatan hari ini, setelah dilindungi oleh NGC7721 lewat malam semalam. Ia kembali menyertai formasi di bahagian belakang Venus.


Uranus semakin jelas, seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas.





Dalam gambar di atas, dapat dilihat beberapa galaksi lain, termasuk Eagle Nebula, Mega Nebula dan lain2 yang jaraknya sangat jauh dari bumi...

Terima Kasih:Thank You:Danke:Syukran:Gracias

Hari ni, aku terima satu emel dari google.com berbunyi "Congratulations. Your blog Tentang Aku is the most popular search blog today via google.com with 1066 hits in 24 hours time."

FEEDJIT blog traffic lak menyenaraikan blog Tentang Aku sebagai blog yang paling banyak dilawati dengan artikel "saturn, Bulan, Antares, Marikh, Matahari, Mercury, Jupiter, Venus & Uranus" dibaca oleh 1019 orang atau 86% pengunjung, diikuti oleh artikel Almaak, Mirach & Alpheratz dari Andromedae yang dibaca oleh 514 pengunjung.

Technocrati.com pula mengatakan bahawa blog Tentang Aku telah di link kan oleh 17 blog lain semalam.

Blog Tentang Aku juga tersenarai sebagai blog paling hangat semalam di website http://www.beras-padu.pit.my/

Tidak pernah blog aku terima hits yang besar macam ni dalam masa 24 jam. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Tentang Aku yang tidak seberapa ini, lebih-lebih lagi kepada yang meninggalkan sepatah dua kata pada blog ini.


-Salam Perdamaian-

23.12.08

Saturn,Bulan, Antares, Marikh, Matahari, Mercury, Jupiter, Venus & Uranus

Ketika aku hampir melelapkan mata, aku terima satu sms dari sahabat nun jauh di seberang laut. Sms berbunyi "bro, cepat setup teleskop ko! arah tenggara ko cari mercury skrg! cepat!!"

So dgn agak malas aku bangkit, setup kan teleskop buruk aku ke luar tingkap, set latitud/longitud arah tenggara aku cuba mencari mercury....dan, mata aku yg mengantuk terbuka luas. Bukan hanya mercury, tp aku juga dpt melihat bulan, Antares, Marikh, Matahari, Jupiter dan Venus hampir sebaris antara satu sama lain. Ini dgn jelas membuktikan bahawa kesemua planet sebenarnya bergerak pada orbit masing2 mengelilingi matahari.

pada tanggal 24 Disember 2008, telah berlaku satu lagi fenomena alam yang menakjubkan. Sebahagian besar planet-planet dalam sistem suria berada dalam formasi hampir selari mengelilingi matahari. Planet saturn, moon, antares, mars, sun, mercury, jupiter, venus dan uranus berada dalam formasi agak lama sebelum masing-masing memulakan satu fasa baru mengorbit matahari.

Inilah bukti kebesaran Allah, Penguasa Semesta alam ini. Allah berfirman:
".....tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan, dan malam pun tidak akan mendahului siang dan masing-masing beredar pada garis peredarannya"
Yasin (36):40

Terbukti firman Allah adalah benar. Melalui gambar-gambar yang dicerap, dapat dilihat dengan jelas setiap planet, bintang-bintang, hatta dedebu galaksi itu sendiri mempunyai orbitnya yang tersendiri. Setiap planet dilihat sentiasa berubah kedudukan dan magnitud masing-masing berputar mengorbit matahari.

Saksikan gambar2 di bawah:








Note: Antares merupakan bintang gergasi merah yang terletak di dalam galaksi bima sakti (milky way). Diameter Antares dianggarkan 700 kali saiz diameter matahari, dan ia terletak sejauh 600 tahun cahaya dari sistem suria kita.

Antares merupakan bintang yang ke 16 paling cerah di langit malam. Waktu terbaik untuk mencerap Antares ialah pada tanggal 31 May setiap tahun. Ini kerana pada masa ini, Antares berada di sebelah matahari dan akan dapat dilihat dengan jelas sepanjang malam.

Nama Antares diambil dari mitos Greek kuno bermaksud "holds against Ares (mars)" kerana permukaan Antares yg merah menyala menyamai permukaan planet Marikh.

Gambar-Gambar lain: (1751hrs - 0038hrs)


Uranus mula muncul memasuki formasi di belakang venus, pada magnitud 6.5, sekitar 52 darjah FOV.


Gambar ini menunjukkan planet2 telah bergerak ke arah barat (membuktikan planet memang berpusing mengorbit matahari). Jelas kelihatan bulan, Mars, Matahari, Mercury, Jupiter dan Venus, sementara Uranus agak telah sedikit terlindung oleg debu2 angkasa galaksi NGC7721. Namun kehadiran Uranus masih dapat dikesan teleskop.


Uranus telah terus dilindungi debu2 galaksi, manakala planet Saturn telah mula kelihatan dari arah timur memasuki formasi pada magnitud 1.10.







22.12.08

Maksud Bacaan Talkin

Cubalah baca, dengan nama sendiri..sekadar untuk mengingatkan kita bahawa mati itu pasti, dan janji-janji Allah itu amat pasti terjadi.Sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, insyaAllah.

WALLAHU A'LAAMM.

Ketahuilah manusia, setiap yang bernafas pasti akan menemui mati - "kullu nafsin za iqatul maut"

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali mengadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir. Maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad Rasulullah saw nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar dan syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang didalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-A'sr .




Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati, iaitu;


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga."

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud;

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Galaksi Bima Sakti (Milky Way) Kehilangan Dua Lengan


Galaksi Bima Sakti adalah tergolong dari golongan spiral galaksi, seperti kelihatan dalam gambar di atas. Sebelum ini para saintis astronomi menekankan bahawa galaksi Bima Sakti mempunyai empat lengan utama yang dipanggil sebagai Norma, Scutum-Centaurus, Sagittarius dan Perseus. Gas dan debu pula lebih tertumpu pada bahagian tengah Bima Sakti.

Sistem suria kita pula sebenarnya terletak pada satu bahagian lengan kecil yang dipanggil sebagai Lengan Orion (Orion Spur) yang terletak diantara Lengan Sagittarius dan Lengan Perseus. Kewujudan lelengan ini dibuat berdasarkan data yang diproses daripada pencerapan isyarat-isyarat radio yang diterima menggunakan teleskop radio sekitar tahun-tahun 1950an.



Walaubagaimanapun, dengan menggunakan kelebihan teknologi pencerapan infra-merah yang digunakan dalam tahun-tahun 1990an, dan kemudian dimajukan pada tahun 2005 menerusi teleskop Spitzer yang merupakan teleskop angkasa lepas Hubble, mendapati bahawa Galaksi Bima Sakti sebenarnya hanya mempunyai 2 lengan utama.

Robert Benjamin dari University Wisconsin dan pasukannya yang menjalankan penyelidikan menggunakan kemudahan Spitzer ini telah menggabungkan 800,000 keping gambar yang merangkumi sebanyak 110 juta bintang di kawasan lengan Scutum-Centaurus dan mendapati jumlah bintang yang amat banyak. Sementara bila dikira jumlah bintang di kawasan Lengan Sagittarius dan Norma didapati bahawa jumlah bintang di kawasan tersebut adalah kurang daripada yang disangkakan.

20.12.08

Almaak, Mirach & Alpheratz dari Andromedae

Kalau malam sebelumnya hanya Almaak dan Mirach yang dapat dilihat di langit malam, malam ini Alpheratz juga turut dapat dilihat jelas di langit di bahagian utara. Ini menunjukkan bahawa cuaca malam ini lebih ceras berbanding semalam dan sesuai untuk melakukan cerapan bintang.

Almaak, Mirach & Alpheratz dapat dilihat dalam keadaan hampir selari antara ketiganya. Ketiga-tiganya adalah bbintang-bintang yang paling cerah yang berada di galaksi andromeda yang jaraknya dianggarkan sejauh 2.5 juta tahun cahaya dari planet bumi. Ia merupakan galaksi paling hampir dengan Bima Sakti (Milky Way) dan mempunyai banyak persamaan dengan galaksi kita ini.


Inilah rupa galaksi andromeda yang dirakan oleh Hubble Space Telescope (HST). Nama galaksi ini diambil sempena nama Puteri Andromedae dalam mitos Greek kuno. Galaksi ini disempadani oleh Cassiopeia, Lacerta, Pegasus, Pisces, Triangulum dan Perseus.

19.12.08

Langit Malam Ini

Aku agak boring malam ni. Aku hanya habiskan separuh malam melihat-lihat bintang2 dan planet2 di langit malam melalui perisian stellarium dan sebuah teleskop murah yg dh lama aku beli. Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku captured untuk dikongsi dengan sahabat sekalian, berserta dengan sedikit penerangan ringkas mengenainya.


Malam ini dapat dilihat planet saturn dalam kedudukan selari dengan bulan yang baru terbit dari arah timur bumi.


Dalam gambar ini, dapat dilihat planet Saturn dan Ceres berada dalam kedaan selari di langit. Ceres ialah sebuah "dwarf" planet di dalam sistem solar dan merupakan satu-satunya dwarf planet yang terletak di dalam asteroid belt. Dapat dilihat juga ialah Denebola dan Zosma, yg merupakan bintang2 yang terletak di dalam gugusan Leo. Denebola merupakan bintang kedua tercerah dalam gugusan Leo dan berada sejauh kira2 36 tahun cahaya dari bumi. Zosma pula merupakan sebutir bintang yang lebih panas dari matahari, dan mempunyai jangka hayat yg pendek. Dianggarkan sekitar 600 juta tahun lagi, Zosma akan berubah menjadi "red Giant" sebelum bertukar menjadi "white dwarf"


Di arah barat daya, dapat dilihat dengan jelas Aldebaran, Rigel, Ainilam, Betelguse, Bellatrix & Ainath.
Aldebaran (Alpha Tauri) merupakan bintang paling cerah dalam gugusan Taurus, juga dikenali sebagai "Bull's Eye" kerana kedudukanya di bahagian "kepala" gugusan Taurus.
Rigel pula merupakan bintang yang paling cerah di dudusan Orion, dan merupakan bintang keenam paling cerah di langit malam. Betelgeuse merupakan bintang kedua tercerah di gugusan Orion dan merupakan bintang kesembilan paling cerah di langit malam. Betelgeuse dianggarkan berada sejauh 600 tahun cahaya dari bumi. Bellatrix pula merupakan bintang ketiga paling cerah di gugusan Orion, dan merupakan bintang yang ke 27 paling cerah di langit malam bumi.


Dapat dilihat dengan jelas Almaak dan Mirach dalam kedudukan selari malam ini, disamping Shedir yg jauh di bawah arah timur. Almaak (Gamma Andromedae) dan Mirach (Beta Andromedae) merupakan dua daripada tiga bintang paling cerah yang terletak di galaksi Andromeda. Bintang ketiga adalah Alpheratz, namun ia tidak dapat dilihat dengan jelas malam ini. Jarak Almaak, Mirach & Alpheratz dianggarkan sejauh 200 tahun cahaya dari bumi.

berikut adalah pictures yg aku captured sekitar jam 03.28am - 04.10am sebelum off software and masuk tido :-)