Next Topic.....

masih belum ada idea :-)

1.12.08

keajaiban ciptaan Allah 1-12-2008

Syukur...
maha suci Allah, pentadbir seluruh alam dan seisinya. Ilmu Allah amat hebat dan segalanya tidak mustahil terjadi. Inilah bukti kekuasaan Allah SWT untuk hamba-hambanya melihat, dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah yg tidak terhingga.

Saksikan gambar di bawah. Musytari (Jupiter), Kejora (Venus) dan Bulan kelihatan harmoni dan dekat antara satu sama lain (seolah sedang tersenyum) sedangkan pada hakikat sebenar, 3 makhluk Allah itu adalah berbilion-bilion tahun cahaya jaraknya antara satu sama lain. MasyaAllah...





kejadian Allah yg mengagumkan aku malam ni...

Bulan bersama-sama dengan Mustytari (jupiter) dan Kejora (venus)berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga! seperti sedang tersenyum.

Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.

Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!

3 comments:

dewihati said...

subhanallah.... aku juga smpt lihat keajaiban ini..

ateh said...

yeap. maha suci Allah yg mentadbir alam ini dan seluruh isi-isinya.

ajaib kan. venus, jupiter dan bulan kelihatan harmoni dan dekat di langit bumi, sedangkan jarak mereka berbilion tahun cahaya jauhnya

afandi said...

SubhanAllah!

sungguh takjub atas fenomena yang dapat dilihat dari paras berdiri tanpa memanjat pokok, bumbung rumah.. hanya separas berdiri dan objek 'the smiley face' cukup jelas pada kedudukan jupiter dan venus sebelah menyebelah seolah-olah mata dan bulan sabit awal Zulhijjah seolah mulut yang tersenyum.

di Brisbane, fenomena ini maat jelas kelihatan, langit tanpa awan di South Hemisphere dan cuaca yang baik selepas waktu maghrib memudahkan fenomena ini dilihat. Katanya ianya berlaku dalam tempoh selang 5 tahun, waktu maghrib di Brisbane adalah 6.30pm (4.30pm waktu malaysia)